• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Imogen dilamun cinta tapi kini ditinggalkan Giggs begitu saja

IMOGEN...peserta tercantik Big Brother berjersi MU (kiri) dan ketika membeli-belah di London

LONDON: Legenda bola sepak Machester United (MU), Ryan Giggs, berjaya meyakini seorang wanita bahawa mereka akan berkahwin selepas kedua-duanya mengadakan hubungan seks, lapor media, semalam.

Ketika ini, Giggs, 37, berkahwin dengan Stacey dan mempunyai dua anak.

Menurut akhbar, bintang siri realiti televisyen Big Brother, Imogen Thomas, menjalin hubungan romantik selama enam bulan dengan Giggs selepas berkenalan secara spontan di sebuah hotel sehari sebelum MU turun dalam dua perlawanan penting.

Kata Imogen, 28, dia berborak dengan Giggs di bar hotel tanpa pemain bola sepak terbabit menyedari siapa dirinya.


SERIUS...Giggs ketika menjalani latihan di padang, semalam.

Bagaimanapun, katanya, daripada pengamatan dibuat, Giggs ternyata berminat kepadanya.

“Giggs kelihatan tenang dan ketika kami kembali ke bilik, dia baru menyedari siapa saya,” katanya.

Selepas mengadakan hubungan seks, Imogen mahu hubungan mereka berakhir di situ saja.

“Saya tahu Giggs berumah tangga. Justeru saya enggan memberi atau bertukar-tukar nombor telefon dengannya.

“Masalahnya, Giggs berkeras mahukan nombor saya,” katanya.

Beberapa jam kemudian, kata Imogen, Giggs menelefonnya dengan alasan mahu memastikan dia selamat tiba di rumah.

Sejak itu, kata Imogen - pernah diundi sebagai peserta Big Brother paling seksi - mereka sentiasa berhubung setiap hari.

Sementara itu, sumber berkata, walaupun menyedari Giggs suami orang dan cuba menamatkan hubungan itu, Imogen “100 peratus pasti” mereka akan berkahwin pada satu hari nanti.

Katanya, Imogen benar-benar menyintai pemain sayap kelahiran Wales itu.

“Giggs tahu hubungan mereka salah tetapi dia terus mahukan Imogen,” katanya.

Sumber berkata, Imogen yakin hubungannya dengan Giggs bukan semata-mata kerana dorongan seks, sebaliknya jauh lebih mendalam.

“Imogen dilamun cinta, tapi kini dia ditinggalkan Giggs begitu saja,” katanya. Skandal Giggs itu didedahkan ahli politik Liberal Demokrat, John Hemming, yang menggunakan kekebalannya sebagai ahli Parlimen. - TS

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail