• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kurang tidur...Naik berat badan

NEW YORK: Satu kajian di Eropah mendapati kekurangan tidur melambatkan metabolisme, lantas mengakibatkan badan menggunakan tenaga berkurangan.

Hasil kajian terbaru itu dilaporkan Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, menambah kepada bukti kekurangan tidur boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Kajian itu mencadangkan mendapatkan tidur mencukupi mungkin menghalang pertambahan kenaikan berat badan, kata Christian Benedict dari Universiti Uppsala di Sweden yang mengetuai kajian.

“Penemuan kami menunjukkan kekurangan tidur sehari secara teruk mengurangkan penggunaan tenaga di kalangan lelaki sihat berikutan tidur menyumbang kepada pengimbangan kitaran penggunaan tenaga harian,” tulisnya.

Kajian sebelumnya pernah mengaitkan kekurangan tidur dengan peningkatan berat badan dan turut menunjukkan bagaimana tidur terganggu turut mengganggu paras tekanan dan hormon berkaitan lapar ketika waktu berjaga.

Bagi mengenal pasti mekanisme sebenar yang mana kekurangan tidur mungkin mempunyai kesan sebegini, Benedict dan rakannya meletakkan 14 pelajar lelaki universiti melalui beberapa siri ‘keadaan’ tidur. – Reuters

2 comments:

armouris said...

info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur

Ultra Fulus said...

tak sangka kurang tidur leh sebabkan mcm2 masalah..kanser pn boleh dapat..TK kongsikan artikel mcm ni..ada jugak saya baca..leh dapat mcm2 penyakit..leh baca kat link ni

Follow p a a p a a d a by e-mail