• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pemuda miliki tumor 80kg

NGUYEN DUY HAI yang tinggal di Da Lat, Vietnam mempunyai tumor selebar satu meter di kaki kanannya.

HANOI - Seorang pemuda Vietnam berusia 31 tahun, Nguyen Duy Hai merayu diberikan bantuan untuk membuang ketumbuhan seberat 80 kilogram (kg) di kaki kanannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketumbuhan itu sudah wujud sejak dia dilahirkan tetapi ketua jabatan pemeriksaan sebuah hospital tumor di Hanoi, Vu Van Thach berkata, ia dianggap yang paling besar pernah direkodkan di Vietnam. Menurut Thach, tumor itu bukan sejenis kanser dan ia mungkin mutasi genetik.

Walaupun kaki kanannya disah dipotong 14 tahun lalu, dia masih mempunyai ketumbuhan selebar satu meter itu. "Saya tidak boleh melakukan sebarang perbuatan. Saya hanya boleh duduk dan baring," katanya di rumahnya di bandar Da Lat, Vietnam.

Dia kini dijaga oleh ibunya yang berusia 61 tahun. Pemuda itu merayu supaya dia diberikan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan kerana dirinya hidup dalam kemiskinan. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail