• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pemilik kelab bola sepak Chelsea tanding kerusi parlimen di Rusia

MOSCOW - Pemilik kelab bola sepak Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris, Roman Abramovich berhasrat untuk bertanding kerusi parlimen di wilayah Chukotka, lapor agensi berita Interfax semalam.

Abramovich, 44, yang merupakan lelaki keempat terkaya di Rusia dengan anggaran kekayaan AS$11.2 bilion (RM35.14 bilion) oleh majalah Forbes telah menjadi ahli parlimen di daerah Selat Bering sejak 10 tahun lalu.

"Dia (Abramovich) mengemukakan dokumen itu (bertanding kerusi parlimen)," lapor Interfax yang memetik seorang pengerusi suruhanjaya tempatan sebagai berkata.

Abramovich mewakili wilayah itu dalam Dewan Rendah Parlimen dari 2001 hingga 2008 dan dia kini berkhidmat sebagai pengerusi di peringkat tempatan.

Dia menjadi kaya dengan berdagang minyak selepas Kesatuan Soviet berpecah menjadi Rusia. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail