• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis diminta bertaubat....Kekasih pengsan di mahkamah

JAKARTA - Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazriel 'Ariel' Irham digesa bertaubat selepas dia dihukum penjara kerana mengedarkan dua klip video lucah, kata peguam terkenal, Farhat Abbas semalam.

Menurut laporan akhbar dalam talian INILAHCOM, hukuman penjara tiga tahun enam bulan itu sudah memadai buat penyanyi tesrebut.

"Seharusnya mereka (Ariel dan peguamnya) menerima sahaja dan bertaubat," katanya.

Farhat merupakan orang yang membuat aduan berhubung kelakuan Ariel dan kekasihnya, Luna Maya kepada pihak berkuasa sebelum ini.

BEBERAPA anggota sebuah kumpulan penentang Ariel bergaduh dengan peminat penyanyi itu di luar Mahkamah Daerah Bandung semalam.

BANDUNG - Aktres Luna Maya pengsan selepas hakim sebuah mahkamah memutuskan kekasihnya, Ariel Peterpan didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Bandung di sini kerana membuat dan mengedar dua video pornografi, lapor laman berita Liputan6.com semalam.

Dua klip video itu melibatkan Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dengan Luna Maya dan bekas kekasihnya, Cut Tari.

Hakim Singgih Budi Prakoso di Mahkamah Daerah Bandung menjatuhkan hukuman hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) ekoran kesalahannya itu.

Klip video itu tersebar pada Jun lalu.


LUNA MAYA kelihatan sebak di dalam mahkamah.

Luna Maya yang memakai baju yang mempunyai tulisan Freedom Ariel itu pada mulanya menangis semasa mendengar hukuman dijatuhkan hakim ke atas Ariel.

Luna Maya kemudian pengsan selepas hukuman ke atas Ariel dijatuhkan dan dia terpaksa dipimpin turun dari tingkat dua Mahkamah Daerah Bandung.

Ariel yang ditemui selepas hukuman itu dijatuhkan tidak banyak mengulas mengenai hukuman yang diterimanya selain menegaskan dia tidak bersalah dan sedang berfikir untuk membuat rayuan.

"Ya nggak (tidak bersalah) lah, dituduh mengedarkan...ya nggaklah (tuduhan itu tidak benar)," kata Ariel. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail