• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Selebriti bergaduh kerana berebut jantan

JAKARTA: Pergaduhan di antara peragawati Nanik dengan artis Rahma Azhari di kelab malam Dragon Fly dikatakan berlaku gara-gara berebutkan seorang jejaka bernama James.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai perkara itu, Nanik yang baru selesai disoal siasat menafikannya.

“Oh, tidak kerana saya sendiri ingin tahu mengapa Rahma menyerang saya. Dia tiba-tiba menampar saya. Kejadian berlaku ketika saya dihubungi seorang teman yang meminta saya keluar kerana ada kekecohan di luar kelab.

Apabila saya keluar dan ingin bertanya apa yang berlaku, saya tiba-tiba ditampar dan ditendang Rahma hingga jatuh,” ujarnya ketika ditemui di Polda Metro Jaya, semalam.

Nanik menegaskan kekasaran itu dilakukan Rahma tanpa campur tangan sesiapa termasuk Sarah yang turut berada di situ. Dia juga mengaku tidak mengenali Rahma mahupun Sarah.

“Saya tidak tahu dan tidak pernah mengenali mereka,” tambahnya.

Sementara itu, peguam Nanik turut menegaskan anak guamnya memang tidak mengetahui punca kekecohan yang berlaku di luar kelab itu. - DH

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail