• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Lelong gambar bogel isteri untuk kutip derma

TAIPEI: Legenda tenis, Andre Agassi semalam melelong gambar bogel isterinya, Steffi Graf untuk tujuan kutip derma.

Agassi memberitahu tetamu satu majlis kutipan derma: “Jika anda bayar lebih AS$4,000 (RM12,400), saya akan tunjukkan kepada anda gambar bogel isteri saya dalam telefon bimbit saya,” katanya.

Tawaran itu menyebabkan tetamu majlis yang diadakan di Taiwan ketawa dan bertepuk trangan.

Kemudian, pembida yang menang menyertai Agassi di atas pentas, mengambil telefonnya dan berkata “Wow.” Tidak dapat dipastikan sama ada gambar itu benar gambar bekas bintang tenis berkenaan atau sama ada Steffi tahu mengenai tawaran itu.

Agassi, 40, dan Steffi, 41, berkahwin sembilan tahun lalu dan menetap di Vegas bersama dua anak mereka. - TS

1 comment:

zmah said...

Pelbagai cara nak kutip DERMA....kena kreatif,baru ramai penderma.

Follow p a a p a a d a by e-mail