• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Osama Laden contoh lelaki adil?

WASHINGTON - Dia mungkin dianggap oleh kuasa Barat sebagai pemimpin kumpulan pengganas paling digeruni dan lelaki paling dikehendaki di dunia.

Tetapi gambaran sebenar menunjukkan Osama Laden, pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda meluangkan hari-hari terakhirnya sebagai ketua keluarga yang tinggal bersama tiga isteri dan 19 anak di bawah satu bumbung.

Di sebalik dinding tinggi dan pagar kawat di sekeliling rumahnya di bandar Abbottabad, Pakistan, Osama tidak mampu melarikan diri daripada hiruk-pikuk keluarga besarnya.

Satu-satunya ruang peribadi milik Osama di dalam rumahnya adalah sebuah bilik kecil dan gelap tanpa tingkap yang digelar sebagai Pusat Arahan dan Kawalan, di mana pemimpin Al-Qaeda itu dipercayai merakam mesej videonya.

“Berdasarkan pelan kediamannya, Osama cuba memisahkan tiga keluarganya yang diletakkan pada tingkat berlainan.

“Setiap isteri dan anak-anak diberikan ruang sendiri dan Osama akan meluangkan masa dengan tiga keluarganya secara adil,” menurut laporan majalah Time.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail