• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Aksi terlampau artis wanita tersebar di Internet

JAKARTA: Ketika gambar aksi terlampaunya semakin meluas beredar di Internet, Syahrini enggan memberi sebarang komen, sebaliknya dia memilih untuk menangani isu itu mengikut saluran perundangan.

Peguam Syahrini, Warsito, berkata antara langkah awal diambil pihaknya adalah melaporkan kes itu kepada polis.

“Selepas meneliti gambar dimaksudkan kelmarin, saya memutuskan untuk meminta polis menyiasat siapa dalang di sebalik penyebaran imej berkenaan,” katanya kepada media, semalam.

Pada masa sama, kata Warsito, kes itu juga memberi pengajaran kepada Syahrini.

“Walaupun Indonesia mengamalkan demokrasi, sepatutnya hak asasi dan privasi manusia sentiasa dihormati,” katanya.

Peguam itu berkata, gambar Syahrini dan adik merangkap pengurusnya, Aisyahrini, dalam keadaan tidak sopan itu bukan untuk tatapan umum, sebaliknya koleksi peribadi mereka.

Justeru, katanya, isu itu tidak sepatutnya timbul atau dihebohkan.

“Ia adalah tindakan pembunuhan karakter ke atas Syahrini dan Aisyahrini,” katanya, Selain membuat aduan kepada polis, Warsito berkata, pihaknya juga memohon mendapatkan perlindungan undang-undang.

“Apa pengajaran di sebalik penyebaran gambar ini? Kita diberitahu bahawa sesiapa saja terdedah dengan kemungkinan diaibkan jika aspek itu yang dicari,” katanya.

Pada masa sama, Warsito menegaskan, isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana kelihatan sengaja dilakukan dan bersistematik.

“Hanya aspek negatif dipaparkan dan yang positif tidak didedahkan,” katanya. - KP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail