• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pelacuran...Wanita dagang 7 pelajar di Facebook

JAKARTA: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki menjadi ibu ayam kepada tujuh pelajar sekolah melalui Facebook, kata polis, semalam.

Pegawai polis Jakarta Selatan, Yoyon Toni Saputra, berkata wanita itu dikenali sebagai Dede, 28, diberkas pada Isnin lalu.

“Dia dipercayai bergiat dalam bisnes pelacuran selama dua tahun,” katanya.

Menetap di Manggarai, Jakarta Selatan, Dede didakwa melatih ramai anak jirannya menjadi pelacur dan menggunakan Facebook untuk mencari pelanggan.

Kata Yoyon, semua pelacur itu berusia di antara 13 dan 16 tahun dan dilanggan pada harga RM680 seorang.

Katanya, Dede menghantar pelajar terbabit ke mana saja diminta pelanggan sebaik saja persetujuan dicapai.

Kegiatan Dede terbongkar selepas seorang guru memeriksa akaun Facebook seorang pelajarnya.

Dia kemudian memaklumkan penemuan itu kepada bapa pelajar terbabit sebelum polis dihubungi untuk membolehkan tindakan selanjutnya diambil. - JP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail