• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Aktres muda rela bogel

JAKARTA: Aktres muda Indonesia, Debby Ayu, mengaku dia rela berbogel di depan kamera asalkan sesuai dengan kehendak skrip yang dilakonkannya.

Dalam temu bual dengan media semalam, Debby berkata jika diperlukan, dia akan menanggalkan pakaiannya jika itu yang dimahukan bagi menjayakan sesebuah filem.

“Ia cuma demi profesionalisme,” katanya.

Lahir di Lampung pada Ogos 1988, Debby mula berlakon dalam filem Doa Yang Mengancam pada 2008 dan hasil bakatnya, dia terus ditawarkan pelbagai kontrak oleh penerbit.

Pada tahun ini, nama Debby mengisi tiga filem terbaru, iaitu Jenglot Pantai Selatan, 13 Cara Memanggil Setan dan Pelet Kuntilanak.

Debdy Ayu di Filem 13 Cara Memanggil Setan

 Debby ditanya media mengenai lakonannya dalam filem seram, Pelet Kuntilanak, yang dianggap keterlaluan.

Kata Debby, lakonannya dalam filem itu masih dianggap wajar dan dalam batasan yang boleh diterima.

Katanya, walaupun dia beraksi tanpa pakaian di lokasi, semua yang terbabit berada di tempat yang sepatutnya.

“Mula-mula saya agak canggung tetapi selepas ditegur kru produksi, saya berjaya membawakan watak itu dengan memuaskan,” katanya.

Dalam Pelet Kuntilanak, Debby, 22, memaparkan tubuhnya dalam tiga babak, iaitu ketika di dalam tab mandi, melakukan aksi seks melalui telefon dan ketika mandi bersendirian.

Katanya, peminat diminta tidak tersalah anggap dengan lakonannya.

“Ia cuma kehendak watak dalam filem.

“Jika berjaya, penonton juga yang puas,” katanya.

Pada masa sama, Debby bersedia menghadapi apa saja kesan daripada lakonannya itu.

“Saya tetap berfikiran positif. Jika saya dicap dengan gelaran tertentu, itu bermakna lakonan saya berkesan,” katanya. - DH

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail