• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Blackberry sekat laman lucah

JAKARTA: Pengeluar telefon pintar BlackBerry mula menyekat kemasukan laman web lucah di Indonesia semalam bagi mematuhi tarikh akhir hari ini yang ditetapkan kerajaan untuk berbuat demikian.

Dalam satu kenyataan melalui akaun Twitter, Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring berkata syarikat Kanada Research ini Motion (RIM) mematuhi permintaan beliau untuk memastikan rakyat Indonesia tidak terdedah dengan laman web lucah.

“Syukur kepada Tuhan, RIM mematuhi peraturan dan undang-undang Indonesia,” kata menteri terbabit, seorang Muslim yang melancarkan kempen menentang bahan lucah di internet.

“Pornografi perlu disekat. Sila teruskan dengan perniagaan selagi undang-undang dipatuhi,” katanya.

Rakyat Indonesia cuba untuk memasuki laman web seperti www.playboy.com kini menerima mesej melalui skrin BlackBerry mereka tertulis : “Laman web yang anda cuba akses tidak dapat dimasuki menerusi rangkaian ini.”

RIM mengesahkan ia mula melaksanakan sistem penapisan direka untuk menghalang laman web tidak sesuai yang ditetapkan kerajaan.

“RIM kini dalam proses melaksanakan satu penyelesaian penapisan kandungan internet yang menetapkan rakan kongsi kami mematuhi peraturan di Indonesia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Penyelesaian teknikal itu mematuhi kehendak kementerian dan direka untuk menggunakan standard penapisan sama disenaraikan kerajaan kepada industri di Indonesia.”

RIM berkata mereka menyambut baik perintah sistem menyekat pornografi menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Sembiring.

“RIM akan meneruskan pelaburan di Indonesia dan menyokong keperluan pelanggan, pemaju dan rakan kongsi.”

Indonesia adalah satu daripada pasaran penting RIM dengan lebih dua juta Blackberry dijual di negara itu. RIM adalah platform telefon pintar keempat terbesar di dunia dengan jualan global 11.9 juta unit, kata firma penyelidikan Gartner. – AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail