• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pelakon filem lucah jadi penyanyi

TOKYO: Aktres filem dewasa Jepun, Sola Aoi(gambar) nyata cuba mengubah kerjayanya dengan membuat kemunculan sebagai penyanyi di China.

Bintang lucah itu yang berjaya mengumpul ramai peminat di China sejak beberapa tahun lalu mengeluarkan album bertajuk Mai Yu menerusi rangkaian telefon bimbit China dan laman muat turun PC.

Bercakap kepada pemberita, Sola berkata, “Saya baca buku teks bahasa dan mendengar CD dialog sendiri. Sehingga kini, tiada apa yang baru diputuskan, namun saya bersedia melakukan sesuatu. Saya mahu lawat China.”

Lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Mandarin direkodkan dalam tempoh dua hari dengan bantuan seorang penterjemah.

Sola berkata, beliau berharap untuk ‘mengadakan acara tertentu untuk berinteraksi dengan peminat China.’

Beliau melebarkan sayapnya daripada industri filem lucah sejak beberapa tahun lalu dengan muncul dalam drama televisyen seperti Shimokita GLORY DAYS dan drama Korea Korean Classroom pada Mei 2009.

Beliau juga muncul dalam filem arus perdana Hormones (sebuah produksi Thailand dengan memegang watak pelancong) dan filem aksi Hong Kong Revenge: A Love Story.
Sola pernah cuba melancarkan kerjaya dalam muzik sebelum ini apabila mengeluarkan CD J-Pop pada 2006 bertajuk Hadaka no Kiss.

Beliau juga mengambil bahagian dalam rancangan pelbagai televisyen Tokyo ‘Onegai! Muscat’ bersama sekumpulan 25 bintang filem dewasa dan selebriti dengan membentuk Ebisu Muscats, mengeluarkan sebuah CD lagu diberi tajuk Banana Mango High School pada 2010.

“Saya tidak pernah membayangkan saya akan menyanyi secara profesional,” kata Sola.

“Namun, saya menerimanya sebagai satu peluang hebat untuk menghantar mesej menerusi lagu. Saya amat gembira mendengar ramai peminat di China mengetahui mengenai saya.

“Saya berharap dapat menganjurkan acara tertentu untuk berinteraksi dengan mereka,” tambahnya.

Mai Yu adalah lagu berentak balada, katanya, balada adalah rentak yang sedap didengar, namun beliau mahu menyanyikan lagu rock juga.

Populariti Solai di China berpunca dari laman Twitternya yang mengumpul hampir 150,000 pengikut menggunakan sistem SNS. Malah semakin memuncak pada April 2010 apabila beliau turut serta membantu mengumpul dana untuk mangsa gempa bumi di Qinghai.

Baru-baru ini beliau memulakan sebuah blog dalam laman web China Sina dan sudah mempunyai hampir 1,000,000 peminat. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail