• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis cium mulut cetus kontroversi

MUMBAI – Babak ciuman antara dua pelakon terkenal, Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor dalam filem genre fiksyen sains, Ra.One mencetuskan kontroversi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kontroversi itu tercetus apabila satu sumber mendakwa mereka dikatakan bercium dengan penuh nafsu di set penggambaran dan bukan seperti lakonan.

Ketika gosip tersebut tersebar, tidak ada seorang yang berani tampil bagi menjelaskan tentang isu itu kepada pihak media.

"Walaupun gosip ini mencetuskan banyak keraguan, tetapi kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut," kata sumber tersebut.

Sumber terdekat aktor berusia 45 tahun itu pula menjelaskan bahawa Rukh Khan menganggap dakwaan tersebut sebagai khabar angin yang tidak berasas.

Kareena yang dikenali dengan panggilan Bebo pula mengambil keputusan yang sama dengan Rukh Khan yang enggan membuka mulut berhubung isu tersebut. – Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail