• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Hotel tawar bilik tema Barbie

MARYLAND - Ia mungkin tidak menarik minat orang dewasa, tetapi bagi kanak-kanak dan penggemar filem animasi, bilik hotel bertemakan dunia fantasi pasti membuatkan mereka teruja.

Itulah yang dilakukan rangkaian Hotel Gaylord dan syarikat pengeluar filem DreamWorks Animation dalam projek usaha sama untuk mereka hiasan dalaman termasuk pakej makanan mengikut watak animasi kegemaran pengunjung hotel itu.

“Kebanyakan orang suka membayangkan diri mereka berada di dalam dunia fantasi. Ia sesuai untuk individu atau keluarga yang mahukan kelainan semasa percutian mereka,” kata Ketua Eksekutif Gaylord, Colin Reed.

Hotel Plaza Athenee di Paris juga menawarkan dua bilik dihiasi keseluruhan perabot berwarna merah jambu dan putih bagi peminat watak patung Barbie yang sememangnya sinonim dengan kanak-kanak perempuan dengan harga ASD4,000 (RM12,000) semalam.

Terdahulu, Hotel Marriott turut mereka hiasan dalaman bertemakan dunia watak animasi kegemaran ramai, Spongebob Square Pants untuk mencetuskan kelainan.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail