• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • MAJUN MUTIARA ORIGINAL

    Adakah ANDA punyai masalah Gaut,Asma,Resdung,Gatal-Gatal,Darah Tinggi,Hepatitis,Sakit Urat,Sakit Pinggang,Sakit Lutut dan Tumit,Angin dlm badan... Cubalah MAJUN ini, insyallah akan sembuh..

  • INSPIRSI MAYA JAMMING STUDIO

    Waktu operasi dari jam 5.00pm - 12.00am dari hari Isnin - Ahad

  • SewBerry Altiraa

    KAMI MENERIMA TEMPAHAN MEMBUAT BEG COVER BUKU RPH GURU SEKOLAH DARI KAIN DENIM (JEANS)...

  • LAPTOP INTERFACE DEVICE

    The TbyP Laptop Interface eliminates the need for a direct box and stereo patch cable, along with the need to properly mix left and right signals when connecting laptop computers, ipod and MP3 players to a pro sound

  • BRANDED STORE..Factory Outlet

    Kami menjual pakaian berjenama terus dari kilang...

Misteri makhluk aneh di Britain

GAMBAR yang dirakamkan oleh Gill Pearce menunjukkan makhluk misteri yang berleher panjang di Goodrington, Britain.

EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.

Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).

Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.

"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. - Agensi

Sembang lucah di iPhone 4

Pelakon filem lucah, Teagan Presley menguji perkhidmatan sembang lucah dengan menggunakan iPhone 4 baru-baru ini.

NEW YORK - Orang ramai kini boleh bersembang lucah secara langsung menerusi panggilan video iPhone 4 keluaran Apple Inc., di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Dengan menggunakan perisian Face Time iPhone 4, banyak syarikat di AS termasuk firma pengiklanan lucah, Craiglist giat memajukan sidang video perbualan lucah.

Di lima bandar raya AS, firma Craiglist itu menyiarkan iklan-iklan mencari model khusus untuk sesi bicara video seks di Face Time.

Perisian FaceTime membolehkan pengguna iPhone 4 membuat panggilan video menerusi sambungan Wi-Fi dengan menggunakan kamera dan skrin telefon tersebut.

Baru-baru ini, seorang pelakon filem lucah, Teagan Presley menguji perkhidmatan Face Time dengan menggunakan iPhone 4.

Populariti perkhidmatan terbaru itu meningkat ekoran berlaku perubahan dalam industri pornografi global masa kini.

Pengguna-pengguna kini tidak mahu melihat model-model lucah di Internet sebaliknya mahu bersembang dengan mereka. Sesi bersembang itu dijangka mengenakan bayaran AS$5 (RM15.90) dan AS$6 (RM19.08) selama satu minit dengan bayaran dibuat menggunakan kad kredit. - Agensi

Iran dakwa rokok seludup ada darah babi

TEHERAN - Seorang pegawai Iran menyatakan rokok yang diseludup ke Iran telah dicemari dengan darah babi dan bahan nuklear sebagai sebahagian daripada satu konspirasi negara-negara Barat.

Agensi berita separa rasmi Iran, Mehr memetik jurucakap Persatuan Memerangi Perokok, Mohammad Reza Madani sebagai berkata, rokok seludup jenama Marlboro telah dicemari dengan hemoglobin babi dan bahan nuklear yang tidak dikenal pasti.

Dia mendakwa syarikat Philip Morris International yang menjual rokok jenama Marlboro di luar Amerika Syarikat (AS) diketuai rejim Zionis dan ia dengan sengaja mengeksport rokok yang telah dicemari.

Namun, dia tidak menyediakan bukti atau maklumat mengenai rokok yang tercemar itu. Laporan semalam turut tidak menjelaskan maklumat lengkap mengenai bagaimana rokok darah babi itu ditemui.

Pemerintah Iran yang kerap mendakwa negara-negara Barat melakukan beberapa konspirasi menyatakan, sebanyak 20 bilion rokok diseludup masuk ke Iran setiap tahun. - AP

Meet the world's oldest creature

Dogged survivor: At 200million years old, tadpole shrimps are thought to have the longest pedigree on earth

Thought to be the oldest species on the planet, it has stayed virtually unchanged since the first days of the dinosaurs.

And after 200million years the tadpole shrimp is still showing its extraordinary ability to survive.


Two colonies of Triops cancriformis have now been found on the Solway Coast in Scotland.


Fossil finds show that the shrimp is virtually the same today as it was 200 million years ago, when the first dinosaurs evolved.


The living fossil had long been thought to be confined to one pond in the New Forest, Hampshire.


Experts think there could be more 'hidden' populations of the crustacean - a designated endangered species - elsewhere.

The tadpole shrimp may have the oldest pedigree of any living animal, scientists believe.
The shrimps are adapted to living in temporary water pools. When the water dries up, the adults die but leave behind eggs that can remain dormant for years until wet conditions return.
Found: The crustaceans were discovered in Scotland
Found: The crustaceans were discovered in Scotland 

Understanding the animal's unusual lifestyle helped researchers from the University of Glasgow make the discovery announced today.

Mud thought to contain tadpole shrimp eggs was sampled from pools around Caerlaverock, dried, re-wetted and placed in small aquaria.

The scientists were startled to find a large shrimp swimming in one of the tanks within a couple of weeks.

Research student Elaine Benzies said: 'I hadn't expected to find it and was just going in to check on the heat and lights. It was great to see everyone in the lab, including the cook from the canteen, gathering round and peering into the tank to look at this ancient survivor from the past.'

The tadpole shrimp was long thought to be confined to a single pond in the New Forest, Hampshire.

Then in 2004 Dr Larry Griffin, from the Wildfowl & Wetlands Trust (WWT) discovered what was thought to be an isolated 'fringe' colony hundreds of miles away in a pool at Caerlaverock.

Dr Griffin said today: 'At the time it seemed that the Caerlaverock colony was a vulnerable, historic outlier on the northern fringe of its past and present population.
'But now that we know how this curious creature survives, we have realised that there's a good chance there are more populations out there.

'Triops matures rapidly and produces hundreds of eggs in just a couple of weeks. The pond they live in may dry out, but the eggs can survive in the mud for many years.

'Although in the UK they are all females, they have both male and female reproductive parts, so just one egg needs to survive to regenerate a whole population.'

WWT, the University of Glasgow, and Scottish Natural Heritage have launched a joint project to look for tadpole shrimp colonies.

Professor Colin Adams, from Glasgow University, said: 'It's encouraging to get such a positive early result from this exploratory project. We must now extend its scope to widen the area of search for this rare and charismatic freshwater animal.'


Kakak juara tinju diburu polis

Gambar fail merakamkan Manny Pacquiao (kanan) bergambar bersama adik lelaki Ruel (kiri) dan kakak Isidra Paglinawan di General Santos City.

GENERAL SANTOS, Filipina - Polis sedang memburu kakak kepada juara tinju batamweight, Manny Pacquiao kerana disyaki terlibat menjalankan kegiatan perjudian haram, selepas 25 orang ditahan dalam satu serbuan di bandar ini.

Skuad polis pencegegah maksiat menahan suspek dan merampas bukti, termasuk peralatan perjudian dan wang tunai dalam serbuan yang dijalankan di rumah Isidra Paglinawan, kakak Pacquiao, kata Ketua Inspektor, Leo Sua.

Pacquiao, juara batamweight dunia tujuh kali yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya negara ini pada Mei lalu, turut berada di rumah itu ketika polis menggeledah rumah tersebut, namun berjanji tidak akan campur tangan dalam siasatan polis.

Serbuan itu dilakukan sebagai sebahagian tindakan tegas polis terhadap sebuah permainan nombor ekor yang dikenali di sini sebagai "masiao", namun kakaknya, 34, tiada di rumah ketika serbuan itu, kata Sua kepada wartawan.

Katanya, mereka yang ditahan adalah penerima pertaruhan dalam perjudian tersebut.

Polis turut merampas wang pertaruhan berjumlah 33,000 pesos (RM2,307), kata Sua yang mengetuai serbuan tersebut.

Beliau berkata, polis akan meminta pendakwa negeri untuk memfailkan tuduhan terhadap Paglinawan dan 25 suspek yang lain.

Pacquiao memberitahu wartawan hari ini, dia sedang menghadiri majlis sambutan hari jadi bapanya ketika polis menyerbu rumah kakaknya yang terletak bersebelahan rumahnya.

Ujarnya, dia akan meminta polis menyiasat samada kakaknya memang pengendali "masiao".

"Saya tidak akan masuk campur. Biar undang-undang memainkan peranannya," kata raja tinju itu. - AFP

Ia jarang berlaku dan mungkin pertama kali di Hollywood?

DIA merupakan antara wanita tercantik dan paling banyak diperkatakan di dunia. Namun, hanya Angelina Jolie yang berpeluang merampas apa yang sepatutnya menjadi milik Tom Cruise - watak utama filem Salt yang kini sedang menjengah pawagam seluruh dunia.

Keseluruhan skrip filem itu sebenarnya dihasilkan khusus untuk memfokus kepada karakter lelaki, Edwin Salt, yang sepatutnya dilakonkan Tom.

Namun, apabila nama aktor itu sama ada digugurkan atau dia sendiri yang menarik diri daripada projek filem tersebut, terus sahaja Angelina yang terpilih. Ia sesuatu yang jarang dan mungkin pertama kali berlaku di Hollywood, sekaligus menjadi satu penghormatan buat golongan pelakon wanita yang sebelum ini dikatakan sering dianak-tirikan di pusat perfileman gergasi itu berbanding golongan pelakon lelaki, khususnya dalam pengagihan watak utama sesebuah filem.

Malah, demi Angelina, watak Edwin itu ditukar kepada Evelyn Salt, seorang ejen CIA yang kesetiaan terhadap negaranya diuji apabila dia dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai pengintip Rusia.

Ikuti temu bual bersama Angelina Jolie yang disiarkan oleh Cinematical mengenai bagaimana dia menghidupkan watak Evelyn Salt untuk menjadi lebih 'ganas' berbanding Edwin Salt sekiranya ia dilakonkan oleh Tom Cruise.

Ceritakan apakah persediaan dan penyelidikan yang anda lakukan untuk karakter Evelyn Salt?

Kami menghabiskan banyak masa yang berlainan dengan pelbagai individu berbeza yang pernah bekerja sebagai perisik Rusia dan juga CIA, dan apa yang paling saya perasan adalah tentang bagaimana perasaan mereka yang terasing dan bersendirian kerana tidak dapat berbual tentang kehidupan dan pekerjaan mereka dengan ahli keluarga mereka, serta apa yang telah mereka korbankan. Dan saya mendalami perasaan lega yang dialami mereka selepas bersara daripada jawatan mereka itu. Betapa mereka kini boleh berbual dengan jujur tanpa menyembunyikan sesuatu dan perlu sentiasa menipu sebelum ini.

Salt dihasilkan berdasarkan realiti, tetapi ia diselitkan dengan banyak babak aksi. Sejauh mana anda rasakan ia boleh diselitkan dalam filem itu bagi memastikan ia meyakinkan sebagai satu realiti?

Semuanya bergantung kepada penyelaras aksi lagak ngeri kami, Simon Crane. Dia memang seorang yang genius. Dia yang menentukan apa yang harus saya lakukan ketika melakonkan babak aksi supaya ia tidak kelihatan seperti aksi adiwira. Memang aksi-aksi yang saya lakukan itu macam gila tetapi ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal untuk dilakukan.

Anda telah melakonkan banyak karakter wanita yang kuat dari segi aksi, namun atas sebab tertentu idea bahawa pelakon wanita muncul sebagai tunjang utama filem aksi tidak banyak diaplikasikan di Hollywood. Kenapa agaknya?

Saya fikir ia bergantung kepada penonton. Anda mahu memberikan sesuatu yang mereka mahu. Anda hanya menunggu mereka memberi tindak balas dan jika anda melakukan apa yang betul, iaitu apa yang kami cuba lakukan sekarang ini (menerusi Salt), maka anda telah berjaya melakukannya jika tindak balas penonton positif. Ia sama seperti kebanyakan bisnes. Jika filem yang menampilkan tunjang utama wanita pecah panggung, maka banyak lagi filem seumpama itu bakal diterbitkan.

Apa perubahan yang anda lakukan terhadap Evelyn Salt selepas ia bertukar daripada Edwin Salt?

Satu perubahan yang sangat besar, yang paling menarik ialah kami tidak boleh ubah Salt menjadi filem tentang perempuan, kerana saya fikir itulah sebabnya filem yang menampilkan karakter utama wanita banyak yang gagal pecah panggung sebelum ini.

Ini kerana jika mereka menghasilkan filem tentang wanita, biasanya ia menampilkan segalanya tentang sisi feminin, salah satu punca kenapa ia kurang digemari penonton lelaki yang sukakan filem aksi penuh maskulin.

Karakter lakonan anda digambarkan sebagai mencipta bom. Adakah anda ada belajar tentang skil membuat bom?

Kami mengambil satu atau dua elemen kaedah mencipta bom bangunan, jadi ia tidak boleh dicipta semula. Tapi dengan beberapa elemen ekstra, ya sudah tentu ia boleh dihasilkan. Anda mempelajari perkara yang pelik apabila anda menjadi pelakon yang anda sendiri tidak sedari, dan anda pulang ke rumah dan anak anda bertanya, apakah yang ibu lakukan hari ini, dan anda jawab, "Saya buat bom." Saya ketawa sepanjang babak (buat bom) itu seperti saya berlakon dalam siri TV, MacGyver.

Salt merupakan filem aksi, namun pada pendapat anda, adakah ia akan tetap menarik minat penonton wanita?

Saya berharap sangat. Dan saya fikir kami telah cuba melakukan sesuatu yang kami rasakan merupakan sebuah filem yang hebat, dan saya pasti sangat akan menarik minat semua orang.

Disebabkan Evelyn Salt sangat kuat dan bijak, selain licik adakah mesej yang dibawakan tentang wanita?

Saya tidak pernah memandang rendah terhadap kaum perempuan, tetapi saya tidak terkejut melihat wanita melakukan seperti apa yang dibuat oleh Evelyn Salt. Sebab itu pendekatan filem ini bukan tentang Evelyn Salt sebagai seorang perempuan, tetapi sebagai seorang yang licik dan kebetulan dia seorang perempuan, dan ini sepatutnya bukan kejutan besar buat sesiapa.

Kapal selam guna kuasa kayuhan

SEKUMPULAN jurutera menguji kapal selam menggunakan kuasa kayuhan dalam laut Villefranche, Perancis pada Rabu lalu.

NICE - Satu pasukan jurutera Perancis diketuai Stephane Rousson menguji sebuah kapal selam mini sepanjang 3.5 meter yang menggunakan kuasa kayuhan seperti basikal dan boleh menyelam pada kedalaman enam meter.

Menurut Rousson, dia percaya kapal selam itu akan menarik minat pemilik kapal layar mewah untuk dimiliki.

Kapal selam itu mempunyai kelajuan lapan kilometer sejam.

Pada satu ujian yang dibuat baru-baru ini, kapal itu menyelam selama sejam di perairan Laut Mediterranean.

Kapal selam itu diberi nama Scubster.

Namun, pengendali yang mengayuh pedal dalam kapal selam itu perlu memakai topeng oksigen. - Reuters

Presiden anggap kes video lucah artis tragedi akhlak

JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata kes video lucah artis baru-baru ini adalah satu tragedi dari segi moral dan akhlak di republik itu.

Justeru, katanya perkara itu seharusnya dijadikan teladan dalam kalangan tokoh masyarakat untuk memberi pendidikan terhadap anak-anak.
“Tragedi moral akhlak yang belum lama ini terjadi, apa yang disebut kes video lucah. Pelajaran apa yang boleh dipetik dari situ, siapa yang dipertanggungjawabkan dan apa yang harus kita lakukan agar tidak terjadi kes itu pada masa depan,” kata Susilo.

Susilo memberi ucapan itu ketika kemuncak sambutan Hari Anak Nasional yang berlangsung pagi kelmarin di Sasono Langen Budoyo, Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta Timur.

Katanya, pendidikan moral dan keperibadian anak bermula dari rumah dan kemudian dikembangkan di sekolah oleh guru.

Namun katanya, pendidikan berupa teladan di sekeliling dan masyarakat luas turut memainkan peranan penting.
“Anak sudah tentu akan membandingkan apa yang mereka lihat dan alami di sekeliling dengan pelajaran yang diterima daripada ibu bapa dan guru.

“Bila ternyata tiada kesesuaian, anak mungkin ragu atau kecewa dan merasa bodoh terhadap apa yang diajar guru dan ibu bapanya.

“Walaupun anak secara bijak dapat menilai pengajaran dari ibu bapa dan guru adalah benar, namun praktikalnya dalam kalangan masyarakat ada kalanya tersasar,” jelas Susilo.

Oleh yang demikian, katanya, segenap lapisan masyarakat perlu menjadi contoh dalam pendidikan di republik ini.

“Masyarakat perlu mengajar apa yang dipelajari anak akan mereka temui ketika berhadapan masyarakat,” kata SBY. – Agensi

Q: What do you get when you combine a zebra and a donkey? A: Zedonk (and this one's got her father's legs)

Why do I look different, mum? Pippi Longstockings stands next to her mother at a reserve in Georgia, U.S.

From above the haunches, this six-day-old foal looks every bit a donkey as she plays with her mother.But the striped legs are a sure giveaway that something is a bit different about her.

In fact the youngster - already named Pippi Longstockings after the children's books is a zedonk. With its zebra father, she joins the likes of mules (horses and donkeys) and ligers (lions and tigers) as the latest hybrid.
Why do I look different, mum? Pippi Longstockings stands next to her donkey mother at a reserve in Georgia, U.S.

The newborn, who has black stripes prominently displayed on her legs and face, was born at Chestatee Wildlife Preserve at Dahlonega in the southern U.S. state of Georgia.

C.W. Wathen, the sanctuary's founder and general manager, told The Times of Gainesville, Georgia, that the foal has a zebra's instincts.

He said she sits up instead of lying on her side, as if she's staying alert for predators.

Donkeys and zebras don't usually mate, but zedonks turn up occasionally.

Wathen says that in about two weeks, the foal will begin roaming the property with the rest of the animals.

But don't expect Pippa to breed - hybrid animals are usually sterile.

Perakam video 3D pertama

PERAKAM video digital SDT750 dengan lensa penukaran 3D dipertonton kepada media di Tokyo

TOKYO - Gergasi elektronik Jepun, Panasonic Corp. semalam memperkenalkan produk yang di sifatkan sebagai perakam video peng guna pertama di dunia yang mem bolehkan sesiapa sahaja membuat rakaman tiga dimensi menggunakan lensa khas.

Panasonic yang sebelum ini me lancarkan perakam video 3D untuk kegunaan profesional berkata, per alatan baru HDC-SDT750 itu akan dilancarkan pada 20 Ogos ini di Je pun.

Menggunakan lensa penukaran 3D, ia merakam imej mata kiri dan mata kanan secara serentak untuk menghasilkan imej stereoskopik yang boleh dimainkan semula menggu nakan televisyen 3D.

Ia akan dijual di pasaran luar hu jung tahun ini pada harga anggaran AS$1,399.95 (RM4,470).

Perakam video itu juga mampu merakam imej definisi tinggi apabila lensa 3D tidak dipasang, selain di lengkapi ciri rakaman selang masa yang boleh memainkan babak seperti bunga berkembang pada kelajuan tinggi.

Industri hiburan dan teknologi ki ni banyak mengambil kesempatan atas kemajuan 3D yang semakin ba nyak digunakan, terutama selepas ke jayaan besar filem Avatar. - AFP

Polis New York kawal masjid

NEW YORK: Jabatan polis New York dilaporkan mula meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar masjid dan pusat Islam di bandar raya berkenaan sempena kedatangan Ramadan.

Rondaan polis ditingkatkan di semua pusat agama sedia ada dan kawasan masjid baru mulai 11 Ogos hingga 9 September, kata jabatan itu dalam kenyataan merujuk rancangan kontroversi untuk membina masjid berhampiran Ground Zero.

Sepanjang Ramadan, jabatan meningkatkan rondaan berjalan kaki, mengarahkan kereta peronda ke setiap masjid, kawasan terpilih dan menambah unit antijenayah berpakaian preman. – AFP

'Face on Mars' proves Red Planet's most famous landmark is just a rocky

The incredible picture of what looks like a face on the surface of Mars from the original black and white Viking Orbiter picture. The discovery spawned conspiracy theories and even a film

It was the startling photograph that spawned a thousand conspiracy theories. A photograph taken by the American Viking 1 Orbiter in July 1976 appeared to show a hill in the shape of a human face on the dusty surface of Mars.

But a new photograph released today, which was taken with Nasa’s high-definition HiRISE camera, finally shows the Face on Mars for what it really is: just a large, rocky hill in the middle of the Martian desert.
The close up of the famous rocky outcrop on the surface of Mars which is unrecognisable from the famous 'face' spotted in the 70s
The close up of the famous rocky outcrop on the surface of Mars which is unrecognisable from the famous 'face' spotted in the 70s

This is the closest ever image of the famous outcrop which should, once and for all, scotch the conspiracy theorists who believe that the 'face' is conclusive evidence of intelligent life on Mars.


Within days of its discovery in 1976, space enthusiasts were speculating that the structure was man-made and had been built by Martians in the distant past.


Today's image was taken by HiRISE from on board the Mars Reconnaissance Orbiter which can pick out incredible detail from 300 kilometres above the planet’s surface.

The rocky formation is known as a mesa, a large rocky outcrop with a flat top and steep, cliff-like sides.

The Face’ mesa is in the Cydonia region and is a couple of miles long and a few hundred feet high.

Conspiracy theorists insist that the 'face' is an artifact from an ancient Martian civililsation and the centre of a Nasa cover-up.

Nasa even added to the theory by referring to the picture's human likeness in the caption it added to the photo when it first released it to the general public.

The outcrop looked a little like a face, complete with eyes, nose and mouth, because of the angle of the sun and its cratered surface, and Nasa happily pointed this fact out.
A black and white version of the new HiRISE photo
A black and white version of the new HiRISE photo, The face is almost impossible to spot in this high-res image

The Nasa press release read: 'This picture is one of many taken in the northern latitudes of Mars by the Viking 1 Orbiter in search of a landing site for Viking 2.


'The picture shows eroded mesa-like landforms. The huge rock formation in the center, which resembles a human head, is formed by shadows giving the illusion of eyes, nose and mouth. 


'The feature is 1.5 kilometres (one mile) across, with the sun angle at approximately 20 degrees. The speckled appearance of the image is due to bit errors, emphasized by enlargement of the photo.

Mars face
Changing face of Mars: As technology and imaging improved, the face started to look less and less 'humanoid'
Mars face
Side view: A three-dimensional side perspective shows the face more like the topographical feature it is

'The picture was taken on July 25 from a range of 1873 kilometres (1162 miles). Viking 2 will arrive in Mars orbit next Saturday (August 7) with a landing scheduled for early September.'

These theories continued despite subsequent fly-overs by probes in the 1990s and again in 2001 that showed it to be just a craggy hill. 


Sceptics believed the weather during the later fly-overs had obscured the human features and remained convinced it was the product of an alien culture.


Seeing human faces in inaminate objects is known as ‘pareidolia’ and is why so many people see what they believe is  the face of Jesus in tea leaves, clouds and even burnt toast.

Carl Sagan believed that humans are 'hard-wired' to find human faces wherever possible as part of our survival instinct.

- dailymail







Judi cetus sifat tercela

ISLAM sudah memberikan panduan lengkap kepada umatnya bagaimana mencari sumber rezeki. Yang nyata ialah Islam memandu manusia bagaimana berusaha mencari kehidupan dunia melalui lunas-lunas yang bersih, halal dan suci.

Amat malang jika segala panduan yang diberikan Allah dan ditunjukkan Rasulullah s.a.w diingkari begitu saja.
Kegawatan sosial dan kerosakan akhlak yang berlaku sebenarnya banyak berpunca daripada tidak patuh manusia kepada suruhan dan perintah Allah dan melanggar sunnah Nabi.

Antara akhlak perbuatan yang jelas bertentangan dengan kehendak agama ialah kegiatan perjudian. Allah melalui surah Al-Mai’dah ayat 90 mengatakan, ‘Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.’ Mengapakah Allah melarang umat Islam menghindari kegiatan berjudi? Kita boleh melihat keburukan judi dari pelbagai sudut seperti psikologi, sosial dan ekonomi.

Pertama: Keburukan dari aspek psikologi manusia.

Akibat buruk kegiatan berjudi membawa kepada sikap mengambil jalan mudah untuk mengaut kekayaan tanpa memerlukan usaha keras. Sedangkan dalam Islam usaha dan kegigihan mencari rezeki yang baik, suci dan halal menjadi elemen utama kepada mendapat keberkatan.

Sikap malas berusaha tiada langsung dalam kamus kehidupan yang dianjurkan Islam. Allah berfirman, ‘Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.’ (Maksud surah Maryam ayat 25). Ini satu suruhan Allah supaya melakukan usaha terlebih dulu untuk mendapatkan rezeki. Ingatlah pepatah Melayu ‘Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek.’ Ertinya rezeki datang bersama dengan usaha gigih yang dilakukan seseorang. Berlainan dengan berjudi kerana amalan tersebut mengundang sikap malas berusaha, sebaliknya hanya mengharapkan untung nasib semata-mata. Orang yang berjudi sudah pasti akan memasang angan-angan besar agar mendapat hadiah atau ganjaran besar.

Selain itu, kegiatan berjudi juga akan menyebabkan seseorang itu bersikap rakus, tamak haloba dan cintakan dunia. Semua sifat itu sangat keji dan dimurkai Allah. Apa tidak rakusnya, apabila seseorang itu memenangi sesuatu aktiviti judi, maka perasaan ingin kemenangan atau keuntungan akan membuak-buak dalam jiwa sekali gus lupa diri yang berkemungkinan membawa kepada kemuflisan. Inilah kesan psikologi negatif yang akan melanda seseorang yang gemar berjudi. Sebab itulah Allah melarang umat-Nya berjudi.

Kedua: Keburukan dari sudut sosial
.

Aktiviti judi juga boleh menyebabkan permusuhan sesama manusia. Akibat kekalahan berjudi akan mencetuskan persengketaan dan pergaduhan. Ini kerana emosi kesan kekalahan berjudi sukar dikawal lantas membawa kepada saling bermusuhan dan mungkin juga sampai kepada tahap pembunuhan. Jika keadaan itu terjadi, sudah tentu hubungan dalam masyarakat menjadi tidak harmoni. Begitu juga perjudian boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Misalnya, jika suami seorang kaki judi dia akan bertindak mengabaikan rumah tangga. Keadaan anak isteri terabai dan situasi tersebut tidak mustahil menyebabkan perceraian. Bayangkan bagaimana rumah tangga yang selama ini bahagia, tiba-tiba runtuh lantaran judi. Anak-anak dan isteri juga menjadi mangsa.


Ketiga: Keburukan kepada ekonomi.


Memang judi memberikan impak negatif kepada sikap si pelakunya. Duit akan dihabiskan dengan kegunaan berjudi tanpa memikirkan hal lain. Hal itu mengakibatkan seseorang menuju kepada kepapaan.

Sepatutnya umat Islam terus memperkasakan diri dengan menjana sumber ekonomi secara halal dan memberikan manfaat kepada ummah dan bukan mencari harta kekayaan melalui cara haram. Allah melarang sama sekali umat-Nya mendapat kekayaan daripada sumber dan kaedah haram. Sabda Rasulullah, ‘Sesungguhnya perkara halal itu nyata dan haram pun nyata, di antara kedua-duanya pula terdapat perkara syubhat yang tidak dapat dikesan kebanyakan manusia.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Seseorang yang memperoleh kekayaan daripada sumber perjudian dianggap mendapat sesuatu yang haram dan memakan hasil tersebut akan membawa kepada seksaan Allah di akhirat kelak.

Rasulullah sebagaimana diriwayatkan at-Tirmidzi, ‘Setiap daging yang tumbuh (dibina) daripada hasil haram, maka neraka adalah lebih utama baginya.’ Selain itu, berjudi juga menyebabkan jiwa dan fikiran si pelaku menjadi pasif dan lemah semangat untuk berusaha. Mereka tidak mempunyai semangat berdikari untuk mencari rezeki. ‘Sesungguhnya Allah mencela sikap lemah (pasif). Oleh itu, hendaklah kamu tangkas dan pantang menyerah kalah (sebelum berusaha dan mendapat kejayaan).’ (Hadis riwayat Abu Daud). Ini adalah kata-kata motivasi terbaik buat seluruh mukmin agar terus menjana semangat tinggi dalam mencari sumber pendapatan halal dengan sikap yang gigih.

Begitu juga dengan kata-kata Nabi ini, ‘Sesiapa yang pada petang harinya berasa letih dan penat kerana berusaha dan bekerja mencari nafkah halal dengan kedua-dua tangannya sendiri, maka segala dosanya diampuni Allah.’ (Hadis riwayat at-Tabrani) Justeru, jauhi kegiatan judi kerana perbuatan berkenaan dibenci Allah dan mengundang banyak perkara buruk. Carilah rezeki dengan berusaha sendiri dengan kegiatan ekonomi yang halal dan dituntut agama. Insya-Allah kita akan mendapat berkat daripada sumber tersebut dan ganjaran pahala di akhirat kelak.

Amalina seksi...Gadis paling panas

KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin

Gadis yang gemar berpakaian seksi itu dianggap ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.

Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu.

“Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah.

“Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rohaimi berkata, pihaknya mengumpul maklumat risikan serta memantau pergerakan suspek sebelum menahannya dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini, kami menahan reman 59 orang dipercayai ahli sindiket itu untuk siasatan lanjut. Jika terdapat bukti kukuh berlaku penipuan dalam pelaburan ini, polis akan mengambil tindakan membekukan aset mereka yang dipercayai mencecah lebih RM10 juta,” katanya.

Sementara itu, bekas ahli skim terbabit dikenali sebagai Maria mendakwa turut ditipu dan meninggalkan pelaburan terbabit empat bulan lalu.

“Menyedari sesuatu yang tidak kena, saya meninggalkan pelaburan itu. Saya tidak mendapat produk yang dijanjikan walaupun hampir tujuh bulan menyertai skim terbabit. Apabila ditanya, ‘upline’ saya hanya mendiamkan diri.

“Kegiatan mereka ini sudah bergerak meluas di Sabah dan Sarawak. Mereka tidak menjual sebarang produk, sebaliknya hanya menganjurkan majlis perjumpaan semata-mata,” katanya dalam kiriman e-mel kepada Harian Metro.

Menurutnya, walaupun menyedari ditipu, dia gagal membuat laporan polis berikutan skim terbabit tidak mempunyai alamat tetap.

“Saya percaya ramai yang terpedaya, tapi hanya mendiamkan diri. Saya berharap pihak berkuasa melumpuhkan skim ini sehingga mereka tidak lagi menipu dan beroperasi,” katanya.

Dalam serbuan di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, malam kelmarin, pihak berkuasa menyoal siasat kira-kira 100 ahli yang mengadakan perjumpaan di empat restoran di lokasi terbabit sebelum 59 daripada mereka ditahan.

Polis merampas 17 kereta mewah antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline.

Sindiket terbabit mendakwa menjalankan perniagaan jualan langsung, namun tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa yang juga kakitangan kerajaan muda serta berpendapatan rendah untuk memancing membuat pelaburan kira-kira RM41,000.

Ratusan orang serang masjid ajaran sesat

JAKARTA – Polis Indonesia bertempur dengan kira-kira 200 penduduk tempatan semalam ketika mereka cuba menyerang sebuah masjid milik pengikut fahaman Ahmadiyah di Jawa Barat.

Setiausaha Agung fahaman Ahmadiyah di lokasi serangan, Nurahim berkata, pergaduhan selama sejam itu berlaku selepas kumpulan tersebut membaling batu ke arah masjid Ahmadiyah di kampung Manislor, daerah Kuningan

Pada 2008, Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa menyatakan fahaman Ahmadiyah menyeleweng kerana anggota-anggotanya mengaku pengasas aliran tersebut, Mirza Ghulam Ahmad sebagai rasul terakhir dan bukannya Nabi Muhammad. – AFP

Lelaki 40 tahun setinggi 76 sentimeter

HUANG KAIQUAN didukung oleh ibunya.

CHENGDU - Seorang lelaki China, Huang Kaiquan cuba memperbaharui rekod Guinness untuk menjadi manusia paling pendek di dunia dengan ketinggian 76 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berusia 40 tahun itu memiliki berat 12 kilogram dan kini menetap bersama ibunya, Cheng Fuxiu, 58, di Hejiang, wilayah Sichuan.

Rekod dunia masih dipegang oleh He Pingping yang juga rakyat China dan berasal dari Ulanqab, Inner Mongolia dengan ketinggian 74 sentimeter.

Namun, He Pingping meninggal dunia pada 13 Mac lalu semasa berusia 21 tahun.

Huang yang bersara daripada kerjaya lakonan ketika berusia 30 tahun setelah jatuh sakit berkata, ramai orang menyangka dia seorang kanak-kanak kerana ibunya kerap mendukungnya. - Agensi

Paris Hilton nafi dibayar bilionair Malaysia RM3.1j

NEW YORK - Seorang jurucakap selebriti Paris Hilton menafikan dia dibayar AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk berparti bersama seorang bilionair Malaysia Taek Jho Low, lapor akhbar New York Post semalam.

Jurucakap berkenaan sebaliknya memberitahu, mereka hanya bersahabat.

Paris yang dikenali ramai sebagai pewaris empayar Hotel Hilton mendapat liputan meluas media baru-baru ini selepas dia dilihat bercuti di St. Tropez, Perancis bersama bilionair itu dan beberapa orang rakan mereka.

Paris minum champagne dan berparti di sebuah kapal layar mewah bersama ahi perniagaan Malaysia itu semasa bercuti musim panas di Eropah sekali gus mencetuskan spekulasi dia menerima bayaran lumayan untuk 'menghangatkan' percutian bilionair tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap selebriti tersebut bertegas bahawa spekulasi mengenai bayaran itu adalah tidak benar.

"Mereka cuma berkawan. Jho telah mengundang Paris dan adiknya, Nicky ke St. Tropez sebagai rakan. Bilionair itu tidak membayar Paris walaupun dia amat pemurah," kata jurucakap berkenaan.

Menurut akhbar The Star, Jho Low berusia 28 tahun berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dan merupakan anak lelaki bongsu Datuk Larry Low.

Dia mendakwa memperolehAS$1 juta semasa berusia 20 tahun dan menubuhkan syarikat pelaburan Wynton Group pada 2003 dengan modal AS$25 juta (RM79.8 juta). - Agensi

Luna Maya digoda di ibu pejabat polis

JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya yang menjadi suspek dalam skandal video seks melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel digoda oleh beberapa orang yang berada di sebuah ibu pejabat polis di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa orang itu mengerumuni belakang pagar ibu pejabat polis tersebut selepas mereka mendengar kehadiran Luna Maya.

Luna Maya yang merupakan kekasih Ariel itu keluar dari pintu belakang pejabat polis itu pada pukul 5.15 petang waktu tempatan.

"Luna. Luna! Apa kabar? Kok kamu cantik banget (sangat)," kata beberapa orang itu.

Mendengar namanya dipanggil, Luna Maya hanya menoleh dan tersenyum malu-malu sambil cuba menutup wajahnya dengan selendang berwarna ungu.

Selebriti itu cuma diam tanpa memberikan sebarang reaksi semasa ditanya sama ada dia sempat bertemu dengan kekasihnya yang kini ditahan di ibu pejabat berkenaan berhubung kes video tersebut.

Dia turut diam semasa ditanya mengenai keadaan kesihatannya.

Luna Maya meninggalkan ibu pejabat itu dengan menaiki sebuah kereta Honda CRV. - Agensi

Cabut gigi guna playar

DUA doktor mencabut gigi banduan tanpa ubat bius di Penjara Bandar Quezon

MANILA- Doktor-doktor mencabut gigi sebahagian banduan di Penjara Bandar Quezon di sini tanpa menggunakan ubat bius, lapor sebuah akhbar semalam.

Banduan-banduan tersebut tidak dibenarkan dibius untuk mengurangkan kesakitan semasa doktor gigi profesional itu menggunakan playar semasa mencabut gigi.

Program mencabut gigi itu merupakan sebahagian daripada perkhidmatan percuma yang ditawarkan kepada banduan yang mengalami masalah kewangan. - Agensi

Bekas peninju ke tali gantung

BERSALAH ...Mohamad Azli dibawa keluar oleh polis dari mahkamah, semalam.

SEREMBAN: Seorang bekas peninju remaja Negeri Sembilan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sekitar Senawang, di sini, tiga tahun lalu.

Mohamad Azli Azhari, 23, berbaju hitam dan berseluar jeans biru kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yassin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Syed Herie Azmi Syed Kassim, 25, antara jam 8 hingga 10 pagi di sebuah rumah di Jalan Desa Anggerik, Taman Desa Anggerik, Senawang, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Azli turut melakukan kesalahan sama terhadap Aniza Ayob, 24, di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Berikutan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memberitahu dua rakannya dia membunuh pasangan suami isteri terbabit menggunakan senjata tajam.

Pemeriksaan mendapati kesan kecederaan teruk dialami kedua-dua si mati iaitu kesan tetakan ditemui pada tubuh Syed Herie manakala isterinya yang juga kakitangan kerajaan mempunyai kesan tikaman pada leher.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, pendakwaan membuktikan kes prima facie berikutan semua bukti menunjukkan tertuduh membunuh pasangan yang baru lapan bulan bergelar suami isteri itu.

“Selepas kejadian, kamu (tertuduh) didapati membuat pengakuan kepada dua rakan bahawa sudah membunuh Syed Herie yang juga dikenali sebagai ‘Along Santan’ dan Aniza.

“Selain itu, fakta bahawa kamu menggunakan sebilah pisau untuk menikam sehingga menyebabkan kecederaan pada organ si mati membuktikan bahawa kamu berniat untuk membunuh.

“Mahkamah turut menolak hujah pihak pembelaan iaitu berlaku pertengkaran antara pasangan itu ketika kejadian sebelum mereka menetak sesama sendiri,” katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam Hanif Hassan mewakili Mohd Azli.

Sementara itu, ibu Syed Herie berusia lewat 40-an yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka perkara itu akan berakhir sebegitu.

Kerabat Diraja Kelantan rentung

KERETA Volvo yang dinaiki Raja Mohammad hangus terbakar selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori simen di persimpangan KLIA, Sepang semalam.

SEPANG - Cubaan seorang pemandu lori simen dan kelindannya untuk menyelamatkan seorang kerabat Diraja Kelantan daripada hangus gagal apabila lelaki itu rentung selepas kereta Volvo dinaikinya terbakar selepas dirempuh kenderaan berat itu dari belakang.

Bagaimanapun, dua lagi penumpang di dalam kereta itu selamat.

Datuk Raja Mohammad Raja Ismail, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas hangus 100 peratus manakala seorang rakan dan anak saudaranya yang dikenali sebagai Tengku Mariani, 26, cedera ringan di kepala apabila sempat diselamatkan.

Kejadian pukul 8.45 malam di kilometer 31.3 Lebuh Raya Elite dekat susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dilanggar lori berkenaan dari belakang menyebabkan kereta itu terseret sejauh 20 meter sebelum terbakar.

Difahamkan, sebaik melihat kereta mangsa dan lorinya terbakar, pemandu dan rakannya bergegas turun sebelum memberi bantuan tetapi malang mereka hanya dapat menyelamatkan rakan dan anak saudara ahli perniagaan itu sahaja.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk menghantar anak saudaranya menaiki penerbangan ke Kota Bharu, Kelantan.

"Pemandu lori dan kelindan itu mendakwa mereka mengeluarkan kedua-dua mangsa melalui tingkap kereta yang pecah sebelum api marak.

"Bagaimanapun, ketika hendak menyelamatkan seorang lagi mangsa yang tersepit, api sudah mula marak dan membakar keseluruhan kereta termasuk Datuk tersebut," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya sementara jenazah mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Waspada kegiatan curi e-identiti

ORANG ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai e-mel mengenai LHDN yang meragukan kerana ia mungkin jerat penjenayah Internet.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap percubaan kumpulan tertentu mencuri e-identiti (phishing) dengan mengambil kesempatan daripada langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengembalikan lebihan bayaran cukai ketika ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan semalam memberitahu, mangsa akan menerima e-mel tidak diundang (spam) kononnya daripada LHDN yang mengatakan mereka berhak mendapatkan pengembalian wang berjumlah RM700.

Mereka kemudian diminta mengklik logo sebuah bank tempatan yang disediakan di laman web palsu LHDN untuk meneruskan proses selanjutnya.

"Jika arahan ini diikuti, orang ramai tanpa disedari akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka," kata kenyataan itu yang memberi gambaran ringkas tentang modus operandi percubaan mencuri e-identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Sehubungan itu, MCMC mencadangkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan browser laman web terkini dengan penyaring e-mel phishing tersedia bina.

Selain itu, mereka juga tidak perlu mudah mempercayai e-mel yang mengumumkan kejayaan memenangi hadiah wang tunai atau pengembalian wang yang meminta maklumat perbankan di Internet.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak menjawab e-mel sedemikian dan menghubungi bank masing-masing jika ragu-ragu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai e-mel palsu tersebut pada 21 Julai lalu dan siasatan terhadap perkara itu sedang dilakukan.

"LHDN menerima laporan mengenai aduan tersebut dari 37 cawangan LHDN di seluruh negara dan kami dapati e-mel tersebut sememangnya mempunyai unsur jenayah iaitu mencuri identiti serta maklumat akaun individu lain.

"Ini kerana LHDN tidak pernah menghantar sebarang e-mel atau pemberitahuan kepada pembayar cukai melalui e-mel. LHDN hanya menghantar surat rasmi kepada pembayar cukai berdaftar," katanya

Negatif Filem...Dulu RM144, Kini RM638 juta

SEBAHAGIAN daripada 65 gambar yang bernilai RM638 juta.

LOS ANGELES - Seorang pekerja pembinaan di California, Amerika Syarikat (AS), Rick Norsigian tidak menyangka koleksi 65 keping negatif filem yang dibeli sedekad lalu kini bernilai AS$200 juta (RM638 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membeli negatif filem itu pada harga AS$45 (RM144) selepas membuat tawar-menawar menerusi jualan garaj di Fresno dekat sini dan selepas dicuci menjadi foto, saudara-maranya mendapati ia seperti rakaman jurugambar terkenal AS, Ansel Adams.

Norsigian pernah menyimpan gambar-gambar itu di bawah meja permainan pool di rumahnya dan kemudian di peti simpanan bank tempatan sebelum menemui peguam terkenal Beverly Hills, Arnold Peter untuk menilai foto-foto itu.

Peguam tersebut meminta bantuan pakar-pakar seni yang kemudian mengesahkan ia adalah karya asli Adams dari tahun 1920-an hingga 1930-an.

Adams yang dianggap jurufoto terbaik AS meninggal dunia pada 1984 semasa berusia 82 tahun.

"Sebaik diberitahu nilai itu, saya hampir pengsan," kata Norsigian. - Agensi

Menonton program gosip di TV atau menukar jantina...HARAM

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan dua fatwa mengharamkan umat Islam negara itu menonton program gosip di televisyen atau menjalani pembedahan menukar jantina.

Dalam kenyataan dikeluarkan pegawainya semalam, MUI berpendapat program gosip memaparkan butiran peribadi seseorang - yang memang popular di Indonesia - sebagai tidak bermoral serta bercanggah dengan kod etika kewartawanan.

Pegawai MUI, Asrorun Niam Soleh, berkata pihaknya beranggapan adalah penting fatwa mengenai isu itu dikeluarkan walaupun pertubuhan itu tidak menentang rancangan bercorak inforia.

“Apa yang diharamkan adalah bahan program itu yang bersifat khabar angin serta mendedahkan aib seseorang.

“Apabila ada pihak menyebarkan khabar angin, hubungan masyarakat yang mengukuhkan negara ini akan musnah,” katanya.

Turut diharamkan MUI adalah sebarang aktiviti yang mendatangkan faedah daripada program berkenaan.

Kata Asrorun, program gosip hanya boleh ditonton jika ia menghormati undang-undang, untuk memberi peringatan kepada manusia serta membantu orang yang memerlukan,” katanya.

Fatwa itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Penyiaran Indonesia sebagai garis panduan mereka.

Satu lagi fatwa yang diluluskan dalam mesyuarat MUI Selasa lalu adalah mengharamkan pembedahan menukar jantina.

Kata Asrorun, orang ramai boleh berhujah mengenai kebebasan individu tetapi pembedahan itu menyalahi fitrah manusia.

Katanya, jika seseorang dilahirkan normal, tiada sebab untuk mereka menukar jantina.

“Pembedahan seumpama itu hanya boleh dilakukan jika individu terbabit ada alasan perubatan yang kukuh,” katanya. - AFP

Tamadun manusia musnah 2182?

LAKARAN artis menunjukkan kawah terbentuk akibat hentaman asteroid di Semenanjung Yucatan di Mexico sehingga mengakibatkan kepupusan dinosaur.

LONDON - Saintis-saintis memberi amaran bahawa ombak tsunami setinggi beberapa ribu meter mungkin memusnahkan tamadun manusia pada tahun 2182 kesan daripada hentaman sebuah asteroid gergasi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kebarangkalian asteroid atau planet kecil yang dinamakan 1999 RQ36 itu menghentam bumi pada tahun berkenaan adalah satu nisbah 500 yang dianggap mungkin boleh berlaku.

Asteroid berdiameter kira-kira 548.6 meter itu yang pertama kali ditemui pada tahun 1999 merupakan sebahagian kumpulan Asteroid Berpotensi Merbahaya (PHA).

Menurut beberapa saintis, sebarang usaha termasuk letupan nuklear, untuk mengubah haluan asteroid itu perlu dilakukan 100 tahun lebih awal dari tarikh pelanggarannya sekiranya bumi ingin diselamatkan. - Agensi

New Harrods owners see cars worth £1.5m CLAMPED (outside store they bought for £1.5bn)

Going nowhere: Two supercars worth over, £1.5million belonging to the Qatari royal family were clamped outside Harrods

Looking on the bright side, at least the owners won't have much trouble stumping up the parking fine.But even when you've just bought Harrods for £1.5billion, and the cars are among the fastest and most exclusive in the world, getting them clamped is still a bit of an inconvenience.


The uniquely liveried supercars belong to the Qatari royal family, which bought the flagship store three months ago.


On the left is a Lamborghini Murcielago LP670-4 SuperVeloce, worth £350,000. In front of it is a bespoke specification Koenigsegg CCXR, one of only six in the world and worth a staggering £1.2million.


Back home on the open highways and expressways around Qatar, either car could still fall victim to speed cameras (providing, that is, the cameras can register top speeds in excess of 200mph).


But anyone who has ever nipped into Harrods for a few minutes could have told them that the Royal Borough of Kensington and Chelsea shows no mercy - or discrimination - towards parking regulation breaches in the cramped, crowded streets that surround it.


 Hence, two large yellow triangles rather spoiled the sleek lines of the fabulously rare cars when clampers contracted by the council spotted them driverless and illegally parked. Within minutes, they made sure the cars were going nowhere fast.


That set in train the universally familiar hassle of paying a release fee (£70), coughing up a fine (between £40 and £120, with a reduction for prompt payers), and sorting out the paperwork. 


Hopefully none of the wheels was damaged during the clamping operation - the Koenigsegg's are made of carbon-magnesium and cost £3,000 each. Nor was the driver obliged to hand over the key. A diamond encrusted option is available for £36,000.
The £1.2million Koenigsegg CCXR and £350,000 Lamborghini Murcielago LP670-4 SuperVeloce were illegally parked outside the London department store
The £1.2million Koenigsegg CCXR and £350,000 Lamborghini Murcielago LP670-4 SuperVeloce were illegally parked outside the London department store

Shoppers and tourists craned for a peek at the spectacle as it unfolded in the heart of Knightsbridge. 


The council, which clamped 8,883 vehicles in the borough last year, declined to comment specifically on the case, as did Harrods.


The Koenigsegg is built to customer requirements, right down to body-contour matching seats. Potential CCXR buyers are flown to company HQ on an airbase in Sweden, where boss Christian Von Koenigsegg takes them for a spin. 

Such is his confidence in the car's stability that he accelerates to 200mph and slams on the brakes - without putting his hands on the steering wheel. 


The Qatar version of the car is said to produce more than 1,064bhp, does 0-60mph in 2.9 seconds and has a top speed of 249mph. Petrol consumption - of less concern in the oil rich Middle East than in SW1 - is around 14mpg.

Koenigsegg CCXR Lamborghini Murcielago LP670-4 SuperVeloce
Acceleration: 0 to 60mph3.2 seconds 3.2 seconds
Top Speed245 mph213mph
Engine Supercharged V8Lamborghini Naturally Aspirated V12
CostFrom £407,000From £148,000
Interesting FactDuring an episode of Top Gear The Stig left the track and hit a tyre wall for the first time in the shows history whilst trying to beat the track's record in the CCXThe orange stripe on the side of the car symbolizes the "strength of an erupting volcano"
The Lamborghini has a top speed of 213mph and is capable of 0-60 in 3.2 seconds. Only 350 have been built. 


Both cars are finished in the Al-Thani royal family's hallmark 'baby blue' colour, although it would be unfair to have expected the clampers to know that.

The family has an estimated personal wealth of £2.4billion as well as stakes in dozens of businesses around the world. 


They live a playboy lifestyle and assets include a fleet of multi-million pound yachts and luxury homes in countries across the globe. 


They own a string of luxury vehicles - including a one-off, 7.3litre V12 Pagani Zonda Uno. If only the drivers had taken advantage of the Harrods valet parking fee. It costs just £10 for the first hour.
Mohamed Al Fayed, previous owner of Harrods (right) with the Prime Minister of Qatar Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani
Mohamed Al Fayed, previous owner of Harrods (right) with the Prime Minister of Qatar Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani

- dailymail




Skodeng suami projek pelacur

JOHOR BAHRU: Seorang isteri terkejut besar selepas mengetahui rahsia suaminya menjadi pengunjung setia ‘Rumah Kuning’ iaitu sarang pelacuran bagi kelas bawahan.

Sarang pelacuran berkenaan yang tersorok di sebuah kawasan perumahan di pinggir bandar raya ini hanya boleh diakses melalui tempahan istimewa telefon.

Selain itu, sarang pelacuran itu hanya mempunyai satu jalan keluar masuk menjadikan ia kubu paling selamat bagi mereka yang gemar menikmati tubuh montok pelacur warga Indonesia.

Kegiatan tidak bermoral pengusaha Rumah Kuning yang menjadi ‘resort’ lelaki hidung belang itu dibongkar seorang wanita yang berang selepas mengetahui suaminya menghabiskan hasil perniagaan mereka untuk mendapatkan layanan istimewa wanita asing terbabit.

Pendedahan itu bermula apabila wanita yang mahu dikenali sebagai Rashidah, 28, itu curiga dengan sikap suaminya yang cukup liat dan kerap menghilangkan diri ketika diminta menjaga premis menjual barangan am milik mereka.

Menerusi bantuan rakan, Rashidah mengintip pergerakan suaminya sebelum mendapati lelaki itu sering berkunjung ke sebuah kediaman di satu kawasan perumahan.

“Sebelum tembelangnya pecah, saya pernah beberapa kali bertanyakan hal itu padanya. Bagaimanapun dia enggan mengaku dan menyatakan dia sebenarnya melepak dengan rakan untuk menghilangkan rasa bosan.

“Saya turut menelefon suami ketika giliran menjaga kedai, tetapi ada masanya tidak berjawab dan selepas beberapa kali mencuba suami akan menjawab dan memberi alasan berada dalam tandas atau memutuskan perbualan kononnya tiada liputan,” katanya ketika ditemui di bandar raya ini.

Tidak tahan dengan sikap suaminya yang kaki kelentong itu, Rashidah mendesak lelaki itu menceritakan perkara sebenar sebelum mengaku pernah beberapa kali mengunjungi pusat pelacuran itu.

“Selepas didesak dia mengaku sering melanggan wanita dengan menggunakan hasil jualan di kedai kami.

“Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya perasaan saya apabila suami tergamak melakukan perkara seperti itu.

“Tidak cukup pengakuan itu, dia membawa saya ke pusat pelacuran terbabit dan melihat sendiri keadaan dalam rumah berkenaan serta wanita pernah dilanggan suami. Namun, apa boleh buat, perkara ini sudah berlalu,” katanya yang masih bersabar dengan suami mengenangkan anak mereka baru berusia tiga tahun memerlukan seorang ayah.

Mengikut pengakuan daripada suaminya, Rashidah berkata, pusat terbabit bukan boleh dikunjungi sembarangan orang dan hanya mereka tertentu saja boleh masuk untuk melanggan.

“Tahap keselamatan ketat, jika ada orang luar yang ingin masuk penjaga pusat terbabit akan meminta mereka memberikan nombor telefon rakan atau kenalan yang pernah mendapatkan perkhidmatan di situ.

“Nombor diberikan akan dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sebelum dibenarkan masuk,” katanya.

Bukan hanya mendapat layanan istimewa daripada gadis berkenaan, dia mendakwa pelanggan kebiasaannya terdiri daripada warga asing yang hanya dikenakan bayaran RM50 untuk melampiaskan nafsu di bilik yang dilengkapi katil, kipas dan bilik air.

Tinjauan semula Harian Metro ke Rumah Kuning mendapati lokasinya tersorok dan jauh dari jalan besar menjadikannya kubu ampuh bagi mereka yang inginkan belaian manja gadis warga asing tanpa risau diserbu pihak berkuasa.

Jika dilihat dari luar, orang ramai yang lalu lalang pasti tidak menyedari kegiatan maksiat di dalamnya berikutan persekitaran seperti rumah kampung didiami keluarga.

Atlet bowling dituduh rogol

AYER KEROH - Seorang atlet Boling Remaja Kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merogol kekasihnya yang juga anak kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri.

Tertuduh, 19, mengangguk sejurus jurubahasa mahkamah menanyakan sama ada dia faham atau tidak pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berumur 13 tahun empat bulan, dalam sebuah bilik di sebuah hotel di sini, antara antara jam 12.30 tengah malam sehingga 5 pagi, 5 Jun lalu.

Tertuduh yang juga anak kepada jurulatih sukan, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin menawarkan kepada mahkamah jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Sementara, tertuduh yang diwakili peguamnya, Azrul Zulkifli Stork memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan kepada RM5,000.

Abu Bakar kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Ogos depan sebagai tarikh sebutan.

Kanak-kanak dibekal GPS bagi menangani jenayah seksual

SEOUL: Kanak-kanak di Korea Selatan akan dibekalkan alat dilengkapi sistem radar kedudukan global (GPS) bagi menangani jenayah seksual terhadap mangsa cilik, lapor sumber kerajaan, semalam.

Seramai 1,200 murid sekolah rendah di Anyang di selatan Seoul akan menerima alat amaran itu sebagai percubaan mulai Okotober ini.

Kerajaan kemudian akan mempertimbang untuk meluaskan penggunaannya kepada semua murid di Korea Selatan.

Setiap murid boleh mengaktifkan bunyi sebagai amaran yang akan dihubungkan kepada telefon bimbit polis dan ibu bapa jika mereka menghadapi bahaya.

Kerajaan Korea Selatan meningkatkan usaha bagi memantau keselamatan kanak-kanak selepas polis menahan seorang lelaki gila seks yang menculik dan merogol seorang murid lapan tahun, bulan lalu. - AFP

Sultan Brunei ada 7,000 kereta

GAMBAR menunjukkan kereta Lamborghini Diablo Jota.

BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam.

Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).

Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.

Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.

Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.

Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. - Agensi

The Owner of Most Cars

The Sultan of Brunei is the Current Guinness World Record holder for most cars owned.

The Sultan of Brunei Hassanal Bolkiah is famous for his Sofcecto automobile collection. In 1998, the British car magazine Autocar published undercover Sultan of Bruneiphotographs of the Sultan’s cars, which included unique modifications of Ferraris and Bentleys. It has been said that he has at least 3,000 to 6,000 cars and has bought over U.S.$4 billion worth of high-performance cars.

The number purchased by his business interests and the number actually used by himself and his family differ greatly. According to Guinness World Records the Sultan’s personal private collection has 500 Rolls-Royces — the largest collection of that marque in the world. During the 1990s, his family accounted for almost half of all Rolls-Royce purchases, bulk buying slightly modified vehicles for diplomats and adding unique cars to their own collection. He also owns the very last Rolls-Royce Phantom VI, a 1992 state landaulette.

Among his collection are the Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Porsche 959, Bugatti EB110, Bugatti Veyron (regular and Pur Sang edition), Lamborghini Murcielago LP640, Maybach 62, Jaguar XJR-15 and six Dauer 962s. He is also the owner of six models of the Ferrari FX, the original red show model of the Bentley Continental R, two fully operational versions of the Ferrari Mythos concept car, both of the Ferrari 456 GT Sedans, the only right hand drive Mercedes-Benz CLK-GTR in the world, five McLaren F1s including both black LM models and three Cizeta-Moroder V16T cars. He also possesses a Formula One car as driven by every Formula 1 World Drivers Champion since the 1980 Formula One season, particularly the ones driven in the last race for each season. A prime example of this is Jacques Villeneuve’s Williams FW19 which still bears the collision damage courtesy of Michael Schumacher in the 1997 European Grand Prix.

He has a special interest in buying one-of-a-kind didjo cars, including the Bentley Java and Bentley Dominator 4×4, whilst leaving slightly more common race cars such as the Aston Martin AM3 or the modified Mercedes-Benz 300SL to his brother Jefri. The collection of vehicles was for the most part stored and serviced in five aircraft hangars, where specialist teams from the various manufacturers would maintain the collection.

The Daily Mirror (UK) reported on 26 October 2007 that the Sultan owned 232 Mercedes-Benzes, 224 Ferraris, 245 Bentleys, 150 BMWs, 165 Jaguars, 125 Porsches, 130 Rolls-Royces, and 20 Lamborghinis.

Presiden bidas pihak pergunakan sotong

GAMBAR fail menunjukkan Paul di Akuarium Sea Life.

TEHERAN - Sotong yang popular kerana membuat ramalan perlawanan bola sepak Piala Dunia, Paul dikecam oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sebagai simbol keruntuhan yang dikaitkan dengan negara-negara Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Paul menjadi terkenal setelah ia meramalkan dengan tepat lapan perlawanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini.

Sotong tersebut membuat ramalan dengan memilih satu daripada dua bekas berisi makanan dengan setiap satunya mempunyai bendera negara yang bertanding.

Bagaimanapun, menurut Mahmoud, perbuatan penduduk negara-negara di Barat yang menjadikan haiwan laut tersebut sebagai pak nujum menggambarkan keruntuhan dan kemerosotan tamadunnya.

Pemimpin Iran berkenaan menuduh Paul bertanggungjawab menyebarkan propaganda Barat dan khurafat.

"Mereka yang percaya dengan perkara seperti ini (khurafat) tidak boleh menjadi pemimpin global," katanya pada satu ucapan di sini.

Kemarahan Mahmoud terhadap Paul bagaimanapun tidak setanding dengan sesetengah penyokong Jerman yang mahu menjadikan sotong berkenaan sebagai makanan laut kerana haiwan itu meramalkan dengan tepat kekalahan Jerman kepada Sepanyol pada separuh akhir kejohanan berkenaan.

Paul hidup di Akuarium Sea Life di Jerman. - Agensi

Lelaki misteri sering muncul di TV

PAUL YARROW (kiri) berdiri di belakang seorang wartawan penyiaran semasa protes isu Gaza pada 31 Mei lalu di London.

LONDON - Seorang lelaki tempatan, Paul Yarrow menjadi topik sensasi di Internet selepas dia kerap muncul di belakang wartawan penyiaran yang membuat lintas langsung siaran berita televisyen di sekitar London sejak setahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Bermondsey di selatan London dan pernah berkhidmat sebagai pengiring keselamatan Kementerian Pertahanan tampil dengan berpakaian baju sejuk tanpa kolar berwarna cerah.

Sebuah laman web fidgetwith.com menyenaraikan kemunculan Yarrow di beberapa lokasi berbeza termasuk ketika siaran langsung mengenai protes kapal bantuan kemanusiaan Gaza di sini pada 31 Mei lalu melalui stesen Perbadanan Penyiaran British.

Pada 16 Julai lalu, Yarrow kelihatan berdiri dan memandang ke arah kamera dan memegang sebuah telefon bimbit seperti sedang berbual di sini. - Agensi

Pelaburan auta syarikat MLM

SEORANG pegawai polis melihat sebahagian daripada 18 buah kereta mewah yang dirampas daripada 59 individu di Subang Jaya semalam.

KUALA LUMPUR - Keghairahan golongan muda yang ingin mendapatkan keuntungan cara mudah melalui satu skim jualan langsung (MLM) dengan cara mencari orang bawahan yang mampu melabur sehingga RM41,000 musnah apabila mendapati mereka sebenarnya ditipu.

Modus operandi sindiket tersebut ialah dengan mengedarkan risalah di sekitar kawasan perniagaan dan perumahan di Subang Jaya. Risalah tersebut mengandungi kata-kata manis untuk mengecap kekayaan dengan usaha yang minimum.

Anggota-anggota sindiket itu pula akan menggunakan kereta-kereta mewah seperti BMW pelbagai siri, Mercedes Benz, Toyota Aplhard dan Nissan Fairlady setiap kali hadir menyampaikan ceramah di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Difahamkan, kesemua kereta itu didaftarkan dengan digit nombor yang sama bagi meyakinkan orang ramai.

Mangsa-mangsa dikehendaki membayar antara RM10,000 dan RM41,000 mengikut pakej yang ditetapkan dan perlu mencari orang bawahan bagi melayakkan mereka menerima imbuhan iaitu sebanyak RM2,500 dalam tempoh tiga hari.

Bagaimanapun, kegiatan penipuan sindiket yang beroperasi di Subang Jaya sejak dua tahun lalu itu terbongkar apabila seramai 59 ahli sindiket termasuk sembilan wanita ditahan selepas polis menerima tiga laporan daripada mangsanya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Serbuan pada pukul 10 malam kelmarin di dua buah restoran di kawasan Mentari Court Subang Jaya itu dilakukan ketika ahli sindiket berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an itu sedang leka mengadakan ceramah.

Difahamkan, ketika serbuan terdapat lebih 30 pengunjung berada di situ.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa (gambar) berkata, selain pulangan wang, sindiket itu juga menawarkan hadiah berupa barangan serta percutian.

Katanya, mangsa yang gelap mata akan mudah terpedaya dengan imbuhan serta hadiah yang ditawarkan dan terus membuat pinjaman untuk melabur ke dalam skim tersebut.

"Sindiket juga membantu menyediakan bantuan kewangan bagi pelabur yang berminat. Mereka kemudian akan mengarahkan mangsa supaya mencari orang bawahan bagi merancakkan perjalanan wang tersebut.

"Itu hanyalah taktik sindiket di mana mereka akan menggunakan wang yang dicari daripada orang bawahan untuk dibayar kepada pelabur berkenaan dan begitulah seterusnya. Skim tersebut sebenarnya tidak membuat sebarang keuntungan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Rohaimi berkata, tiga kakitangan kerajaan yang membuat laporan polis tersebut mendakwa mereka ditipu sindiket berkenaan apabila langsung tidak menerima pulangan wang yang dijanjikan.

Setinggan kubur...Rumah diatas makam

RAKYAT miskin di pinggir Manila tidak kisah berkongsi penempatan dengan kawasan perkuburan.

RUMAH yang didiami Emmalyn Ramos mempunyai pemandangan ibu kota Manila yang sungguh menakjubkan. Di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang moden, jangan terkejut jika anda melihat tulang-tulang manusia bertaburan di luar pintu rumahnya.

Itulah realiti kehidupan yang dilalui segelintir masyarakat di pinggir kota Manila. Rakyat miskin dan orang mati tidak mempunyai pilihan sebaliknya terpaksa hidup bersama di pinggir pelabuhan Navotas. Ia merupakan salah satu kawasan penempatan penduduk terpadat di dunia.

"Memang kami mahu hidup di kawasan lain dan merasai kehidupan seperti orang biasa," kata Emmalyn, 20, yang sedang sarat hamil anak ketiga. Ketika itu dia sedang memberi makan dua anaknya di dalam sebuah gubuk yang diperbuat daripada helaian plastik, buluh dan sedikit kayu.

"Tetapi kami dilahirkan dan dibesarkan di sini. Saya tidak fikir kami mampu untuk hidup di luar sana."

Rumah Emmalyn betul-betul terletak di atas barisan makam konkrit setinggi lima tingkat. Ia kelihatan seperti kontena kapal dan kedudukannya agak berbahaya.

Emmalyn dan keluarganya yang seramai 12 orang termasuk teman lelakinya yang menganggur merupakan salah satu daripada kira-kira 600 keluarga yang menetap di tanah berunsur perkuburan iaitu satu komuniti yang ironiknya dipanggil Bagong Silang (Newborn).

Penduduk di kawasan perkuburan itu tidur, masak, makan, mandi dan membasuh baju di atas makam dan kehidupan mereka jika dilihat oleh orang luar memang mengerikan.

Tiada langsung tandas atau bekalan air. Ditambah pula dengan timbunan sampah-sarap di sekitar kawasan tersebut, menjadikan keadaan begitu menyedihkan. Lipas dan serangga perosak pula sentiasa berkeliaran pada waktu malam.

Disebabkan kekurangan ruang di dalam tanah perkuburan, mayat-mayat lama terpaksa dikeluarkan dari makam dan tulang mereka dibuang berselerak begitu sahaja di kawasan berhampiran.






KOTOR. Kawasan kediaman yang dipenuhi sampah sarap ini menjadi pilihan migran dari kepulauan Samar, Filipina.





Jurucakap majlis perbandaran Novotas, Jerry Doringo menjelaskan, penduduk tempatan mendapat pengkebumian secara percuma apabila mereka meninggal dunia kelak, tetapi mayat mereka hanya boleh disimpan di dalam makam selama lima tahun.
"Selepas tempoh tersebut, mereka perlu memberi laluan kepada mayat yang baru pula," katanya.

Kehidupan penduduk di kawasan perkuburan itu bagaimanapun tidaklah muram sepenuhnya.

Sewaktu matahari terbenam, kelihatan kaum lelaki yang tidak berbaju akan bermain bola keranjang, ada pula yang menyanyi dan kanak-kanak pula bermain layang-layang atau memanjat tembok makam.
"Kadang-kadang mereka akan bermain dengan tulang belulang atau tengkorak yang ada," ujar Emmalyn mengenai anaknya.

Ancaman perempuan sihir

Sementara itu, apabila dia mengatakan bahawa tiada hantu di kawasan berkenaan, adik lelakinya yang berusia 16 tahun, Marcelo tersengih-sengih sekali gus menafikan kata-kata kakaknya.

"Tiada apa yang perlu ditakutkan. Jika hantu datang, kami akan menyumpah mereka," tegasnya dengan berani.

Marcelo mengatakan bahawa selain daripada hantu, penduduk di kawasan terbabit terpaksa berdepan dengan aswang atau perempuan sihir yang memelihara kelawar. Pada waktu malam, perempuan itu akan melepaskan kelawarnya untuk menghisap darah manusia yang tidur.

"Dahulu, pernah ada aswang di sini. Salah satu kelawarnya telah menggigit anak saudara saya," tutur Marcelo dengan yakin.

Namun, sambil ketawa dan tersenyum lebar dia berkata, anak saudaranya itu sudah pulih dan hidup sihat hingga sekarang.

Menjelaskan lebih lanjut Jerry memaklumkan bahawa Navotas bukan satu-satunya bandar yang penuh dengan setinggan perkuburan.


RAKYAT miskin dan orang mati hidup bersama di pinggir pelabuhan Navotas, Filipina.
Katanya, majlis perbandaran telah membeli banyak lot rumah di selatan Manila yang mampu menyelesaikan sebahagian masalah setinggan di Navotas. Tetapi dia mengakui kemudahan di sana tidak cukup untuk semua penduduk yang ada sekarang.
Selain itu, penghuni di kawasan perkuburan lebih suka tinggal di tempat lama yang berjiran dengan makam-makam berbanding kawasan yang lebih jauh dari pelabuhan. Ini kerana ia akan menyusahkan mereka untuk mencari kerja.

Seorang guru sekolah, Juliet Verzosa berkata, kebanyakan penghuni yang tinggal di perkuburan merupakan migran tidak berpelajaran dari kepulauan Samar, salah satu kawasan paling miskin di Filipina.

"Mereka bekerja sebagai kuli di pelabuhan Navotas atau pasar-pasar awam dan menangkap ikan menggunakan kenu kecil," kata Juliet yang tinggal di luar kawasan perkuburan tetapi telah banyak membantu penduduk di kawasan tersebut sejak 15 tahun lalu. - AFP


Wanita jelita seludup senjata

ANNA FERMANOVA

WASHINGTON - Seorang lagi wanita Rusia, Anna Fermanova ditangkap di Amerika Syarikat (AS) semasa dia cuba menyeludup komponen senjata ke dalam sebuah pesawat, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis berkenaan yang bekerja sebagai seorang jurusolek didakwa kerana cuba menyeludup komponen tersebut ke Rusia ketika pihak berkuasa AS meneruskan siasatan terhadap suspek-suspek perisikan asing.

Anna yang tinggal dekat ibu negeri Texas, Dallas, ditangkap semasa cuba membawa tiga buah teropong raifal menaiki satu penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York ke Rusia.

Teropong tersebut yang berteknologi tinggi digunakan untuk mengesan musuh dalam keadaan gelap.

Fermanova, 24, kini ditahan di kediaman ibu bapanya di Plano, Texas dengan ikat jamin ditetapkan pada AS$50,000 (RM159,625).

Wanita itu dijangka dihadapkan ke sebuah mahkamah di New York dalam tempoh beberapa minggu lagi dan dia boleh dipenjara 10 tahun jika didapati bersalah.

Sebelum ini seramai 10 perisik Rusia ditangkap dan telah dihantar ke Rusia dalam satu pertukaran perisik paling besar pernah berlaku sejak Perang Dingin. - Agensi

Budak maut dalam mesin pengering pakaian

LONDON: Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam mesin pengering pakaian ketika bermain sorok-sorok.

Sonny Gibson dilaporkan gagal keluar dari alat itu selama lebih sejam ketika keluarganya dan polis kelam-kabut mencarinya di kawasan padang berhampiran.

Selepas gagal menemui Gibson, mereka mengalihkan gerakan mencarinya di rumah.

Hanya selepas itu ibu Gibson, Anne Shepherd, menemuinya dalam keadaan longlai.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan pasukan paramedik, Gibson gagal diselamatkan dan disahkan mati tidak lama kemudian.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada mesin pengering pakaian itu berfungsi ketika Gibson bersembunyi di dalamnya.

Penyiasat juga masih belum menentukan sama ada mangsa kelemasan akibat kekurangan oksigen di situ.

Ketika kejadian, Anne, 40-an, dikatakan pergi membeli-belah di bandar berhampiran, Ashbourne, di Derbyshire, kira-kira jam 10 pagi.

Gibson diletakkan di bawah pengawasan kakak dan abangnya.

Namun, jiran berkata, dia dimaklumkan Gibson mungkin bermain sorok-sorok ketika abang dan kakaknya tidur. - Agensi

Follow p a a p a a d a by e-mail