• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kecoh video aksi seks didakwa pemimpin utama pembangkang...Benar atau fitnah?

KUALA LUMPUR: Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini.

Bernama melaporkan, kumpulan diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Kumpulan itu juga mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita itu ketika mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini.

Anggota kumpulan itu berkata, mereka memutuskan untuk mendedahkan perkara itu sekarang kerana sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui perkara sebenar mengenai ahli politik itu.

Sementara itu, Beberapa media internet dan blog melaporkan, sekumpulan wartawan didedahkan diberi peluang menonton selama kira-kira 20 minit rakaman video aksi seks pemimpin utama pembangkang dengan wanita tidak dikenali itu.

Video yang memaparkan lelaki mirip ahli Parlimen pembangkat itu ditayangkan kepada wakil media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara, pagi ini.

Rakaman memaparkan aksi seks ahli politik itu dengan seorang wanita muda otu didedahkan bagi mendesak ahli politik terbabit meletak jawatan.

Sekiranya ahli politik terbabit tidak berbuat demikian, video klip itu dikatakan akan didedahkan kepada umum.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail