• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Mesti Mau Cuba!

Hampir separuh iklan kosmetik menipu

LONDON: Penipuan sesetengah iklan kecantikan - mencecah sehingga satu pertiga daripada jumlah disiarkan di media massa - menyebabkan kadar kemurungan gadis di Britain meningkat, lapor akhbar tempatan, semalam.

Siasatan akhbar The Sun mendapati, model yang digunakan dalam sesebuah iklan bergaya dengan memakai bulu mata atau rambut palsu untuk kelihatan lebih menarik.

The Sun mendakwa, teknologi komputer turut digunakan bagi menghasilkan wajah benar-benar ayu model walaupun pada realitinya, ia mustahil dilakukan.

“Penipuan itu menyebabkan jumlah gadis dirawat akibat kemurungan meningkat disebabkan mereka gagal mencapai tahap kecantikan diimpikan,” kata akhbar itu.

The Sun mendapati, 28 peratus iklan kosmetik dalam majalah membuat pengakuan - secara terlindung - bahawa gambar mereka diubah suai.

Sebanyak 44 peratus lagi turut melalui proses pengubahsuaian tanpa diakui.

Hanya 28 peratus iklan kosmetik dipercayai memaparkan kualiti produk sebenar.

Iklan maskara didapati paling serius mengelirukan pengguna dengan 58 peratus mengaku mengubah suai bulu mata model untuk kelihatan lebih panjang dan 42 peratus memaparkan bulu mata tiruan.

Juri X Factor , Cheryl Cole (gambar), pula dikritik akhbar terbabit kerana menggunakan rambut palsu ketika muncul dalam iklan syampu L'Oreal Elvive.

No comments:

CPLUS

Live ONLINE

Follow p a a p a a d a by e-mail