• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Atasi keganasan...Pelajar diberi telefon bimbit GPS

BEIJING: Pelajar di sekitar Beijing diberi telefon bimbit dilengkapi sistem peranti pengesanan global (GPS) untuk mengekang masalah orang hilang dan keganasan, lapor media tempatan semalam.

Menurut Global Times, alat itu disediakan Yayasan Palang Merah Beijing dan bagi fasa pertama, 20,000 unit diedarkan.

Akhbar itu melaporkan, alat berkenaan boleh digunakan sebagai jam.

Ketua program itu, Liu Quan, berkata program berkenaan dilaksanakan untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar ketika kadar keganasan di sekolah semakin meningkat.

Sekurang-kurangnya lima serangan keganasan dilaporkan berlaku di sekolah China dalam tempoh Mac hingga Mei tahun lalu, menyebabkan 17 orang - termasuk 15 kanak-kanak - terbunuh.

Lebih 80 orang lagi cedera.

Menurut Palang Merah Beijing, setiap tahun kira-kira 200,000 kanak-kanak hilang dan sehingga kini 600,000 orang masih gagal ditemui. Sementara itu, walaupun telefon bimbit berkenaan diberi percuma, ibu bapa masih perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak RM370 bagi tempoh dua tahun.

Lebih 100,000 unit telefon bimbit seumpama itu dijangka diedarkan ke seluruh sekolah di Beijing tahun ini. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail