• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • MAJUN MUTIARA ORIGINAL

    Adakah ANDA punyai masalah Gaut,Asma,Resdung,Gatal-Gatal,Darah Tinggi,Hepatitis,Sakit Urat,Sakit Pinggang,Sakit Lutut dan Tumit,Angin dlm badan... Cubalah MAJUN ini, insyallah akan sembuh..

  • INSPIRSI MAYA JAMMING STUDIO

    Waktu operasi dari jam 5.00pm - 12.00am dari hari Isnin - Ahad

  • SewBerry Altiraa

    KAMI MENERIMA TEMPAHAN MEMBUAT BEG COVER BUKU RPH GURU SEKOLAH DARI KAIN DENIM (JEANS)...

  • LAPTOP INTERFACE DEVICE

    The TbyP Laptop Interface eliminates the need for a direct box and stereo patch cable, along with the need to properly mix left and right signals when connecting laptop computers, ipod and MP3 players to a pro sound

  • BRANDED STORE..Factory Outlet

    Kami menjual pakaian berjenama terus dari kilang...

Budak buta guna bahasa gema

JAMIE ASPLAND

KENT - Walaupun buta sejak lahir, seorang budak lelaki di Britain berusia empat tahun, Jamie Aspland mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa dengan mempelajari bahasa ikan lumba-lumba, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mengguna teknik FlashSonar atau kaedah pengesanan gema seperti ikan lumba-lumba dengan mulut mengeluarkan bunyi berdetap nada tinggi bagi menjejaki pantulan semula dari permukaan objek sebagai panduan kedudukan.

Teknik itu dimajukan oleh seorang lelaki buta Amerika Syarikat (AS), Dabiel Kish yang juga Presiden Akses Dunia Bagi Orang Buta.

Kaedah itu membolehkan orang buta mengesan sebarang objek yang berada pada jarak 100 meter.

Ibunya, Deborah Aspland, 39, terkejut apabila mendapati anaknya sudah mampu berjalan tanpa berlanggar sebarang objek selepas mempelajari teknik itu.

"Dia telah berjaya untuk berjalan di tangga tanpa bantuan saya. Ia amat menakjubkan kerana saya dulu agak cemas apabila melihatnya bergerak ke arah pagar sebelum dia berpusing apabila menyedari ada objek di depannya," kata Deborah.

Penagih dadah dimana-mana walaupun di Tanah Suci

RIYADH: Kajian terbaru mendapati, kes penyalahgunaan dadah di Makkah meningkat sejak beberapa tahun lalu menjadikan wilayah itu sebagai kawasan paling ‘panas’ di Arab Saudi.

Akhbar harian al-Madinah melaporkan, tahun lalu kira-kira 9,000 kes dilaporkan.Penyelidik Universiti Raja Saud, Dr Ashraf Shilbi, berkata setiap tahun kira-kira 1,000 orang terbabit dalam kegiatan itu di Makkah.

Riyadh berada di tempat kedua, diikuti Jazan, Wilayah Timur, Asir, Madinah, Tabuk, al-Qassim dan al- Jouf.

Ashraf berkata, pelajar dan golongan muda berusia di antara 20 dan 30 tahun dilihat paling ramai menyalah guna dadah.

“Orang bujang juga lebih ramai menjadi mangsa berbanding penduduk berkelamin.
“Faktor lain yang mempengaruhi kecenderungan ini adalah pengangguran,” katanya.

Kajian sama menunjukkan, jumlah dadah dirampas meningkat hampir 18 peratus setahun dengan hashish menjadi bahan paling banyak ditemui.

Dadah lain termasuklah heroin dan amphetamine.

Tak makan, minum selama 70 tahun....Biaq Betoi

NEW DELHI - Sekumpulan doktor yang berkhidmat dengan tentera India kini melakukan kajian terhadap seorang lelaki, Prahlad Jani selepas dia mendakwa tidak pernah makan dan minum selama 70 tahun.

Jani, 83, dikaji oleh 30 doktor yang bermula pada 22 April lalu. Kajian itu bakal mengambil masa selama 15 hingga 20 hari di sebuah hospital di bandar Ahmedabad, Gujerat selama 24 jam sehari.

"Pemerhatian daripada kajian itu akan memberi harapan terhadap kehidupan tanpa makanan dan minuman," kata Pengarah Institut Pertahanan Fisiologi dan Sains Sokongan, Dr. G. Ilavazahagan.

Doktor-doktor itu percaya dia memiliki kualiti yang dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia.

Setakat ini, dia tidak makan, minum atau membuang air selama enam hari tetapi beberapa doktor menyatakan, kesihatan Jani tidak terjejas akibat kekurangan zat.

Jani mendakwa dia meninggalkan rumah semasa berusia tujuh tahun sebelum mengabadikan dirinya pada Tuhan di negeri Rajasthan.

Lelaki misteri itu mendakwa dia diberi makan oleh seorang dewi yang memasukkan sejenis pati ke dalam lubang di lelangitnya.

Pasukan doktor itu menjangkakan lelaki itu akan mengalami masalah kekurangan air, penurunan berat badan, keletihan dan kegagalan fungsi beberapa organ dalam tempoh kajian.

Tiger Woods akui tiduri 120 wanita

TIGER WOODS dan isterinya, Elin Nordegren.

LOS ANGELES - Bukan 13 seperti yang didedahkan beberapa laporan sebelum ini, sebaliknya bilangan sebenar wanita yang pernah tidur dengan pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods sepanjang lima tahun perkahwinannya dengan bekas model, Elin Nordegren adalah 120 orang, lapor sebuah akhbar semalam.

Angka tersebut berdasarkan laporan majalah Amerika Syarikat (AS), National Enquirer pada minggu ini.

Satu sumber majalah itu menyatakan bahawa bintang golf tersebut menyenaraikan semua wanita yang pernah ditidurinya semasa dia menjalani terapi ketagihan seks.

Woods, 34, menjalani rawatan ketagihan seks di klinik pemulihan Gentle Path di negeri Mississippi, AS, pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, majalah sama memberitahu, kecurangan Woods, 34, dengan anak gadis jirannya yang berusia 21 tahun merupakan tamparan paling hebat buat isterinya berhubung skandal seks suaminya itu.

Majalah National Enquirer mendakwa ibu anak dua itu akhirnya memutuskan mahu bercerai setelah majalah itu mendedahkan permainan cinta suaminya dengan anak jirannya, Raychel Coudriet.

Antara wanita yang pernah ditiduri Woods termasuk model majalah Playboy, Loredana Jolie dan pengurus hiburan kelab malam, Rachel Uchitel.

Majalah berkenaan memetik sumber sama memberitahu bahawa Woods tidak menamakan Rachel dalam senarai wanita teman tidurnya itu.

Majalah National Enquirer mendakwa, skandal Woods-Rachel berlaku pada Mei tahun lalu dan lokasinya cuma beberapa meter dari tempat isterinya menyusukan anak bongsu mereka yang baru lahir.

Skandal seks Woods itu terbongkar selepas dia terbabit dalam satu kemalangan kereta di luar rumahnya di Florida pada November tahun lalu.

Guna penyapu liwat tahanan

BAGHDAD: Lelaki Iraq dirogol, dipukul dan didera dengan renjatan elektrik ketika ditahan di penjara Muthanna, Baghdad, sama seperti yang berlaku di Abu Ghraib.

Kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) mendedahkan laporannya selepas menemubual 42 lelaki yang dipindahkan dari penjara itu.

HRW berkata, maklumat didedahkan bekas tahanan Muthanna itu konsisten dan sukar dipalsukan sekali gus mengusulkan supaya siasatan jawatankuasa berkecuali dilaksanakan.

“Kisah ngeri kami dengar membayangkan penderaan menjadi satu amalan di Muthanna.

“Kerajaan perlu menghukum kekejaman sistematik yang dilaksanakan di pusat tahanan itu,” kata Timbalan Pengarah HRW Asia Barat, Joe Stork.

Mereka yang ditahan antara September hingga Disember tahun lalu disyaki pemberontak di Nineveh, utara Iraq.

Kewujudan penjara itu yang ditutup dua minggu lalu selepas akhbar Los Angeles Times melaporkan penderaan yang berlaku dikatakan mengejutkan Perdana Menteri Nuri al-Maliki.

Menurut HRW, pengawal penjara menggantung tahanan kepala ke bawah ketika menyoal siasat mereka, kemudian menyepak dan memukul mereka berulang kali. Beg plastik yang kotor turut disarungkan pada kepala tahanan.

Sebaik sahaja tahanan pengsan, mereka akan dikejutkan dengan renjatan elektrik pada kemaluan atau bahagian lain tubuh. Tahanan turut mendakwa ada rakan mereka yang diliwat dengan penyapu dan juga laras senapang dan dipaksa melakukan seks oral terhadap pengawal penjara.

Selain itu, mereka turut dipukul dengan kabel, dicurah asid dan dicucuh puntung rokok.

“Kekejaman di Muthanna contoh terbaik kekejaman yang didakwa ingin dihapuskan pemimpin Iraq. Semua pihak yang bertanggungjawab perlu dihukum,” kata Stork lagi.

Restoran terbaik saji bauan lembu

GAMBAR fail menunjukkan Chef Rene Redzepi (kiri) bercakap dengan seorang stafnya di restoran Noma

COPENHAGEN - Restoran Noma di Denmark mengungguli senarai 50 restoran terbaik di dunia pada Isnin lalu kerana menyediakan masakan Scandinavia yang paling baru.

Senarai itu dikeluarkan oleh majalah Restaurant di Britain selepas diundi oleh satu panel terdiri daripada 806 chef, pengendali restoran, wartawan dan pakar makanan.

Restoran itu terletak di sebuah gudang kapal yang telah diubahsuai di Copenhagen.

Tukang masak Noma, chef Rene Redzepi telah mencipta menu masakan yang mengandungi bauan lembu, sumsum salai, ikan kerakap, selada air dan kapis kering.

Pendekatan masakan Noma lazimnya tertumpu kepada usaha mendapatkan bahan-bahan mentah terbaik dari rantau Scandinavia.

Bahan-bahan mentah itu ialah kupang kuda dan ketam laut dalam selain ikan kod rumpai laut serta dadih dari Iceland.

Cari jalan sebar ajaran Al-Quran

JEDDAH: Pertubuhan Menghafal Al-Quran Antarabangsa (IOQM) mengadakan satu persidangan mengenai pendidikan kitab suci itu dari 5 hingga 7 Jun ini di Jeddah.

“Persidangan ini adalah yang pertama seumpamanya,” kata Setiausaha Agung IOQM, Abdullah Basfar.

Beliau menggesa pertubuhan Islam seluruh dunia bekerjasama menyebarkan ilmu dalam Al-Quran.

“Jutaan umat Islam tidak tahu membaca al-Quran pada masa ini,” katanya lagi.

Persidangan bertema Kerjasama dan Integrasi Penghafalan al-Quran itu disertai pelbagai ilmuan yang membentangkan kaji selidik mereka turut bertujuan mengukuhkan kerjasama antara pertubuhan seluruh dunia.

“IOQM turut merancang menubuhkan majlis ulama khas untuk menjadi pakar rujuk kepada penghafal Al-Quran,” kata Abdullah lagi.

Kawal Nafsu Dengan Akal Dan Hati

Setiap makhluk yang hidup di muka bumi Allah SWT ini mempunyai nafsu yang berbeza-beza. Bezanya manusia dan binatang adalah kerana manusia dikurniakan akal fikiran. Tapi nafsu manusia kadang-kadang lebih teruk dan hina dari binatang. Tanpa pertimbangan yang waras dan kurangnya iman seseorang itu akan bertindak mengikut nafsu tanpa berfikir. Tapi akhirnya akan menjerumus ia ke lembah yang hina dan dibenci oleh Yang Maha Pencipta. Kerana nafsu, manusia sanggup lakukan apa saja kesalahan dan dosa besar yang dilarang oleh Allah SWT.

Kawallah nafsu dalam semua perkara untuk kehidupan yang singkat ini supaya dirahmatiNya. Jangan nafsu mengawal fikiran kita dan bertindak mengakibatkan seseorang itu dicela oleh masyarakat sekeliling semasa hidup dan matinya pulak tidak terlepas dari azab seksaNya.

Nafsu buas dan nafsu binatang adalah sebahagian ungkapan yang kerap digunakan bagi menggambarkan betapa nafsu itu apabila gagal dikawal dengan iman maka ia pasti akan memburukkan keadaan.

Ungkapan terbabit juga mempunyai kaitan rapat dengan perilaku seks. Benar, terlalu banyak kes seperti suami yang 'makan luar', isteri gemarkan 'pucuk muda', guru menodai pelajar, pensyarah paksa pelajar buat oral seks dan remaja belasan tahun ditangkap ketika asyik memadu kasih.

Amat luar biasa perkembangan itu kerana kegilaan nafsu seks semakin hebat melanda kebanyakan orang di sekeliling kita.

Demikianlah nafsu jahat, apabila berada di tahap tinggi, ia tidak lagi mengenal sesiapa di hadapannya. Apa yang pasti dia dapat melunaskan hajat jahatnya.

Nafsu yang gagal dikawal sentiasa mendesak untuk melakukan perkara yang luar biasa. Bahan lucah pula sekarang berlambak-lambak dan amat mudah didapati. Masalah suka melihat gambar dan video lucah juga antara penyumbang terbesar kepada gejolak nafsu sehingga berlakunya zina di sana sini. Pernahkah kita terfikir kenapa ramai kanak-kanak perempuan dirogol? Ini kerana golongan berkenaan amat mudah diperdaya selain membuktikan perogol berada pada tahap tidak mampu lagi melawan nafsu sehingga tergamak menodai kanak-kanak sebaya dengan adik atau anak mereka sendiri. Jelas membuktikan tahap bahaya zina sekarang sangat meruncing sehingga virus itu mampu membunuh iman. Zina, seperti perkara lain yang boleh membangkitkan syahwat seksual adalah sama dengan dadah atau kegilaan orang ramai mengejar harta benda. Ia boleh membawa seseorang menjadi lupa segala-galanya.

Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sekiranya anak Adam itu mempunyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)". Riwayat al-Bukhari).

Dorongan ingin hidup berpasangan sememangnya naluri semula jadi yang dianugerahkan Allah SWT kepada seluruh manusia. Namun, cara dan tindak tanduk yang tidak diiringi dengan akal dan iman boleh melunturkan pegangan apabila berdepan dengan ujian terbabit. Individu lain pula tidak boleh mendabik dada jika mereka tidak pernah diuji sedemikian rupa. Jadi berhati-hatilah dengan percakapan serta tindak tanduk kita kerana tidak mustahil Allah SWT akan memberikan pula dugaan itu kepada kita pada bila-bila masa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun ayat 5 hingga 7).

Ada sesetengah mereka menerima hubungan seksual sebelum kahwin itu sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan. Maka amat beruntung dan bertuah sekali buat remaja yang tidak pernah terjebak atau jauh sekali mendekati zina. Semua tahu berzina adalah satu dosa besar yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan kelak. Mereka yang kini menjadi tunangan orang sekalipun bukan tiket bagi memadu kasih kerana syaitan sentiasa akan "menyerang" mereka sehingga tertewas. Kejahatan yang pernah dilakukan walaupun dengan 'ringan-ringan' ketika bercinta akan memberi kesan buruk selepas mereka mendirikan rumah tangga serta kepada zuriat yang bakal mereka lahirkan.

Tidak hairanlah ia berpotensi melahirkan suami curang, isteri berzina dengan lelaki di tempat kerja dan anak yang berzina.

Persoalan mengenai remaja yang berdepan dengan dilema selepas terjebak dengan kegiatan hina ini menjadi antara topik utama yang sering diterima menerusi ruangan soal jawab agama di sisipan ini. Bahana itu menjadi tamparan hebat buat semua, tetapi fokus kepada pendidikan perlu dibuat daripada awal. Memang benar syaitan cukup bergembira dapat menewaskan manusia. Tiada jaminan khas meskipun orang itu bergelar ustaz, sudah beristeri, belajar dalam bidang agama sekalipun jika mereka gagal tewas dengan godaan yang satu itu.

Bagi mencapai taubat yang sebenar, setiap individu perlu mempunyai kesedaran yang bukannya didesak dari luar kerana keinsafan itu terbit daripada ilmu dan iman. Seseorang perlu bertaubat nasuha supaya tidak mati dalam keadaan yang sangat hina dan keji. Malah pada zaman Rasulullah SAW, datang seorang lelaki dan berbicara dengan baginda mengenai perihal keinginannya untuk berzina.

Sahabat lain ingin membunuhnya kerana sangat marah lantaran sikap kurang ajar yang dipamerkan lelaki berkenaan kepada baginda. Namun, Rasulullah SAW tetap tenang dan bertanya kepada pemuda itu: "Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu? Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu? Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu? Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu? Pemuda itu marah dan menjawab tidak suka sama sekali.

Rasulullah SAW berkata yang bermaksud:

"Begitu jugalah orang yang kamu ingin berzina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah SWT berkenaan. Pemuda itu sangat terharu dengan nasihat yang diberikan Rasulullah SAW. Sebelum itu dia sangat mahu berzina, tetapi sekarang tiada yang lebih yang dibencinya selain daripada perkara terkutuk itu. Cerita zina yang berlaku pada akhir zaman ini dianggap biasa bagi mereka yang hilang pedoman. Umat Islam sama ada lelaki atau wanita memang sedang dilanda lemah kawalan nafsu syahwat.

Dengan menyedari setiap dosa yang dilakukan nescaya hati pasti terdetik mahu bertaubat. Allah SWT pasti membantu mereka yang membulatkan tekadnya untuk berubah.

Sambungannya....KLIK SINI

Langgan pelacur guna telefon

KUALA LUMPUR - Taktik seorang pengurus sebuah spa yang bersubahat dengan 'bapa ayam' untuk menggajikan pelacur sebagai tukang urut terbongkar apabila premis itu diserbu di Jalan Raja Chulan di sini semalam.


Serbuan selama tiga jam bermula pukul 11.15 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur melalui risikan yang dijalankan.


Difahamkan, mereka tidak melakukan aktiviti seks di situ tetapi sebaliknya sindiket tersebut akan meminta pelanggan membuat tempahan melalui panggilan telefon sebelum menghantar pelacur-pelacur yang dihajati ke lokasi masing-masing.

Cili boleh kuruskan badan

LOS ANGELES - Sekumpulan saintis Universiti California, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, memakan banyak cili dapat menurunkan berat badan kerana sayuran tersebut dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu berdasarkan hasil kajian terhadap 34 sukarelawan lelaki dan wanita yang dihidangkan lada kurang pedas atau perisa tiruan cili.

Kajian itu mendapati pembakaran tenaga dalam badan kumpulan sukarelawan yang memakan banyak cili adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang diberikan makan perisa cili tiruan.

Gwyneth menangis setiap kali berjauhan dengan anak

LOS ANGELES: Gwyneth Paltrow sering menangis apabila berjauhan dengan anak-anaknya untuk menjalani penggambaran, perasaan yang satu ketika dulu memaksanya berehat daripada berlakon.

Paltrow, mempunyai dua anak bersama suaminya Chris Martin, baru-baru ini berada di set bag i menjalani penggambaran filem Iron Man 2.

“Ada ketikanya anda terfikir, Ya Tuhan!, mereka sedang mandi dan saya tidak berada di samping mereka. Saya akan menangis dalam treler saya,” katanya.

Paltrow mempunyai seorang anak perempuan, Apple, lima dan anak lelaki, Moses, empat tahun.

“Adalah penting bagi seorang ibu untuk sentiasa bersama anaknya tetapi saya mempunyai kerjaya dan itulah sebab saya berada di sini, jauh daripada mereka,” katanya.

Aktres berusia 37 tahun itu berehat seketika daripada kerjayanya selepas memperoleh cahaya mata pertama dan kembali ke industri filem pada 2008 sebagai Pepper Potts dalam Iron Man.

Bercakap mengenai kemungkinan beliau berehat seketika lagi untuk menghabiskan masa bersama keluarga, beliau memberitahu Daily Mirror : “Saya sudah melakukannya dalam tempoh yang lama. Anda tidak boleh untuk tidak berada di sisi anak. Mereka adalah anak-anak yang cantik dan menceriakan dan saya tidak mahu ketinggalan melihat mereka membesar tanpa saya.

“Saya juga mahu mereka tahu saya sentiasa ada untuk mereka.”

Penjara kena rompak

AMSTERDAM: Sekumpulan penyamun berjaya memecah masuk sebuah penjara di Belanda dan melarikan pelbagai peralatan termasuk peti televisyen milik banduan, ketika pesalah dibawa keluar untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan pada hujung minggu.

Jurucakap pejabat pendakwa raya yang mengesahkan kejadian itu berkata ini adalah rompakan kedua di penjara di bandar Hoorn, 42 kilometer ke timur laut Amsterdam itu, dalam tempoh enam minggu.

“Kami hairan bagaimana sebuah penjara yang dikawal rapi boleh disamun dan tiada tangkapan dibuat pihak polis sehingga kini,” katanya.

Pengguna Facebook jejaki pemilik botol

GAMBAR menunjukkan Vandevalle bersama botol yang mengandungi suratnya.

BRUSSELS - Seorang lelaki, Oliver Vandevalle yang mengirim sepucuk surat di dalam sebuah botol di laut lebih 30 tahun lalu akhirnya menemuinya semula selepas seorang pengguna rangkaian sosial Facebook menjumpainya, lapor sebuah akhbar semalam.

Vandevalle yang berusia 47 tahun dan berasal dari Belgium dihubungi seorang wanita Britain, Lorraine Yates yang menjejakinya menerusi Facebook selepas menemui botol tersebut di pantai Swanage, Dorset.

Pada mulanya, Vandevalle membuang botol yang mengandungi alamatnya semasa dia menaiki sebuah bot bersama ahli keluarganya ketika berusia 14 tahun di kawasan pantai selatan England.

Vandevalle mengoyak sekeping kertas dari buku nota sebelum membaling botol itu ke laut.

"Ketika itu, 12 orang berada di atas bot dan kami sedang menuju ke Azores. Tiba-tiba, saya mendapat idea untuk menulis sepucuk surat di dalam sebuah botol," katanya yang mengimbas kejadian dia membaling botol berkenaan ke laut.

Bahtera Nabi Nuh ...Saintis Britain minta bukti kukuh

GAMBAR yang disiarkan agensi berita AFP pada Selasa lalu menunjukkan seorang anggota ekspedisi melihat dinding kayu yang dipercayai kandang haiwan di dalam bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.


LONDON - Seorang saintis Britain meminta satu kumpulan ekspedisi China-Turki menunjukkan lebih banyak bukti saintifik bahawa mereka telah menemui bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Isnin lepas, agensi berita AFP melaporkan sekumpulan 15 penjelajah dari Hong Kong dan Turki mendakwa menemui tujuh struktur berupa kandang kayu besar di dalam lereng curam bersalji pada ketinggian sekitar 4,000 meter berhampiran puncak Gunung Ararat di timur Turki.

"Kami belum dapat mengesahkan 100 peratus ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami 99.9 peratus yakin bahawa kami telah menemuinya (bahtera Nabi Nuh)," kata seorang pembikin filem yang menyertai ekspedisi itu, Yeung Wing-cheun berhubung penemuan sisa tinggalan kayu pada Oktober tahun lalu di gunung berkenaan.

Menurutnya, sisa tinggalan dan struktur kayu itu bukan peninggalan penempatan manusia dahulu kala kerana tiada tempat tinggal manusia pernah ditemui pada ketinggian melebihi 3,500 meter di lokasi berkenaan.

Kumpulan penjelajah itu enggan mendedahkan dengan tepat lokasi penemuan itu sehingga pemerintah Turki bersetuju untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai tapak arkeologi.

"Saya melihat struktur diperbuat daripada papan kayu balak. Setiap papan selebar kira-kira 20 sentimeter," kata seorang ahli kumpulan ekspedisi itu, Panda Lee pada sidang akhbar di Hong Kong Isnin lepas.

"Saya turut melihat pasak-pasak kayu, bukti struktur itu adalah binaan dahulu kala sebelum penggunaan paku besi.

"Kami kemudian berjalan ke satu lagi tapak. Saya dapat melihat beberapa serpihan papan dilitupi glasier, sesetengahnya memiliki panjang sehingga 20 meter," tambah Lee.

Menurutnya, dinding kayu sebuah kandang adalah rata dan melengkung seperti dinding bahtera manakala klip video yang ditunjukkan kumpulan itu mendedahkan struktur kandang itu mempunyai beberapa pintu, tangga dan pasak kayu.

Pasukan penjelajah itu memberitahu, papan yang mereka temui berasal daripada kayu pokok pain Cypress walaupun kitab Injil sebelum ini menyatakan, bahtera Nabi Nuh dibina daripada kayu kokka.

Kitab al-Quran dan Injil ada menyatakan, banjir besar berlaku di bumi dengan Tuhan memerintah Nabi Nuh membina sebuah bahtera dan membawa bersamanya haiwan.

Menurut kitab Taurat, ukuran panjang bahtera Nabi Nuh adalah 160 meter, lebar 24 meter dan tinggi 16 meter iaitu lebih tinggi daripada sebuah bagunan tiga tingkat manakala dek bahtera itu pula seluas 36 gelanggang tenis.

Ujian penentuan tarikh karbon mendapati struktur yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun.

Bagaimanapun, seorang pakar arkeologi Britain, Mike Pitt berkata, buat masa ini, kumpulan ekspedisi itu masih belum mengemukakan bukti kukuh.

"Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.

Penganut agama Kristian sebelum ini menyatakan Nabi Nuh memerlukan 40,000 haiwan bagi mewakili setiap jenis binatang di bumi.

Namun, mereka yang sangsi dengan kenyataan itu memberitahu, Nabi Nuh perlu membina kapal amat besar yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1.5 juta spesies haiwan sekiranya ingin membawa bersama semua haiwan di bumi.

Ekspedisi penemuan serpihan kayu itu turut boleh dilihat di laman perkongsian video YouTube di Internet.

Hamba seks...Bapa saudara barua, anak saudara jadi mangsa

KUALA TERENGGANU – Pada usia yang masih muda, dua beradik terpaksa melalui kehidupan yang memeritkan apabila mereka menjadi hamba seks kepada bapa saudara sendiri yang dipanggil Ayah Teh sejak tahun lalu.

Dalam tempoh lapan bulan, mangsa berumur 14 tahun mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berhati binatang terbabit, sementara adiknya pula dicabul lebih 30 kali di rumah mereka di sebuah kampung di Besut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Mohd Zani Che Din berkata, mangsa pertama kali dirogol pada 28 Mei tahun lalu kira-kira jam 4 pagi ketika tidur bersama adik dalam bilik.

Menurutnya, bapa saudara mangsa kemudian dilaporkan masuk ke bilik berkenaan dan menyusup ke dalam kelambu tempat mereka tidur lalu membuka pakaian mangsa lalu merogolnya.

“Sejak kejadian itu, suspek dikatakan terus merogol mangsa beberapa kali sehingga 12 Januari lalu, sementara adik mangsa berumur 13 tahun mengadu turut dirogol suspek di ruang tamu rumah mereka.

"Selain dirogol, adik mangsa memberitahu dia dicabul suspek lebih 30 kali bermula 18 Disember tahun lalu sehingga 18 April lalu, namun kedua-dua beradik itu merahsiakannya kerana tidak tahu perbuatan itu salah," katanya, semalam.

Bagaimanapun, Mohd Zani berkata, perlakuan jahat Ayah Teh terbongkar apabila mangsa yang tinggal bersama nenek uzur dan suspek akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jerteh kira-kira jam 1.57 tengah hari, kelmarin.

Berikutan laporan itu, polis menahan bapa saudara mangsa berusia 30 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan untuk siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Seks ubat darah tinggi

RIO DE JANEIRO: Menteri Kesihatan Brazil mempunyai penyelesaian terhadap masalah penyakit darah tinggi yang dihidap kebanyakan rakyat negara itu - lebih banyak seks.

Jose Temporao berkata, orang dewasa perlu banyak melakukan senaman untuk menurunkan tekanan darah mereka.

Menurutnya, antara senaman yang baik untuk jantung, termasuklah seks.

Dia juga mengesyorkan menari, amalan pemakanan yang sihat sebagai cara mengatasi penyakit itu.

Temporao berkata demikian ketika melancarkan kempen peringkat kebangsaan memerangi darah tinggi di Brasilia.

Menurut Kementerian Kesihatan, 24.4 peratus penduduk Brazil menghidap darah tinggi tahun lalu.

Bilik RM35,000 satu malam

GAMBAR menunjukkan sebuah bilik di Hotel Armani di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai.

DUBAI - Dengan satu bilik berharga hingga AS$11,000 (RM35,000) untuk penginapan satu malam, pereka fesyen ternama dari Itali, Giorgio Armani merasmikan hotel pertamanya di menara tertinggi dunia, Burj Khalifa di sini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
"Kelmarin, saya melihat hotel ini hidup (beroperasi) dan saya berasa amat tersentuh," kata Armani dalam satu sidang media di Burj Khalifa.

Harga penginapan di hotel berkenaan yang dinamakan Hotel Armani diakui mahal tetapi reka bentuk, hiasan dalaman dan susun atur hotel berkenaan menampilkan konsep ringkas tetapi elegan.

Menggunakan kombinasi warna hitam dan coklat, hotel itu menduduki sebahagian ruang tingkat bawah sehingga tingkat lapan Burj Khalifa manakala suit mewah terletak di tingkat 38 dan 39.

Ia turut dilengkapi beberapa restoran mewah dan sebuah spa, tetapi keahlian spa tersebut terhad kepada 300 ahli kelab Gaya Armani sahaja.

Pereka fesyen itu turut mereka bentuk sejumlah apartmen mewah, Armani Residence di tingkat sembilan sehingga tingkat 16 bangunan tersebut yang dijual kepada pembeli persendirian.

'Boobquake' selar teori payu dara


SAN FRANCISCO: Isu payu dara tiba-tiba 'meledak' di laman sembang Facebook, apabila seorang penulis blog wanita menggesa 'rakan sejantina' membuktikan dakwaan ulama Iran, Hojatoleslam Kazem Sedighi yang berkata wanita seksi dan perbuatan mendedahkan buah dada sebagai punca gempa bumi, adalah salah.

Ketika pengguna internet melayari laman rasmi dikenali Boobquake, gempa bumi 6.5 skala Richter yang melanda Taiwan, mencetuskan jenaka online, di kalangan pelayar internet, apabila mereka bertanya sama ada ia adalah bukti kenyataan ulama berkenaan.

Lebih 55,000 orang menyokong laman Boobquake nukilan Jennifer McCreight yang menyifatkan dirinya seorang pejuang wanita yang lantang bersuara dan tidak beragama, menunjukkan gambar payu daranya yang besar.

“Tidak, gempa bumi Taiwan belum lagi menunjukkan kesan ketara. Jika kita dilanda gegaran pada kekuatan yang sama sehingga esok, mungkin kita terpaksa terima pendapat ulama itu ,” kata pelajar senior kolej itu ketika mengemaskini blognya.

McCreight yang tinggal di Indiana, Amerika Syarikat, menggunakan laman sembang sosial Twitter untuk mendapatkan pandangan wanita seluruh dunia untuk menguji sejauh mana kebenaran dakwaan ulama itu bahawa wanita seksi boleh menyebabkan ‘bumi bergegar’.

“Ramai wanita zaman ini tidak memakai pakaian yang sopan sehingga menyebabkan ramai lelaki ‘sesat jalan’ dan mencemar kesucian diri, menyebabkan maksiat berlaku secara berleluasa di kalangan masyarakat dan meningkatkan jumlah kejadian gempa bumi,” kata Sedighi minggu lalu yang dipetik media Iran.

Kenyataan McCreight yang bermula kerana ulama itu silap memberikan kenyataannya bagaimanapun mendapat sokongan besar pelayar internet wanita yang merancang mengadakan perhimpunan ‘Boobquake’.

Laman kedai online, Zazzle.com yang menyokong perhimpunan terbabit mula menjual baju T dengan tulisan ‘Boobquake 2010’ yang dihiasi rekaan riben berwarna merah jambu.

Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dibelasah dengan kayu besbol oleh jirannya sendiri hanya kerana marah dengan perbuatan lelaki itu yang menegur perbuatan jirannya yang membuang plastik mengandungi sampah di hadapan rumahnya di Flat Sri Sentul, Bandar Baru Sentul awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki yang dikenali sebagai Chung Sin, 51, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dihentak dengan kayu besbol dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu.

Beliau berkata, ia bermula dengan perbalahan Chung Sin dengan seorang jirannya yang memuncak sehingga jirannya yang bekerja sebagai pemandu lori itu masuk ke rumah dan mengambil kayu besbol.

"Chung Sin pada mulanya menegur jirannya yang berusia 51 tahun itu kerana membuang sampah di hadapan rumahnya namun suspek terus berang dan memarahi Chung Sin.

"Apabila perbalahan mereka menjadi bertambah panas, suspek kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk mengambil kayu besbol, dan memukul Chung Sin hingga dia cedera parah," katanya kepada pemberita di Dataran Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini.

Ku berkata, Chung Sin yang dikatakan menggunakan sebatang besi untuk mempertahankan diri terus tersungkur dan mati di tempat kejadian sebaik sahaja kayu besbol itu mengenai kepalanya.

"Chung Sin yang tidak mempunyai pekerjaan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh anak saudaranya dan jiran lain, namun beliau disahkan meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis menahan seorang suspek bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini bagi membantu siasatan.

Mayat Chung Sin kini berada di HKL untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Sekyen 302 Akta Kanun Keseksaan, berkaitan kes bunuh.

Zoe enggan berbogel

AKTRES Zoe Saldana terkejut apabila gandingannya dalam filem Death at a Funeral, James Marsden, menanggalkan pakaiannya di hadapannya. Ini kerana dia tidak memberitahu Zoe bahawa dia bercadang untuk berbogel bagi babak tersebut.

Ini membuatkan Zoe mahu memukul James. Kata Zoe: "Apa yang dilakukan oleh James tidak kelakar. Dia sepatutnya berbogel di atas bumbung dan saya pula membuka tingkap dan bertanya: 'Apa yang awak lakukan? Masuk ke dalam.'

"Namun, dia tidak memberikan sebarang amaran bahawa dia akan menanggalkan seluarnya. Jadi saya membuka tingkap dan ternampak apa yang tidak sepatutnya. Kemudian saya menjerit ke arahnya: "Saya memberi amaran. Jika awak buat sekali lagi, saya akan pukul awak."

Selain tidak selesa dengan babak James berbogel, aktres itu juga meminta pengarah untuk menulis semula skrip The Losers kerana tidak mahu berbogel di depan kamera.

Tambahnya kepada laman web Parade.com: "Dalam skrip asal, watak saya diperlukan untuk berbogel. Jadi saya memberitahu pengarah: 'Jika saya perlu merakamkan babak ini, saya tidak akan berbogel kerana ia bukan satu keperluan.'

"Jadi selepas perbincangan, saya dibenarkan untuk memakai seluar dan baju dalam. Saya tidak kisah untuk menggunakan aset fizikal sebagai senjata tetapi ia perlu ada batasan."

Bahtera Nabi Nuh ditemui

PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.

HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Persatuan bogel serbu pulau di Britain

GAMBAR menunjukkan beberapa orang berbogel di Pulau Flat Holm di Britain 

BRISTOL - Sejumlah lelaki dan wanita yang menganggotai sebuah persatuan bogel menyerbu Pulau Flat Holm, dekat sini untuk menikmati aktiviti perkelahan dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka datang dari seluruh Britain dan berada di pulau berkenaan sepanjang hujung minggu lalu.

Ahli-ahli persatuan yang mengamalkan cara hidup bogel, itu turut tidak membenarkan orang lain berada di lokasi tersebut melainkan mereka bersetuju untuk turut sama melucutkan pakaian.

Pencipta telefon, Marchese Guglielmo Marconi menghantar mesej radio pertama dari Pulau Flat Holm pada tahun 1897 sekali gus menjadikan tempat itu terkenal di kalangan pelancong.

Pulau batu berkeluasan 34.8 hektar di Selat Bristol, dekat sini pernah menjadi tempat perlindungan penyeludup.

Tupai pertahan bangkai rakan

KLIP di laman YouTube menunjukkan seekor tupai melindungi bangkai rakannya.


LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.

Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya.

Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton.

Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.

Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.

Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya.

Dipenjara kerana pecah masuk penjara


CAPE CANAVERAL: Seorang bekas banduan dipenjarakan 15 tahun kerana cuba memecah masuk ke dalam penjara seminggu selepas dia dibebaskan.


Sylvester Jiles, 25, ditahan ketika memanjat pagar 3.66 meter di penjara Brevard County, Florida.


Jiles dikejarkan ke hospital akibat luka besar terkena wayar berduri, lapor akhbar Daily Telegraph


Sebelum cubaan memecah masuk itu, Jiles merayu pegawai penjara menahannya semula.

Tewas dicumbu abang kandung

Selain dara Lydia diragut abang sendiri, dia turut dibaham 10 lelaki dalam satu malam.

“SAYA tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”Itu pengakuan jujur seorang remaja berusia 13 tahun, Lydia (bukan nama sebenar) yang ditemui Jurnal di sebuah pusat pemulihan di Selangor baru-baru ini.

Sejak kecil hidup Lydia diselubungi rahsia. Dia dipelihara datuknya sejak berusia tiga bulan.Status Lydia hanya terbongkar selepas dia terbabit dalam satu kemalangan jalan raya tahun lalu.Menurut cerita Lydia, datuknya mendakwa ibu bapa kandungnya ialah mak cik dan pak ciknya iaitu ibu bapa kepada sepupunya.

Tidak beragama

Lydia selesa untuk bercinta dengan sepupu sendiri (abang kandungnya), Rashid (bukan nama sebenar) walaupun dia ketika itu baru berusia 10 tahun.
Hakikatnya, remaja itu bukan sahaja ditipu oleh datuk dan keluarganya, malah Lydia dibiarkan terkapai-kapai tanpa didikan agama.
“Saya tidak pernah mengenal erti solat dan menunaikan amalan wajib yang ditetapkan agama Islam sehingga pada usia saya sekarang. Itupun saya belajar di pusat pemulihan.
“Malah, saya tidak beragama walaupun keluarga saya beragama Islam kerana mereka tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Agama Islam hanya sekadar warisan semata-mata,” katanya sedih.
Keadaan itu menyebabkan Lydia bebas untuk melakukan apa sahaja yang disukainya termasuk menjadi minah rempit, menghidu gam dan merokok.
Hakikatnya, antara sebab dia bercinta dengan Rashid adalah kerana mereka berkongsi minat yang sama.
“Rashid juga seorang mat rempit walaupun bersekolah agama. Jarak sekolahnya hampir dengan rumah datuk menyebabkan dia sering bermalam.
“Kami sering minum (di restoran) dan menonton wayang bersama-sama. Rashid sering memberikan hadiah seperti jam tangan, rantai, cincin dan telefon bimbit kepada saya. Setelah sekian lama bercinta kami akhirnya melakukan hubungan seks.

LYDIA rela tubuhnya dijamah kerana cinta dan terpedaya pujuk rayu.



Rumah datuk lokasi seks

“Lokasi perbuatan terkutuk itu tentulah di rumah datuk, terutama ketika dia tiada di rumah. Kami melakukan aktiviti itu selepas menghidu gam.
“Jiran-jiran pula tidak mengesyaki apa-apa kerana hubungan persaudaraan kami,” katanya.
Lydia bernasib baik kerana tidak mengandung kerana dia mengambil pil perancang kehamilan.
Cinta Rashid sebenarnya palsu malah dia mempunyai agenda tersendiri untuk memusnahkan hidup Lydia.
Rashid tidak mencintai Lydia, sebaliknya dia berhasrat untuk menjadikan remaja itu sebagai objek taruhan merempit.
“Saya tidak menyedari perkara itu pada awalnya tetapi rahsia itu terbongkar setelah dia kalah dalam perlumbaan.
“Rashid meminta saya mengikut sekumpulan mat rempit. Saya kemudian dibawa ke sebuah rumah dan di sana saya dipaksa melakukan hubungan seks dengan 10 lelaki dalam satu malam.
“Sakit rasanya, tetapi kerana cinta pada Rashid saya pendam sahaja. Keesokannya saya dihantar pulang.

Abang pandai pujuk 


“Saya geram dengan sikap Rashid tetapi akhirnya cair kerana Rashid memang seorang yang pandai memujuk,” ujar Lydia.
Selepas itu, dia terus menjadi umpan taruhan Rashid apabila lelaki itu merempit. Lydia akhirnya rela menjadi pemuas nafsu mat rempit.
“Saya tidak kisah (terhadap) pandangan masyarakat. Mereka kata, saya bohsia, pelacur dan sebagainya (tetapi) saya tidak kisah kerana realitinya (saya) memang begitu.


SEKUMPULAN remaja bermotosikal beraksi di sebatang jalan di Kuala Lumpur. - Gambar hiasan



“Saya juga sering melawan cakap datuk malah sanggup memakinya dengan kata-kata kesat jika kehendak saya tidak dipenuhi,” katanya.

Pecah tembelang

Namun, peristiwa kemalangan jalan raya pada tahun lalu mengubah perjalanan hidup Lydia kerana kejadian itu mendedahkan tembelang Rashid.
“Peristiwa (kemalangan) itu berlaku di Puchong semasa saya bersiar-siar bersama seorang kakak angkat. Saya dilanggar oleh sebuah kereta semasa ingin memasuki simpang di satu selekoh.
“Saya kemudiannya dimasukkan ke sebuah hospital dan koma selama seminggu.
“Sebaik sedar, datuk memberitahu saya sebenarnya bercinta dengan abang sendiri. Datuk mengatakan individu yang selama ini saya anggap sebagai bapa dan ibu saudara sebenarnya ibu dan ayah kandung saya sendiri,” ujarnya.
Lydia tidak dapat menerima hakikat itu pada mulanya kerana dia menganggap hubungan seks dengan abang sendiri merupakan perkara paling jijik pernah dilakukannya.
“Selepas sembuh, saya menjadi tidak keruan dan berkurung dalam bilik. Saya pernah cuba membunuh diri.Saya bernasib baik kerana keluarga menghantar saya ke pusat pemulihan untuk menjalani rawatan.
“Rashid juga menghilangkan diri. Syukur kini saya telah kenal erti solat dan bertaubat. Saya berharap Allah dapat ampunkan dosa saya,” ujarnya pilu.

Bahaya filem 3D terhadap kesihatan

TOKYO - Beberapa syarikat barangan elektrik di Jepun mengeluarkan amaran mengenai bahaya filem 3D terhadap kesihatan penonton.

Kumpulan syarikat itu, termasuk Toshiba, Sharp dan Hitachi menjalinkan kerjasama dengan kerajaan untuk mengeluarkan buku panduan mengenai kesan sampingan akibat menonton imej 3D.

Menurut kumpulan itu, filem-filem 3D mampu menyebabkan pening, loya dan mata lesu.

"Kami tidak fikir ini akan menjadi masalah besar kepada majoriti penonton," kata jurucakap kumpulan syarikat itu, Koichi Imai.

Menurutnya, penonton boleh mendapatkan buku panduan tersebut di pawagam dan premis perniagaan.

"Perkara paling mudah untuk seseorang yang berasa tidak sihat kerana menonton filem 3D adalah dengan berhenti menonton," katanya.

Manusia diminta elak hubungi makhluk asing

LONDON - Ahli fizik terkenal Britain, Stephen Hawking memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelak daripada membuat sebarang hubungan dengan makhluk asing.

Hawking, yang muncul dalam siri Discovery Channel berkata, terdapat bukti yang sangat rasional untuk menganggap hidupan pintar itu benar-benar wujud di tempat lain.

Namun, beliau memberi amaran bahawa makhluk asing mungkin memasuki bumi untuk mendapat sumber di planet ini dan pulang ke tempat asal mereka.

"Jika makhluk asing datang ke sini, situasinya sama seperti ketika Cristopher Columbus mendarat di Amerika. Ia tidak menguntungkan penduduk asli di situ," katanya.

Hawking berpendapat manusia sepatutnya mengelak daripada berhubung dengan makhluk asing.

"Kita hanya perlu melihat diri sendiri untuk menilai bagaimana hidupan pintar itu mungkin membangunkan sesuatu yang sukar untuk kita capai," katanya.

Kereta mewah raja dadah dirampas

LONDON: Dua kereta Bugatti Veyron adalah antara kereta mewah bernilai 4 juta paun (RM20 juta) yang dirampas polis malam tadi selepas dirampas daripada seorang raja penjenayah.

Polis menemui wang tunai berjumlah kira-kira £750,000 (RM3.7 juta) dalam kereta itu yang dirampas di beberapa tempat di Britain dan Switzerland.

Turut ditahan ialah empat Ferrari, dua daripadanya Enzo yang bernilai 800,000 paun (RM4 juta) , tiga Rolls Royce dan dua Porsche.

Setiap satu kereta Veyron itu berharga £750,000 (RM3.7 juta) .

Raja dadah, Alexander Surin, 44, ditahan sebelum itu dan akan didakwa di Perancis selepas diekstradisi dari Sepanyol.

Dia dipercayai menyembunyikan kereta mewah itu dan memandu kereta murah bagi mengelak perhatian.

Kunci kenderaan itu ditemui dalam serbuan terhadap beberapa rumah di London dan kawasan Midland.

Sebuah kereta Rolls Royce jenis Phantom berharga 150,000 paun (RM738,000) yang diletakkan di Lapangan Terbang Stansted di Essex ditemui dengan menekan alat kawalan jauh sehingga kunci kereta sebelah kanannya terbuka.

Seorang jurucakap Agensi Jenayah Terancang mengesahkan: “Kami menahan beberapa hartanah dan kereta mewah dalam siasatan terhadap Surin.”

Disiasat kerana amalkan poligami

HEBBADJ (tengah) menjadi tumpuan media di Nantes, barat Perancis semalam.


PARIS - Seorang lelaki Perancis kelahiran Algeria, Lies Hebbadj mencetuskan kontroversi mengenai polemik suami yang berpoligami apabila mendakwa memiliki perempuan simpanan yang merupakan cara hidup rakyat negara itu.

Dia menimbulkan kenyataan itu ekoran komen seorang peguam pakar dalam isu imigresen, Rabah Hached yang mengesahkan, berkahwin mengikut upacara agama tidak boleh dikira sebagai perkahwinan menurut undang-undang Perancis.

Hached kemudian menjelaskan, jika berlaku perkahwinan secara agama sama ada di Algeria atau Perancis, isteri itu dianggap sebagai wanita yang tidak berkahwin dan layak untuk menerima bantuan kebajikan negara untuk anak-anak mereka.

"Ia tidak salah untuk memiliki perempuan simpanan tetapi saya beranggapan lelaki itu (Hebbadj) sedang memperkatakan mengenai hak-hak dia untuk memiliki ramai isteri dengan berkahwin mengikut upacara agama Islam," kata Hached.

Hebbadj kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis kerana disyaki mengamalkan poligami untuk mendapat subsidi negara itu bagi seorang isterinya yang sah dan kemudian diagihkan pula kepada setiap isterinya yang lain.

Menteri Dalam Negeri, Brice Hortefeux berkata, beliau mahu melucutkan kerakyatan lelaki itu jika didapati mengamalkan poligami dan menyiasat sama ada Hebbadj pernah berkahwin dengan empat isteri mengikut upacara sivil Perancis.

Hebbadj mempertahankan poligami kerana dia berkahwin mengikut upacara agama dan berkata, jika kerakyatan dirinya dilucut, ia bererti ramai lelaki di Perancis juga akan hilang kerakyatan kerana memiliki ramai perempuan simpanan.

Mengantuk satu penyakit

"SAYA pernah hampir terlibat dalam kemalangan ketika memandu pulang ke kampung kerana mengantuk."Saya juga kerap bermimpi seperti lemas dan tiba-tiba terbangun," ujar Zulfikar Ali Bhatto Mohd. Sidik menceritakan masalah mengantuk yang dihadapinya.

Pada awalnya dia menyangka fenomena itu disebabkan dia kurang vitamin dan tidal bersenam. Namun, pemeriksaan doktor mendapati Zulfikar Ali menghidap sleep apnea (nafas terhenti ketika tidur) hingga kualiti tidurnya berada pada paras 30 peratus sahaja.

Dia sering terjaga secara tiba-tiba disebabkan otaknya telah memberikan signal supaya bangun. Jika tidak, keadaan itu boleh menyebabkan maut kerana nafas berhenti untuk tempoh yang lama.

Bagi mengatasi masalah itu, doktor menasihatkan Zulfikar supaya menjalani pembedahan.

Namun, memandangkan Zulfikar mempunyai masalah tonsil, doktor menyarankannya menggunakan mesin tekanan laluan udara positif berterusan (CPAP) berharga antara RM5,000 hingga RM8,000 bagi membolehkannya mendapat tidur yang berkualiti.





Zul'Aida Zulkifli, 27, pula memberitahu dia baru sahaja mengalami gangguan tidur sejak bulan lalu kerana tekanan bekerja.

"Walaupun mengantuk, saya tidak boleh tidur. Pukul 5.30 pagi baru saya dapat melelapkan mata tetapi kemudian terpaksa bangun pada 7 pagi dan bersiap-siap ke tempat kerja.

"Keadaan itu menyebabkan saya sentiasa sakit kepala selama satu jam sebaik bangun daripada tidur. Pernah juga terdetik untuk mengambil pil tidur bagi mengatasi masalah ini tapi khuatir ia akan mendatangkan kesan sampingan pada badan saya kelak" katanya.

Sepanjang berjaga, Zul'Aida menghabiskan masa dengan membaca buku, melayari Internet dan menonton televisyen.

Tidur merupakan satu-satunya waktu privasi untuk merehatkan badan dan minda. Ia juga satu keperluan asas biologi manusia.

Seseorang yang tidak mempunyai waktu tidur yang men cukupi cenderung untuk mengantuk.
Mengantuk bukan sahaja terjadi berikutan waktu tidur tidak mencukupi malah disebabkan gangguan tidur yang dialami oleh seseorang individu.

"Waktu tidur paling optimum ialah enam jam hingga lapan jam sehari bagi mengelakkan rasa mengantuk.
"Jika seseorang itu masih rasa mengantuk, mungkin ada sesuatu yang tidak kena," kata Pakar Perunding Kanan Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali.

Lebih segar

Secara biologinya manusia mempunyai lima peringkat tidur. Peringkat satu hingga peringkat empat dipanggil tidur tanpa gerak mata cepat (NREM) dan peringkat lima dipanggil tidur gerak mata cepat (REM). Ketika REM, mata bergerak-gerak seolah-olah mengikut imej-imej dalam mimpi kita.

Manusia memerlukan tiga hingga empat tahap untuk tidur nyenyak supaya lebih segar apabila bangun daripada tidur.


SLEEP apnea pula berlaku apabila seseorang itu berhenti bernafas ketika tidur.



Tambahnya, ketika peringkat REM, otot-otot badan menjadi kendur. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu berdengkur kerana lidah jatuh ke belakang dan anak tekak bergetar.

Selain otot kendur, seseorang itu akan mengalami mimpi dan gelisah kerana ketika peringkat REM, banyak perubahan fisiologi dalam tubuh berlaku.

"Pada peringkat satu, seseorang itu akan berasa mamai dan hampir tidur. Contohnya ketika khutbah solat Jumaat dan solat Tarawih, seseorang itu akan tersengguk-sengguk manakala peringkat dua pula dikategorikan sebagai tidur yang ringan.

"Tidur mula nyenyak apabila mencapai peringkat tidur tiga dan empat. Pada masa ini, elektroencefalogram (EEG) yang digunakan untuk mengesan tahap tidur mendapati gelombang otak perlahan," ujarnya.

Beliau memberitahu, waktu tidur yang sepatutnya tidak semestinya pada waktu malam kerana ia mungkin terjadi pada siang hari, bergantung kepada tubuh badan seseorang.

Katanya, kerja mengikut syif tidak bagus kerana seseorang itu perlu bekerja seminggu pada waktu malam dan minggu berikutnya pada waktu siang.

Keadaan itu menyebabkan otak menjadi tertekan. Badan menjadi penat, lesu, murung dan sebagainya sehingga mengganggu fisiologi badan.

Keperluan tidur untuk orang dewasa adalah di antara enam hingga lapan jam. Jika jumlah tersebut kurang, seseorang itu akan mengantuk dan jika jumlah tidur melebihi 12 jam ia boleh mencetuskan sakit kepala dan otak jadi malas (tidak cerdas).

PH darah lebih berasid pada waktu malam berikutan penambahan karbon dioksida dalam badan.

Kemalangan

Adakah kemalangan yang berlaku pada dinihari di lebuh raya berpunca daripada mengantuk?
"Pemandu mengantuk adalah salah satu faktornya selain keadaan lebuh raya yang lurus agak membosankan sehingga pemandu memandu sambil lewa.


RAWATAN tradisional akupuntur boleh dicuba bagi mengatasi masalah tidur.



"Sebaiknya jika seseorang mahu memandu jauh pada waktu dinihari, sebaiknya latih diri seminggu lebih awal supaya tubuh dapat menyesuaikan keadaan," jelasnya kopi dan mengunyah gula-gula tidak membantu seseorang mengatasi rasa mengantuk.

Penawar terbaik untuk hilang mengantuk ialah tidur selain mendapat rehat yang mencukupi. Akibat tidak cukup tidur seseorang akan cepat letih, cepat marah, mengantuk dan kurang konsisten manakala pengeluaran hormon stres dan steroid semula jadi meningkat.

Seseorang yang mengantuk pada siang hari disebabkan tidak mendapat cukup tidur pada waktu malam atas beberapa faktor iaitu atas pilihan sendiri, kemurungan, serangan epilepsi, mengalami gangguan tidur NREM dan REM, sleep apnea dan fatal famillia insomnia.

Raymond memberitahu serangan epilepsi pada waktu malam yang dipanggil sebagai nokturnal epilepsi kerap tidak dapat dikesan dan ia hanya meninggalkan tanda-tanda seperti lenguh otot, sakit kepala, darah pada bantal akibat tergigit lidah, terkencing dan keliru.

"Bagi gangguan tidur NREM yang biasanya dialami oleh orang muda, mereka cenderung berjalan dan bercakap ketika tidur yang mengganggu lena menyebabkan seseorang itu mengantuk pada siang hari.
"Orang tua yang kerap mengalami gangguan peringkat REM, kaki mereka tidak akan berhenti bergerak seolah menendang-nendang," katanya.


MENGANTUK sering dikaitkan sebagai punca kemalangan.



Sleep apnea pula berlaku apabila seseorang itu berhenti bernafas ketika tidur. Apabila bangun, mereka tersedak dan tercekik untuk bernafas.

Keadaan tersebut kerap berlaku pada lelaki dewasa berusia 40 tahun ke atas, gemuk, berleher pendek, dagu kecil, lidah besar dan tebal manakala anak tekak bengkak dan panjang.

Fatal famillia insomnia pula adalah sejenis penyakit keturunan yang berlaku akibat bahagian hipotalamus di dalam otak rosak kerana dimasuki sejenis protein (prion), menyebabkan seseorang itu tidak tidur waktu malam dan siang.

"Mereka yang mengalami masalah ini hanya rasa mengantuk sekejap-sekejap. Penyakit ini berlanjutan selama beberapa tahun sebelum membawa maut kepada semua penghidap.

Antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk pada siang hari ialah ubat selesema, ubat epilepsi dan sesetengah antibiotik.

"Selain itu ada juga yang mengalami penyakit senang tidur waktu siang. Penyakit ini disebabkan beberapa faktor iaitu kegagalan organ dan narkolepsi," katanya.

Kegagalan organ

Jelasnya, contoh kegagalan organ yang sering dialami seseorang pesakit ialah ginjal, hepar, jantung dan paru-paru. Waktu tidur mereka yang mengalaminya terbalik daripada sepatutnya.





Narkolepsi pula disebabkan genetik yang dominan dan amat jarang berlaku. Penghidap narkolepsi akan tertidur secara tiba-tiba di antara satu minit hingga lima minit.

"Peringkat tidur mereka tidak bermula dengan peringkat satu tetapi terus memasuki peringkat lima atau mencapai REM dengan cepat iaitu kurang daripada 10 minit jika dibandingkan tempoh normalnya beberapa jam.

"Sejenis ubat perangsang bentuk kimianya mirip enfatamin akan diberikan pada siang hari.

"Ubat ini amat dikawal pengeluarannya oleh doktor kerana khuatir berlaku penyalahgunaan. Penghidapnya juga dilarang memandu," jelasnya.

Selain itu, Raymond memberitahu penyakit bagi kebanyakan orang yang tidak boleh tidur ialah insomnia yang berpunca daripada tidak menjaga kesihatan tidurnya.

The first ever push-up bra: So, bust-boosting dates back to the 1800s

Beauty counter: The bra is part of a collection of various 19th century cosmetic devices, including cheek plumpers and eyebrows made from mouse fur

Wonderbra may have made traffic-stopping cleavage popular. But it appears the push-up bra dates all the way back to 1880.

A padded brassiere, discovered in storage at the Science Museum, in London, is believed to be the first ever breast enhancer, designed to give women a more shapely bust in the same way as a modern-day Wonderbra.

The white undergarment, consisting of two round white pads joined by a large piece fabric, is fastened behind the back by a strap and was designed and made in Europe. It is flamboyantly decorated with lace and feathers.

The bra did not become commonplace until 1907, when it featured in Vogue. Until then, it would have been a luxury item only available to wealthier women, and made-to-measure.

Cup sizes as we know them, denoted by letter, were not introduced until the 1930s in the U.S.

Read Full Post "Click Here"

Wanita cantik cari Sugar Daddy

TAIPEI: Laman sosial ‘I want a sugar daddy’ dilapor menarik minat 5,000 wanita dalam tempoh hanya dua hari.

Laman diwujudkan lima wanita cantik di Facebook 21 April lalu, mengalu-alukan penyertaan wanita yang ingin hidup mewah dibiaya sugar daddy atau lelaki kaya yang mencari wanita simpanan.

Seorang daripada wanita itu turut memenuhi janji meletakkan gambar seksinya di laman sosial itu jika ahli melebihi 500 orang.

Pengasas laman itu, Leslie Liao bagaimanapun berkata, mereka sebenarnya tidak mencari sugar daddy sebenar untuk membiaya kehidupan kerana setiap seorang memiliki kerja yang stabil dan bergaji besar.

Mereka melakukannya kerana cemburu dengan penghibur yang digilai hartawan dan menaburkan kehidupan mewah.

“Saya melakukannya selepas kami berbual mengenai kepayahan membiaya pelajaran kami di luar negara dan akhirnya memutuskan untuk mewujudkan laman ini sebagai satu jenaka,” katanya.

Richard Branson New "Underwater Plane"

Big boy's toy: Sir Richard Branson took a reporter from the Oprah Winfrey Show for a ride around his Caribbean island on his 'underwater plane'

Sir Richard Branson showed off his tropical lifestyle and new 'underwater plane' as he welcomed cameras to his finished private island home for the first time.The billionaire entrepreneur, recently ranked the world's 212th richest man, gave the Oprah Winfrey Show unprecedented access to Necker, his 74-acre Caribbean island.

He gave presenter Nate Berkus a tour of his home, which he has recently finished building, his cliff top guest house and his extravagant toys.

Big boy's toy: Sir Richard Branson took a reporter from the Oprah Winfrey Show for a ride around his Caribbean island on his 'underwater plane'
Sir Richard Branson
Captain Branson: The Necker Nymph is an aero submarine with an open cockpit

Asked about the purchase of the British Virgin Islands property, for a mere $200,000 in the late 1970s, he referred to his pursuit of wife Joan.
He said: 'I was about 26-years-old, I was chasing this beautiful lady, trying to persuade her to come live with me and we discovered this beautiful islands.
'I somehow managed to get the island, get the lady and get the mother of my children.'
Prized possession: The toy will be lent out to guests of his 
island
Prized possession: The toy will be lent out to guests of his island

He added: 'I appreciate every moment of my life. I was born under a lucky star.'
Branson started off the tour with the main home, boasting a stunning moon-shaped infinity pool next to a luxurious bar, a master bedroom with virtually no walls, an open kitchen and an outdoor bathroom - all with amazing views of the turquoise waters of the Caribbean.
Asked if the design reflects his personality, he replied: 'I hope so. I would like to think I'm quite an open person and this is open.'
The 59-year-old ended the home tour with his office - where he does business from his white hammock.
Sir Richard Branson
Welcome to my humble abode: The Virgin boss took presenter Nate Berkus on a tour of his Necker Island property
Sir Richard Branson
Al fresco: The cliff top guesthouse boasts an outdoor bathroom all in stone
Sir Richard Branson
On his throne: Branson joked around with his guest

Next stop was his cliff top guesthouse, boasting another outdoor bathroom all in stone.
And Branson showed his sense of humour - and ego - as he sat down on the toilet.
'This is my throne and, being a knight of the realm...' he said, before whipping out a crown and putting it on his head with a big smile.
Then it was time for the jewel in his crown - the Necker Nymph, an aero submarine with an open cockpit owned by nobody else in the world. 
Sir Richard Branson
Lap of luxury: Branson purchased the island for just $200,000 in the late 1970s
Sir Richard Branson
King of the world: Branson on Necker Belle, his $30m luxury catamaran

Branson announced the purchase earlier this year and the toy will be lent out to guests of his island, which is available for rent as part of his Virgin Limited Edition luxury line.
The submarine uses its wings to create downward lift underwater and is fitted with scuba gear for its pilot and two passengers. 
'It's like an airplane that flies underwater, a little fighter plane,' Branson said.
And he allowed cameras to shoot as he went for his first ride on the Nymph, describing the experience as 'brilliant' through microphones fitted on his scuba gear.
Sir Richard Branson
Fun for all the family: Branson's children Holly and Sam enjoy the surrounds
Sir Richard Branson
Tough day at the office: Branson does business from his white hammock


Branson then showed off the Necker Belle, his $30m luxury catamaran, featuring a lift on the main mast that gives panoramic 360 degrees views of the sea. 
There he was joined by his children Holly and Sam.
Sam said the best advice he ever gave him was 'probably to be yourself... he never put pressure to conform in any sort of form.'
At the end of the show, Branson signed up to Oprah's No Phone Zone drive to outlaw talking on mobiles and texting while driving in the US.
Necker Island
Touch of paradise: The 74-acre island was uninhabited when Branson first

Read more: http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-1266111/Sir-Richard-Branson-takes-spin-new-underwater-plane-gives-sneak-peek-inside-Necker-Island.html#ixzz0mAZHuIDb

Follow p a a p a a d a by e-mail