• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Janda gila talak....Bau kain pelekat bekas laki untuk ubat rindu

NOOR...menyesal

KUALA TERENGGANU: “Dulu saya garang dan suka marah suami tapi selepas diceraikan saya amat menyesal. Kini saya tergila-gilakan bekas suami biarpun dia sudah berkahwin lain.

“Untuk mengubat rindu, saya minta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya,” kata seorang janda hanya mahu dikenali sebagai Noor.

Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran.

Noor berkata, sikapnya itu menyebabkan rumah tangganya sentiasa diselubungi masalah hingga dia nekad meminta cerai daripada suaminya.

“Selepas bercerai, saya hanyut dalam kehidupan melalaikan seperti sering ke pusat karaoke mengubati kekecewaan,” katanya yang dikurniakan lima cahaya mata hasil perkongsian hidup itu.

2 comments:

She's Gee said...

Ya Allah.. im speechless..

Anonymous said...

Semuga keinsafan itu akan mengembalikan semula suaminya yang telah menceraikannya.Sebab itu bila kita (suami )menceraikan isteri jatuhkan talak satu sahaja.Jangan ikut panas baran sampai jatuhkan talak tiga terus.Itulah hikmah penceraian sebenarnya.Kinsafan pasti datang selepas bercerai.Oleh itu ambillah kesempatan untuk rujuk semula.Wahai suami, ingatlah manusia mana yang tidak membuat kesilapan.Dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan.Semuga ALLAH menemukan mereka semula untuk pengkosian hidup buat kali ke 2.

Follow p a a p a a d a by e-mail