• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis tak kisah suami curang...Pandai buat pandai simpan

BEIRUT: Penyanyi terkenal Lubnan, Dominique Hourani(gambar) mendedahkan bahawa beliau langsung tidak kisah jika suaminya memutuskan untuk berlaku curang asalkan merahsiakan perkara itu daripada pengetahuannya.

Dominique menegaskan, kenyataan bahawa beliau tinggal di Lubnan dan suaminya, Ali Rida Al Mashi, di Eropah menjadikan beliau tidak kisah jika suaminya mahu mencari seorang teman untuk mengisi kekosongan dalam hidupnya.

Menurut laman internet MBC, Dominique berkata, apabila suaminya tinggal bersamanya di Lubnan beliau tidak akan dapat menerima kecurangan berkenaan tetapi disebabkan beliau tiada di sisinya, tidak adil sekiranya beliau mahu suaminya terus jujur kepadanya.

Penyanyi itu juga menjelaskan bahawa sehingga kini beliau tidak pernah berlaku curang terhadap suaminya sebagai tanda hormat tetapi jika hubungan jarak jauh mereka berterusan pastinya Ali tidak akan terus setia dan akan bertemu seseorang suatu hari nanti.

Dominique turut mengakui, beliau terlalu tergesa-gesa untuk berkahwin dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan keadaan sukar secara berhati-hati.

Katanya, mulanya beliau tidak kisah di mana beliau dan suaminya tinggal tetapi selepas mempunyai anak pertama, beliau memutuskan untuk tinggal di Lubnan bagi memastikan anak perempuannya itu dibesarkan dalam persekitaran Arab dengan tradisi dan etika yang sama seperti beliau.

DOMINIQUE akan memulakan prosedur perceraian jika suami enggan berpindah ke Lubnan. Dominique tidak mahu tahu jika suami curang 

Penyanyi itu mendedahkan, beliau memberikan peluang terakhir kepada suaminya untuk mengalihkan perniagaan ke Lubnan dan tinggal bersama beliau dan anak perempuan mereka di mana perkara itu sedang diusahakan suaminya kini.

Dominique memastikan bahawa jika suaminya tidak mahu berpindah ke Lubnan beliau akan memulakan prosedur perceraian kerana tidak boleh meneruskan hubungan dengan cara itu yang sudah bertahan selama dua tahun.

Disember lalu, Hourani, menafikan bahawa suaminya yang berasal dari Iran itu yang juga ahli perniagaan ditahan di Austria kerana menipu.

Ali didakwa melakukan penggubahan wang dan penyeludupan senjata. Dominique percaya, Ali menjadi sasaran kerana kejayaannya dan ada pihak yang cemburu cuba untuk menjejaskan imej mereka.

Beliau juga menegaskan bahawa suaminya itu tidak terjejas dengan khabar angin berkenaan. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail