• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pelajar dirogol, diliwat dua rakan

KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Tiga mendakwa dirogol dan diliwat dua rakan lelakinya serta diugut untuk dijual jika mendedahkan kejadian menimpanya di FELDA dekat Temerloh, antara Oktober hingga Disember tahun lalu.

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa bersama seorang rakannya pergi ke rumah seorang daripada dua remaja lelaki terbabit kononnya untuk mengulangkaji pelajaran.

Kesempatan itu dikatakan diambil remaja lelaki berkenaan untuk mencabul mangsa dan berlarutan sehingga penghujung Disember.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, berkata keadaan kemudian bertambah buruk apabila mangsa mendakwa dirogol seorang lagi rakan remaja terbabit.

“Suspek juga pergi ke rumah mangsa jam 3 pagi dan memaksa mangsa keluar dari rumah.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang juga anak sulung mendakwa dirogol sebelum dihantar pulang semula ke rumahnya.

“Mangsa yang trauma dan ketakutan akhirnya menceritakan kejadian menimpanya kepada rakan sekolah sebelum mengadu kepada seorang ustazah di sekolahnya yang kemudian menasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Md Nor berkata, kejadian yang berlaku kepada mangsa akhirnya diketahui keluarganya sebelum satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh, kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

“Susulan laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menahan dua suspek terbabit di rumah masing-masing kira-kira 12.30 tengah hari, semalam.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), dekat sini, untuk pemeriksaan lanjut sebelum diambil keterangan lanjut berhubung kejadian terbabit,” katanya

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail