• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Jual lagu Beatles...Kena bayar RM3.03juta

LOS ANGELES: Sebuah laman web yang menjual lagu kumpulan Beatles secara online dengan harga AS$0.25 (RM0.76) untuk sebuah lagu bersetuju membayar syarikat rakaman hampir AS$1 juta (RM3.03 juta) sebagai pampasan untuk menyelesaikan tuntutan saman.

Hakim Daerah Amerika Josephine Staton Tucker menandatangani penyelesaian di antara BlueBeat.com dan syarikat muzik EMI Group PLC, Capitol Records dan Virgin Records America Jumaat lalu. Hakim memutuskan Disember lalu laman itu melanggar hak cipta label muzik.

Satu perbicaraan untuk mengenal pasti berapa banyak perlu dibayar BlueBeat kepada syarikat terbabit dijadualkan bermula kelmarin di Santa Ana, California.

BlueBeat memainkan dan menjual muzik dikeluarkan Beatles dan artis terkenal lain termasuk Coldplay dan Lily Allen, selama beberapa hari sebelum syarikat muzik menyaman untuk menutupnya pada November 2009. Sejak itu, tapak itu sudah mula mengedarkan lebih 67,000 lagu oleh The Beatles.

Penyiaran lagu Beatles muncul selepas pengeluaran semula album kumpulan itu yang disusun semula dengan harga mahal. Setahun kemudian, Apple Inc mengumumkan ia menjual lagu Beatles dalam perkhidmatan muzik popularnya iTunes. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail