• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bapa mentua tuntut gaji...Pengantin batal pernikahan

MANAMA: Seorang bakal pengantin lelaki membatalkan perkahwinannya pada saat akhir selepas bapa pengantin perempuan menuntut separuh daripada gaji anaknya yang dijadikan salah satu syarat dalam perkahwinan itu, lapor laman berita El Bashayerm, semalam.

Tuntutan itu diusulkan bapa pengantin perempuan ketika pengantin lelaki hendak menandatangani surat pernikahan dalam satu majlis perkahwinan di Jazan di selatan Arab Saudi.

Namun tuntutan itu enggan dipenuhi pengantin lelaki .

Campur tangan jurunikah dan tetamu yang hadir gagal mengubah fikiran bapa pengantin perempuan.

Pengantin lelaki mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir ke resepsi perkahwinan itu dan mengundang mereka untuk makan malam walaupun perkahwinan sudah dibatalkan.

Bapa pengantin perempuan dikatakan enggan menyertai majlis makan malam, manakala pengantin perempuan yang kecewa kerana perkahwinan dibatalkan mengoyakkan pakaian pengantinnya. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail