• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pesalah seks akan dimandulkan

MOSCOW - Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mencadangkan supaya pesalah laku seks kanak-kanak dihukum melalui proses pemandulan secara sukarela.

Menurutnya, bentuk hukuman yang paling berat seharusnya dikenakan terhadap pesalah pedofilia.

Dmitry Medvedev

Buat pertama kali, Moscow turut menyokong prosedur pemandulan menggunakan suntikan bagi mematikan hormon testosteron yang mengawal perkembangan ciri seks golongan lelaki.

Jawatankuasa Siasatan Rusia juga mula merangka rang undang-undang yang akan membenarkan pesalah pedofilia dihukum dengan suntikan ubat yang dapat mengurangkan nafsu seks mereka.

Cadangan itu dibuat selepas lebih 9,500 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan di negara itu sepanjang tahun lalu.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail