• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Mangsa tsunami 2004...Kehilangan anak terus dicari

LANGSA - Enam tahun selepas ombak tsunami menghentam persisiran pantai dan membunuh lebih 200,000 orang, Titik Yuniarti masih bergantung harapan salah seorang anaknya masih hidup.

Seperti ibu lain yang terdesak, dia tidak jemu menampal iklan pada tiang lampu dan merayu bagi mendapatkan sebarang maklumat mengenai anaknya.

Awal bulan ini, pencarian yang tidak pernah berakhir itu hampir meragut nyawanya.

Ini kerana wanita berumur 43 tahun itu menimbulkan syak wasangka apabila dia cuba menemui seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya yang hilang semasa bencana itu melanda.

Penduduk kampung di mana kanak-kanak itu berada menuduhnya ingin menculik dan memukul Titik dan rakannya sehingga parah.

Kesengsaraan Titik itu dikongsi puluhan ribu ibu bapa lain yang kehilangan anak semasa tsunami membadai pantai di beberapa negara Asia.

Bencana yang berlaku pada 26 Disember 2004 itu membunuh hampir 230,000 orang di 12 negara dan wilayah Aceh di Indonesia adalah kawasan paling teruk terjejas dengan 164,000 penduduk maut.

Daripada jumlah itu, 37,000 orang tidak pernah ditemui, menyebabkan banyak

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail