• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Norway tempat terbaik bagi ibu

NEW YORK: Tempat terbaik untuk menjadi seorang ibu di dunia adalah Norway kerana kadar kelahiran dan kematian bayi adalah paling rendah manakala jangka hayat wanita dan tahun persekolahan adalah tinggi sementara purata cuti bersalin adalah kira-kira setahun.

Australia dan Iceland menyertai Norway di tangga teratas Indeks Ibu Tahunan ke 12 Selamatkan kanak-kanak yang disiarkan, semalam.

Afghanistan pula berada di tempat terakhir, manakala Amerika Syarikat di tempat ke 31, menurut hasil kajian mengukur kesihatan ibu dan anak.

Laporan yang dikeluarkan setiap tahun sebelum Hari Ibu, menganalisis penunjuk kanak-kanak dan kelahiran dan maklumat lain membabitkan 164 negara.

Kajian berkenaan menyifatkan Afghanistan tempat terakhir kepada seorang bakal ibu kerana jangka hayat wanita adalah pada usia 45, kadar terendah dunia dan satu bagi setiap 11 wanita mati ketika melahirkan bayi.

Selain itu, seorang daripada lima kanak-kanak di negara itu tidak dapat hidup hingga usia 5 tahun, sebahagian besarnya berpunca daripada konflik ketenteraan sejak beberapa dekad lalu.

Secara perbandingan, wanita Norway hidup sehingga 83 tahun dan hanya satu dalam 175 wanitanya akan kehilangan anak sebelum mereka berusia lima tahun.
Kakitangan kesihatan berkemahiran sentiasa wujud bagi setiap kelahiran di Norway, manakala 14 peratus kelahiran di Afghanistan diawasi

Sebanyak 82 peratus wanita di Norway menggunakan kaedah kelahiran moden berbanding kurang 16 peratus wanita Afghanistan.

Agensi Save the Children, berpejabat di Amerika berkata, kerajaan dan agensi antarabangsa boleh membantu untuk mengubah ramai wanita dan gadis di negara membangun dengan meningkatkan pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang ekonomi mereka.

Katanya, Amerika dan negara industri lain boleh melakukan lebih banyak untuk meningkatkan kehidupan dan penjagaan kesihatan bagi ibu dan bayi. – AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail