• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

9 tahun bina pesawat bawah rumah

CAMP HILL: Di kawasan pinggir bandar seperti Cumberland County, sudah menjadi perkara biasa untuk melihat penduduknya meletakkan kereta di laluan masuk ke rumah.

Tetapi tidak ada orang yang menyangka akan melihat apa yang ada di besmen kediaman Dan Reeve - sebuah pesawat dua tempat duduk.

Jirannya tidak menyedari hal itu hinggalah Reeve memecahkan dinding untuk mengeluarkan pesawatnya.

Menurut Reeve, dia menghabiskan masa sembilan tahun membina pesawat berkenaan di rumahnya.

Pesawat itu tiba dalam bentuk kepingan menerusi mel dan akhirnya menjadi terlalu besar untuk dimuatkan di besmen kediamannya.

Reeve terpaksa menggali parit dan meruntuhkan dinding untuk menarik keluar pesawat itu menggunakan trak dan dengan bantuan beberapa jiran.

Menurut Reeve, jirannya hanya mengetahui apa yang dilakukannya selepas dia memasang sepanduk yang berbunyi ‘Pemindahan Pesawat pada Rabu’ di tempat letak keretanya. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail