• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Janda dicekup dalam keadaan berbogel bersama teman lelaki 'import'

DUNGUN – Seorang janda montel kemaruk seks dicekup dalam keadaan berbogel bersama pasangannya di sebuah bilik hotel murah, dekat sini, pagi semalam.

Ketika serbuan di sebuah hotel murah di bandar Kuala Dungun, kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan dalam keadaan memalukan dan hanya menutupi badannya dengan selimut dibekalkan pihak hotel.

Dengan pelaburan RM15 untuk menyewa bilik hotel murah, janda beranak satu yang difahamkan sudah dua tahun kesepian setelah bercerai dengan suaminya itu mendaftar masuk kira-kira jam 7 petang sebelum menghubungi teman lelakinya yang tinggal di Kuala Terengganu untuk dijadikan pasangan bagi menyempurnakan aksi panas.

Walaupun terpaksa menaiki bas awam sejauh hampir 80 kilometer, buah hati janda berkenaan yang bekerja di kedai aluminium di Kuala Terengganu itu sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi keinginan seks pasangannya yang bekerja sebagai tukang masak.

Janda terbabit ketika pengakuan beberapa kali melakukan hubungan seks dengan teman lelaki 'import' yang masih bujang itu dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah saudara angkatnya di Kuala Terengganu.

2 comments:

Anonymous said...

lucu betul berita ni...hehe
yang import tu dari mana ya...
kan kerajaan dah berkali2 buat kempen "belilah barangan buatan Malaysia"....Wkwkwkkwkwkwk

Anonymous said...

sebab barang import tu terlebih power lah bro

Follow p a a p a a d a by e-mail