• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Lady Gaga suka lelaki tua

HOLLYWOOD: Selepas berpisah dengan kekasihnya, Luc Carl, penyanyi Lady Gaga dikatakan bersedia untuk mencari pengganti.

Antara kriteria yang dicari adalah lelaki berusia lebih 60 tahun.

Sudah menjadi kebiasaan wanita lebih menggemari lelaki berusia. Namun, bagi Gaga yang berusia 25 tahun, dia mahukan lelaki berusia lebih 60 tahun kerana menurutnya akan wujud lebih banyak persamaan antara mereka. Gaga berkata demikian dalam satu program televisyen, baru-baru ini.

“Saya tidak suka pergi ke kelab malam. Kerana itu, setiap kali berada di England, saya akan mengunjungi pub dan minum bersama beberapa lelaki tua.

“Saya rasa saya gemarkan lelaki tua terutama ketika saya mabuk. Saya lebih suka lelaki berusia lebih 60 tahun,” katanya.

Menurutnya, ketika ini dia tidak menjalin hubungan dengan sesiapa kerana sangat sibuk. - Agen

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail