• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Ahli Parlimen layan gambar lucah ketika sidang Parlimen

JAKARTA: Bintang porno Norway, Vicky Vette menyapa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Arifinto dalam laman Twitternya.

Arifinto dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dirakam menerusi kamera sedang menonton klip porno ketika sidang Parlimen Jumaat lalu.

Dia mendakwa kandungan porno itu muncul sebaik dia membuka e-melnya.

Dalam laman Twitternya, Vicky berkata: “Saya sungguh gembira Arifinto menerima e-mel saya. Saya menghantar gambar terbaik saya.” Ini bukan kali pertama Vicky menulis mengenai tokoh politik dan selebriti Indonesia.

Dia pernah berkata, Menteri Komunikasi dan Penerangan, Tifatul Sembiring, juga anggota PKS boleh menyentuhnya bila-bila masa dia mahukan.

Tifatul ketika itu menjadi tumpuan antarabangsa kerana bersalaman dengan Michelle Obama yang mengiring Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melawat Indonesia tahun lalu.

Menteri itu sebelum ini terkenal kerana tidak bersalam dengan wanita yang bukan muhrimnya.

Vicky juga berkata, dia berminat dengan ‘Peterporn’, gelaran yang diberikan kepada penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel, yang muncul dalam video seks tahun lalu.

Sementara itu, PKS, membenarkan Majlis Syariahnya memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap Arifinto. “Kami menyerahkan kepada Majlis Syariah,” kata Setiausahanya, Abdul Hakim, semalam.

Majlis berkenaan dijadual membincangkan kes Arifinto hari ini. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail