• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Rugi RM4.67 juta dalan masa beberapa jam

NEWCASTLE - Jutawan yang juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United, Mike Ashley(gambar) rugi hampir £1 juta (RM4.8 juta) dalam masa beberapa jam, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Sebuah akhbar Britain melaporkan Ashley, 47, kerugian besar gara-gara berjudi buah dadu di sebuah kasino tempatan.

Insiden memalukan itu berlaku baru-baru ini ketika dia keluar bersuka ria dengan ditemani pengurus kelab bola sepak liga perdana Inggeris itu, Alan Pardew.

"Dia (Ashley) bertaruh besar, sehingga beribu-ribu dan kadangkala mencecah puluhan ribu di meja judi dadu itu," kata seorang saksi.

"Mereka meninggalkan kasino itu sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan dan ketika itu, Ashley telah kerugian £970,000 (RM4.67 juta) tetapi dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kecewa," tambahnya.

Ashley yang merupakan seorang usahawan produk sukan dilaporkan memiliki kekayaan mencecah £700 juta (RM3.3 bilion). - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail