• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Seks luar nikah perkara biasa...?

JAKARTA: Peguam bela vokalis Nazriel Irham alias Ariel ‘Peterpan’ yakin anak guamnya yang berdepan dengan tuduhan menyebar video seks, akan dibebaskan berikutan keterangan yang diberikan saksi memihak kepadanya.

“Menjelang hujah yang akan dibuat oleh pendakwa esok (hari ini), kami yakin Ariel akan dibebaskan daripada tuduhan,” kata salah seorang peguam vokalis itu, Afrian Bondjol atau Boy, ketika di dihubungi di Jakarta, semalam.

Boy yakin pendakwa akan mempertimbangkan pembebasan Ariel dari segala tuntutan selepas mendengarkan keterangan saksi. Selama ini saksi rata-rata menyatakan lelaki yang melakukan seks dalam di video terbabit hanya mirip Ariel.

ARIEL dipeluk Luna Maya di luar mahkamah di Bandung.

Sementara itu seorang pakar sosiologi Universitas Indonesia, Tamrin Amal Tamagola, berkata video porno yang dikatakan dilakonkan oleh lelaki mirip Ariel dianggap perkara biasa oleh sebahagian masyarakat Indonesia.

“Di Indonesia ada 653 suku bangsa. Sebahagiannya menganggap biasa,” kata Tamrin selepas menjadi saksi dalam kes Ariel di Bandung, minggu lalu.

Tamrin menyatakan, contoh masyarakat yang tidak resah terhadap video itu adalah masyarakat suku Dayak, sejumlah masyarakat Bali, Mentawai, dan masyarakat Papua.

“Daripada hasil penelitian saya sejumlah masyarakat Dayak di Indonesia, bersenggama tanpa diikat oleh perkahwinan dan itu dianggap biasa. Malah, hal itu dianggap sebagai pembelajaran seks,” kata Tamrin.

Tamrin menambahkan, yang resah terhadap video porno mirip Ariel itu kebanyakan adalah kalangan tua. Kalangan muda di Indonesia sebahagian juga sudah menganggap hal itu biasa.

Buktinya, daripada tinjauan lembaga Badan Koordinasi Keluarga Berencana Nasional (BKKBN), 55 peratus orang muda di Indonesia sudah tidak perawan.

Tamrin menyatakan, pihaknya juga menilai bahawa Ariel tidak mungkin didapati bersalah kerana negara tidak biasa mengatur moral seseorang. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail