• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Paris Hilton cari penunggang MotorGP 125

PARIS Hilton beraksi motosikal pasukannya, SuperMartxe VIP.

LOS ANGELS: Walaupun kasut bertumit tinggi dan skirt pendek menjadi pilihan pakaian Paris Hilton selama ini, kini beliau melalui satu transformasi – iaitu sebagai peminat motosikal pula.

Paris Hilton kini sudah mempunyai pasukan motosikalnya sendiri yang digelar, SuperMartxe VIP.
Pewaris hotel berusia 29 tahun itu memakai pakaian luar biasa untuk melancarkan satu lagi usaha sama, pasukan perlumbaan motosikalnya sendiri. Sosialit itu terbang ke Madrid, Sepanyol kelmarin untuk menghadiri pelancaran khas berkenaan.

Paris mengumumkan dalam sidang media bahawa beliau memulakan pasukannya sendiri digelar SuperMartxe VIP by Paris Hilton.

Bintang realiti televisyen itu akan berusaha mencari penunggang untuk pasukannya yang berpusat di Barcelona, Queroseno Racing (BQR). Pasukan itu akan bertanding dalam Perlumbaan Dunia MotoGP125 tahun depan. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail