• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Arab Saudi nafi laporan air zamzam tercemar

Mata air sumur zam zam

JEDDAH: Arab Saudi menafikan laporan stesen penyiaran BBC mendakwa telaga zamzam di Makkah tercemar dan peminumnya boleh mendapat kanser.

Presiden Pusat Kajian Geologi Arab Saudi, Zuhair Nawab, berkata semua langkah perlu diambil bagi memastikan telaga dan air zamzam itu sentiasa selamat.

“Agensi ini bertanggungjawab memantau kualiti air yang penting bukan saja kepada Arab Saudi, malah kepada umat Islam sedunia.

“Pemantauan dilakukan setiap hari dengan mengambil tiga sampel untuk diuji dan setakat ini tiada pencemaran dikesan,” katanya, semalam.

Sebelum ini, BBC mendakwa ujian terhadap contoh dari pili zamzam di Makkah serta air yang dijual dalam botol menunjukkan kandungan nitrat tinggi, bakteria berbahaya dan kandungan arsenik tiga kali lebih tinggi berbanding yang dibenarkan.

Kata Zuhair, proses membotolkan air zamzam dibuat secara moden.

“Bahan cemar mungkin ditemui ketika ia diedar semula dalam botol lebih kecil oleh individu tertentu,” katanya. - AN

1 comment:

Anonymous said...

Kafir, biasalah dengki. Bayangkan jika seorang kafir yang sakit, minum air zam-zam yang diakui sebagai suci dan penyembuh, tiba-tiba sembuh, kemudian dia cuma mendapatkan maklumat lebih lanjut, kenal dengan Islam, mengucap dua kalimah syahadat. Tak ke mampu semua agama lain.

Apa dia orang ingat air zam-zam macam air kaki Ayah Pin ke?

Follow p a a p a a d a by e-mail