• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Hulk Hogan Kahwin...Jurufoto Bergusti

FLORIDA: Majlis perkahwinan Hulk Hogan menjadi kecoh semalam apabila berlaku pergaduhan di antara wartawan dan pengawal keselamatan yang mengelolakan tetamu penggusti terkenal itu.

Menurut sumber, pada peringkat awal keadaan berlangsung dengan aman tetapi seorang jurugambar, Robert Martinez, cuba merempuh masuk ke majlis itu dan dihalang seorang rakan Hogan yang bertindak sebagai pengawal keselamatan.

Katanya, berlaku tolak-menolak di antara Martinez dan pengawal keselamatan itu.

“Martinez kemudian menolak dan mencekik pengawal itu dengan sikunya sebelum mendakwa memiliki pistol,” katanya.

Polis kemudian terpaksa dipanggil untuk meredakan keadaan.

Hogan, 57, melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Jennifer McDaniel, 35, di rumahnya di Clearwater, Florida.

Penggusti itu kemudian menjelaskan di Twitter, dia sendiri langsung tidak menyangka akan berlaku kekecohan pada majlis berkenaan.

Polis turut mengesahkan menerima panggilan kecemasan tetapi menyatakan tiada sebarang senjata ditemui.

Sementara itu, dalam aduan kepada polis, Jennifer berkata, dia tidak pasti sama ada kekasaran itu dilakukan secara sengaja atau tidak.

“Tetapi saya mendengar dia mengaku membawa pistol,” katanya.

Walaupun kecoh, Hogan - atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea - memastikan insiden itu tidak merosakkan majlisnya.

Dia juga berazam mengekalkan rumah tangga selepas perkahwinan pertamanya dengan Linda Claridge berakhir pada 2007 ketika mereka membintangi siri realiti televisyen, Hogan Knows Best.

Hogan mula menjalin hubungan dengan Jennifer sejak awal 2008 sebelum bertunang November tahun lalu.

Bagi Linda pula, dia tidak menunggu lama untuk mencari pengganti Hogan selepas mereka berpisah.

Dia kemudian berpacaran dengan kawan lama anak lelakinya, Charlie Hill, 19, dan mereka mengumumkan pertunangan pada Julai lalu. - Agensi

1 comment:

Belalang Hijau said...

macam2 hal la diorang nih kan...
hehehe

Follow p a a p a a d a by e-mail