• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Aksi bogel tak boleh..Pakai bikini tak mengapa

AKARTA: Aktres baru, Rina Diana menolak untuk tampil dengan aksi mendedahkan tubuh di depan kamera. Namun, dia tidak keberatan jika sekadar memakai bikini.

Rina menceburi dunia perfileman melalui penampilan sulongnya dalam filem Rako Prijanto, Domino. Dalam filem itu dia memegang watak sebagai perempuan yang melarikan diri daripada pernikahan.

“Dia lari daripada acara pernikahannya dan tidak mahu mengahwini watak lelaki bernama Gary,” ujar Rina yang sebelum itu pernah muncul dalam sinetron komedi ‘Mariam Mikrolet’ketika ditemui di Luv Bar di Sudirman City Walk, Jakarta Selatan, semalam.

Sebagaimana artis baru lain, gadis berusia 19 tahun itu turut mendapat tawaran untuk adegan panas. Rina mengakui dia tidak keberatan melakukannya asalkan ada batasan. “Saya tidak mahu kalau diminta melakukan aksi buka-bukaan. Tetapi jika hanya pakai bikini tidak mengapa,” tambahnya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail