• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis sambut tahun baru tanggalkan hijab

JAKARTA: Aktres Cynthiara Alona, 25, yang mula memakai hijab pada awal tahun lalu mengakui yang dia sudah menanggalkan hijabnya dengan kedatangan tahun baru.

Namun, peragawati dan pelakon filem terbabit mendakwa walaupun dia menanggalkan hijab, itu tidak bermakna dia akan kembali dengan penampilan tidak sopan sepertimana sebelum ini. “Saya ingin menjadi diri sendiri dan meneruskan karier.

Jadi, saya memutuskan untuk tidak memakai hijab dulu,” jelas wanita bernama lengkap Cut Cynthiara Alona itu mengenai alasannya melepaskan hijabnya.


“Saya maklum tindakan saya ini pasti menjadi buah mulut orang tetapi saya sudah bersedia untuk menghadapinya,” tambahnya.

Bagaimanapun, Cynthiara memberitahu dia tidak akan menerima lagi watak untuk berlakon dalam filem panas.


“Saya akan cuba untuk berhenti daripada berlakon dalam filem panas,” katanya lagi. - Agensi

2 comments:

zaL_cdpx said...

lorr !!! 2 laa..., lom tntu kite yang dh elok pkai sopan nie akan kekal sopan !!! NAUZUBILLAH

Sham said...

hidayah tak sampai nie...

Follow p a a p a a d a by e-mail