• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

‘Tetamu sajian malam’... Nyaris jadi makanan kanibal

KOSICE (Slovakia): Seorang kanibal berjaya ditahan polis selepas ‘tetamu sajian malam’ lelaki terbabit menukar fikiran di saat-saat akhir dan memaklumkannya kepada polis, kata pihak berkuasa, semalam.

Menurut sumber, ‘tetamu’ berasal dari Switzerland - berhubung dengan lelaki terbabit selepas menjawab iklan dipaparkannya dalam Internet.

Melalui iklan itu, lelaki berusia 43 tahun terbabit mencari seseorang yang rela dibunuh dan dimasak mayatnya untuk dimakan.

“Pada mulanya lelaki Switzerland itu menyangka tawaran berkenaan hanyalah permainan fantasi ngeri.

“Bagaimanapun, apabila dia berbual sendiri dengan suspek melalui telefon, dia menyedari ia lebih daripada sekadar permainan,” katanya.

Menyedari lelaki Slovakia itu benar-benar serius mahu mencari seseorang untuk dibunuh, ‘tetamu’ terbabit segera menghubungi polis di negaranya.

Sumber berkata, maklumat berkenaan kemudian diserahkan ‘tetamu’ kepada polis Slovakia untuk tindakan lanjut kelmarin.

Berdasarkan maklumat diterima, katanya, polis Slovakia menghantar penyiasat yang menyamar menjadi lelaki Switzerland itu ke rumah suspek di bandar Kysak.

“Ketika suspek cuba ditangkap, berlaku tembak menembak dan lelaki itu serta seorang anggota polis cedera,” katanya.

Jurucakap polis Kysak berkata, setakat ini mereka yakin suspek memang seorang kanibal.

“Suspek dan seorang anggota polis yang cedera kini dirawat di hospital,” katanya. - TS

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail