• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis impi kahwin 4

JAKARTA: Pemuzik terkenal, Ahmad Dhani mengaku dia berdoa untuk mempunyai empat isteri.

“Saya ada keinginan untuk mempunyai empat isteri. Saya tidak berkhayal.

Jika doa saya itu dimakbulkan, Alhamdulillah,” kata pemuzik itu yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39, semalam.

Ketika ditemui di Studio RCTI di Jakarta Barat, Dhani berkata, dia dapat merasakan dia sudah banyak mencapai kejayaan yang membanggakan sepanjang hidupnya setakat ini.

Bekas suami Maia Estianty itu juga mengaku tidak banyak lagi harapan yang ingin dikecapinya kecuali untuk membentuk peribadinya supaya menjadi lebih baik lagi.

“Saya tidak mempunyai doa khusus. Tetapi setiap malam sebelum tidur saya akan berdoa.

Saya juga bermuhasabah diri setiap hari dan ia dilakukan ada bila-bila masa. Syukur ia membantu kehidupan saya,” katanya. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail