• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bekas vokalis Iron Maiden dipenjara

LONDON: Bekas penyanyi kumpulan rock Iron Maiden, Paul Di’Anno dijatuhkan hukuman penjara selepas dia mengaku menuntut bantuan wang kebajikan palsu, lapor akhbar, semalam.

Di’Anno, 52, mengaku menuntut bayaran 45,479 pound (RM222,079) selepas mendakwa dia menderita penyakit saraf hingga menghalangnya untuk bekerja.

Jabatan Pekerjaan dan Persaraan Britain mendapati dia terbabit dengan beberapa siri konsert dari 2002 hingga 2008 - pada masa sama dia menuntut bayaran faedah kurang kemampuan diri, tempat tinggal dan pengecualian daripada bayaran cukai tempatan. Penyanyi rock itu ditahan tahun lalu ketika tiba di Lapangan Terbang Heathrow di London.

Mahkamah Agung Salisbury di baratdaya England mengarahkan Di’Anno yang dibebaskan dengan jaminan kembali ke mahkamah 11 Mac depan untuk pembacaan hukuman.

“Anda perlu bersedia untuk menjalani hukuman penjara,” ujar hakim Andrew Barnett kepada penyanyi yang bertatu itu.

Di’Anno atau nama sebenarnya Paul Andrews menjadi penyanyi utama kumpulan heavy metal British itu dalam dua album kumpulan berkenaan, ‘Iron Maiden’ (1980) dan ‘Killers’ (1981). - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail