• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Perompak kecewa terlewat merompak

TULSA: Seorang perompak berputih mata kerana gagal mendapatkan wang tunai daripada restoran piza yang dicerobohinya kerana restoran itu kehabisan wang akibat dirompak lebih awal pada hari sama.

Dalam kejadian itu, dua suspek merompak tiga restoran piza pada malam Ahad, dengan mengacukan senjata kepada pekerja bagi memaksa mereka menyerahkan wang tunai dalam mesin wang dan simpanan, kata pihak berkuasa.

Pegawai kanan polis Tulsa, Sarjan Dave Walker, memberitahu suspek terbabit merompak restoran Pizza Domino jam 9.15 malam waktu tempatan diikuti Papa John pada jam 10.15 malam; dan seterusnya Pizza Hut pada jam 10:45 malam.

Dalam ketiga-tiga rompakan bersenjata itu, perompak memasuki restoran memaksa pekerja membuka mesin wang dan peti simpanan, kata Walker.

Di restoran piza Papa John, polis mendedahkan, perompak masuk menggunakan pintu belakang sebelum membawa keluar wang yang dirompak.

Peliknya, selepas beberapa lama, seorang lagi perompak memasuki restoran sama mengikut pintu depan dan turut menuntut wang.

Bagaimanapun, kata Walker, pekerja restoran itu memberitahu dia tidak boleh merompak restoran itu kerana ia baru dirompak.

Dua perompak itu dilaporkan lelaki kulit hitam dengan ketinggian 1.75 meter dan 1.7 meter dan mempunyai berat badan 72 dan 80 kilogram, kata Walker.

Suspek dipercayai bertukar baju sesama mereka tetapi seorang memakai jaket gelap dan seorang lagi memakai penutup kepala dengan gambar tengkorak tertera di hadapan bajunya.

Pihak berkuasa berkata, kali terakhir tiga tempat perniagaan dirompak pada hari atau malam sama berlaku tiga minggu lalu.

Mulanya, polis berkata seorang lelaki menggunakan pisau kecil untuk merompak kedai menjual arak sebelum penyerang menjadikan restauran Mario’s sebagai sasaran sebelum merompak restoran Braum’s. – Agensi

1 comment:

Panglima Hitam said...

hehehe... perompak yang malang

Follow p a a p a a d a by e-mail