• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Masyarakat Britain cetek Islam

LONDON: Wanita Islam pertama yang menyertai kabinet Britain berkata kelmarin sikap prejudis terhadap agamanya sudah menjadi sesuatu dianggap perkara biasa oleh masyarakat.

Menteri dalam barisan kerajaan Perdana Menteri David Cameron, Sayeeda Warsi(gambar) berkata, masyarakat Britain kurang toleransi dan berpandangan cetek serta kurang pengetahuan mengenai Islam disebabkan apa yang disebarkan media dan lain-lain.

Dalam himpunan syarahan yang disampaikan kelmarin, Sayeeda merujuk perkataan seperti Islamofobia dan tokoh Islamofobia oleh wartawan dikhuatiri menjadi luahan penghinaan terhadap hampir dua juta umat Islam minoriti dan ia semakin diterima masyarakat.

“Anda kini boleh sebut mengenai Islamofobia di meja makan tanpa sebarang tentangan,” katanya dalam himpunan syarahan yang disampaikan di Universiti Leicester, tengah England.

Britain seperti negara Eropah lain, terpaksa bertungkus lumus untuk mengawal kemasukan penduduk Islam secara besar besaran yang tiba pada separuh kedua kurun ke-20.

Rakyat Britain keturunan Pakistan dan Bangladesh, berusaha keras untuk mengatasi masalah pengangguran yang panjang dan penduduk Islam menyumbang kepada ketidakseimbangan penghuni dalam penjara Britain.

Walaupun ketegangan ini berlaku tetapi peristiwa 11 September 2001 turut menyumbang kepada penumpuan terhadap kumpulan radikal yang berada di kalangan orang Islam Britain. – AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail