• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Petak kubur RM8,880

HIDUP susah, mahu mati lagi susah. Itulah rungutan Talian Hayat dengar dari sekumpulan masyarakat Cina di Kuala Langat yang bimbang dengan nasib masyarakat Cina yang masih samar mengenai hal ehwal tanah perkuburan Cina di sana.

Akibat tidak berpuashati, mereka menubuhkan jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Mempertahankan Tanah Perkuburan Cina Baru Kuala Langat.

Menurut penerbit yang juga pengacara program itu, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim atau Wan K, isunya bermula apabila tanah perkuburan lama yang digunakan sejak 30 tahun lalu hampir penuh.

"Ia hanya tinggal 20 petak kubur berkembar saja lagi. Setiap petak berkembar di tanah perkuburan lama berharga RM1,600. Pada 2000, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 50 ekar di Bukit Cheeding untuk dijadikan tapak perkuburan Cina yang baru dan ia masih diuruskan pihak pengurusan yang sama. "Bantahan mula timbul pada 2003, apabila jawatankuasa yang membantah tidak berpuashati dengan cara pihak pengurusan tapak perkuburan baru menentukan harga bagi petak kubur. Harga ditetapkan berdasarkan kategori mengikut feng syui tertentu yang mana harga petak berkembar paling mahal mencecah RM8,880.

"Malah, jawatankuasa itu mendakwa kebajikan masyarakat Cina tempatan terjejas apabila pihak pengurusan membenarkan masyarakat Cina dari luar daerah Kuala Langat membuat tempahan petak kubur. Selain itu, ada juga dakwaan mengatakan ada unsur mengaut keuntungan berlebihan dari pihak pengurusan.

"Pelbagai aduan dibuat kepada semua pihak atasan kerajaan negeri, namun isu ini masih berpanjangan," katanya. Tambah Wan K, antara fakta tambahan, di Malaysia, tiada badan khas dipertanggungjawabkan bagi memantau sesebuah tapak perkuburan awam bagi kaum Cina. Ia tertakluk sepenuhnya kepada persatuan pengurusan tapak perkuburan setempat dalam mengawal selia termasuk menentukan kadar harga bagi petak kubur yang patut dijual.

Talian Hayat pergi ke tapak perkuburan paling besar di negara ini iaitu Perkuburan Kwong Tong Kuala Lumpur bagi mendapatkan gambaran lebih jelas bagaimana sebuah tapak perkuburan awam Cina boleh ditadbir dengan cekap termasuk menentukan kadar harga petak kubur yang berpatutan dan diterima baik masyarakat Cina. Maklumat tambahan yang diperoleh dari episod ini adalah bagaimana feng syui mempengaruhi pemilihan sesebuah petak kubur oleh masyarakat Cina. Untuk menyaksikan kisah seterusnya mengenai tapak kubur Cina ini, saksikan Talian Hayat yang disiarkan di ntv7.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail