• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Isteri bintang Manchester United tenang walaupun suami terlibat skandal seks

RYAN Giggs dan isterinya, Stacey Cooke.

MANCHESTER - Pengakuan bintang kelab bola sepak Manchester United (MU), Ryan Giggs berhubung kecurangannya dengan seorang model glamor di kediaman mereka di sini dua minggu lalu pastinya membangkitkan kesedihan dan kemarahan isterinya, lapor sebuah akhbar semalam

Namun, wanita berkenaan, Stacey Cooke kelihatan tenang ketika muncul di samping suaminya pada majlis penyampaian anugerah MU pada Khamis lalu.

Giggs dituduh menjalin hubungan seksual selama enam bulan dengan Imogen Thomas yang merupakan model, wartawan, bekas ratus cantik dan peserta program realiti televisyen Britain, Big Brother.

Nama Giggs juga didedahkan oleh seorang anggota parlimen di Dewan Rakyat, John Hemmings dari Parti Liberal Demokrat kelmarin dengan menggunakan kekebalan Parlimen.

Menurutnya, 75,000 orang di laman Twitter telah menyebut nama pemain tersebut walaupun Mahkamah Tinggi melarang nama pemain berkenaan disiarkan media selepas peguam Giggs membuat permohonan supaya namanya tidak didedahkan media.

Bintang bola sepak berkenaan sebelum ini mendapatkan perintah mahkamah bagi mengelakkan identitinya didedahkan media Britain berhubung skandal tersebut.

Media negara itu mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada Stacy akan meninggalkan suaminya dan menuntut harta sepencarian berjumlah £25 juta (RM123.3 juta).

Pasangan tersebut mempunyai dua orang anak.

Namun, setakat ini tiada tanda-tanda bahawa mereka akan berpisah.

Media negara itu melaporkan isterinya itu masih berada di sisi Giggs, 37, yang mendakwa cerita tentang kecurangannya itu tidak benar dalam banyak aspek.

Bintang bola sepak tersebut dilaporkan gemar berfoya-foya tetapi hanya bersama kalangan rakan-rakan yang dipercayainya bagi mengelak rahsianya terbongkar. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail