• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Mati kerana besarkan punggung

PHILADELPHIA: Seorang wanita yang menjalani suntikan kosmetik pada punggungnya di sebuah hotel berhampiran lapangan terbang di sini mati awal semalam.

Penyiasat berkata, wanita itu bersama tiga rakannya tiba dari London Ahad lalu dan menyewa bilik di Hampton Inn di barat daya Philadelphia.

Dua daripada mereka kemudian ke pusat bandar untuk menjalani proses pembesaran punggung. Keesokannya, seorang menerima satu lagi suntikan sementara rakannya menjalani proses untuk membesarkan paha pula. Penyiasat, Joseph Murray berkata, wanita berusia 20 tahun itu yang mendapatkan suntikan pembesaran punggung kemudian mengadu sakit dada dan sukar bernafas.

Pasukan perubatan dipanggil sebelum dia dihantar ke Hospital Mercy Fitzgerald dan mati di situ.

Keputusan bedah siasat masih belum diperoleh.

Polis masih berusaha mengesan dua orang yang terbabit dalam rawatan kosmetik itu dan percaya persetujuan menjalani rawatan itu dilakukan menerusi Internet.

“Kami belum dapat memastikan sama ada orang yang melakukan prosedur itu berlesen atau tidak. “Kami masih menyiasat,” kata jurucakap bahagian siasatan Polis Philadelphia, Lt John Walker.

Katanya, penyiasat juga masih menanti keputusan ujian untuk menentukan bahan yang digunakan. - AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail