• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Mesti Mau Cuba!

Majun Mutaira

Dirogol suami ganas

SHUEBA (Yemen): Budak perempuan yang meninggal dunia hanya beberapa hari selepas dinikahkan, didakwa diikat sebelum dipaksa mengadakan hubungan seks dengan suaminya, kata ibu mangsa, semalam.

Menurut Nijma Ahmed, 50, sebelum budak berusia 13 tahun itu tidak sedarkan diri, dia diikat supaya tidak dapat melawan kehendak lelaki terbabit.

Katanya, akibat tindakan ganas itu, anaknya, Elham Assi, mengalami kecederaan parah seolah-olah disembelih.

Elham dinikahkan dengan lelaki berusia 23 tahun di sebuah perkampungan miskin di Shueba, kira-kira 200 kilometer dari ibu negara Yaman, Sana’a.

Dia meninggal dunia pada 2 April, hanya beberapa hari selepas bernikah.

Elham mengalami pendarahan teruk apabila rahimnya rabak akibat disetubuhi suaminya, Abed al-Hikmi.

Abed kini ditahan polis.

Laporan Kementerian Hal Ehwal Sosial Yaman pada 2009 menunjukkan, amalan menikahkan kanak-kanak sebelum berusia 15 tahun berleluasa di negara itu.

Di kalangan keluarga konservatif, mereka lebih suka memilih budak perempuan kerana dianggap mudah dikawal serta diharap mampu melahirkan ramai anak.

Peraturan melarang penikahan kanak-kanak gagal akibat bantahan pembangkang.

Elham - anak bongsu daripada lapan beradik - dipaksa bernikah hasil perjanjian abangnya dan Abed yang bersetuju berkahwin dengan adik perempuan masing-masing untuk menjimatkan wang.

Polis pula berkata, Abed tertekan kerana gagal membuktikan kejantanannya.

Nijma dilaporkan turut memujuk Elham supaya mahu melayan Abed bagi mengelak nama keluarga mereka tercemar

No comments:

CPLUS

Live ONLINE

Follow p a a p a a d a by e-mail