• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Rakaman video lucah...Saya wanita itu!

JAKARTA: Rakaman video lucah Ariel dan Cut Tari dimainkan ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri di Bandung, semalam. Bagaimanapun, video itu tidak dimainkan di layar besar yang sudah disediakan pihak mahkamah tetapi ia hanya dimainkan di komputer riba.

“Jika mahu ditonton bukan untuk tatapan umum tetapi di lap top saja. Hakim bertanya siapa wanita dalam video itu? Saya jawab dia adalah saya. Kemudian saya ditanya lagi, siapa pula lelaki itu? Saya beritahu lagi lelaki itu ialah Ariel,” ujar Cut ketika sidang akhbar di Rumah Makan Simpang Raya, Pasteur, Bandung, semalam. Menurut Cut, hakim banyak mengemukakan soalan. Contohnya, adakah dia sedar ataupun tidak ketika adegan itu dirakam.


Selain hakim, bekas pengacara program ‘Insert’ itu juga disoal pendakwa raya, dua anggota kehakiman dan pasukan peguam bela Ariel. Cut juga mengaku ketika memberi keterangan, dia gugup tetapi hakim menenangkannya supaya tidak takut untuk menjawab soalan . “Hakim memberitahu semoga dengan keberanian kamu itu maka kebenaran dapat ditegakkan. Saya rasa lega, malahan, pasukan pebuam bela Ariel turut menenangkan saya,” jelas Cut. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail