• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bayi dirampas dan dijual sebagai anak angkat oleh kerajaan China

BEIJING - Bayi-bayi di China dijual pada harga 2,000 pound (RM9,800) setiap seorang ke luar negara untuk dijadikan anak angkat selepas mereka dirampas secara paksa oleh pihak berkuasa, menurut laporan media tempatan, kelmarin.



Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak dirampas secara paksa oleh penguat kuasa perancang keluarga daripada ibu bapa yang mempunyai lebih seorang anak dan dijual untuk dijadikan anak angkat di Belanda dan Amerika Syarikat.



Tindakan pegawai kerajaan China menculik dan menjual kanak-kanak untuk meraih keuntungan membangkitkan kemarahan penduduk dan mencetuskan persoalan mengenai dasar satu anak dan kegiatan rasuah yang semakin berleluasa di negara itu.



Menurut penduduk, ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak sebelum ini dihukum dengan rumah mereka dirobohkan kerana melanggar dasar satu anak namun pihak berkuasa mula merampas kanak-kanak sejak 2000.



“Mereka lebih teruk daripada penyeludup manusia kerana mereka menjual bayi di bawah undang-undang dan sebagai kakitangan kerajaan,” menurut salah seorang penduduk.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail